Follow Viruspadu

Thursday, July 05, 2012

Shine Free

Korang pernah cuba pakai Clear Smooth Shine Free Clear Stick Maybelline?

Sekarang saya pakai yang ni sebab senang. Lepas pakai takyah dah pakai bedak compact sebab dia tak berkilat-kilat ponnnn. Senang dan cepat siap la. Dah la saya terlalu terbangun lambat. Yelah patutnya saya bangun kul 4.30 pagi kan. Tapi biasanya saya selalu terlajak tido sampai kul 5.00 pagi kan. Memang kalau bersiap tahap desupdesup la. Semua nak cepat.

So mekap pakai Clear Smooth Shine Free Clear Stick Maybelline memang cepat siap. Dah la kulit rasa licin je pastu. Macam tak pakai foundation je muka. Nampak natural lah. Naturan beauty katanya kekeke.




Boleh ke korang nampak. Sebelum dan Selepas.
Maafkan kening yang bersepah itu hehe

Saya cuba tak edit apa-apa. Dan tak pakai kamera canggih licinkan kulit ke apa. Ini yang kamera biasa.

Best, cuba korang try.
Yang tanya saya pakai foundation apa. So inilah dia.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

11 komen[s]:

Miss Moon said... [Reply to Comments]

smalam ai tgk iklan pun dah tergoda u ...terus ckp kat pak sutan ...sok sok saya nak gie beli la ..

hari nih namak nko pakai Mah ...lagi la ai mengeletis nak gie beli

strawberi said... [Reply to Comments]

takyah pakai bedak dah ke kak jem..cam best je..kalo yg liquid tu..kdg2 tumpah..terpicit la ape..ni yg stick plak eh..kalo tak mahal..bleh cuba..haha

Lynn said... [Reply to Comments]

Salam...wah sekali tengok gambar yg tengah pakai foundation tu dah macam muka cik CT Nurhaliza pulok..hehehehe..kalau muka ai yg merminyak ni ok ker?risau lak ai kot kang minyak bertambah macam nak goreng ikan pulak..huwa..

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Ok yang ni lebih mudahkan..thanks for sharing

Princess Feyqa said... [Reply to Comments]

mcm best jee, nmpk cun juga huhu

viruspadu said... [Reply to Comments]

a ah takyah pakai bedak.
mmg tak berkilat

||aLeaSaRa|| said... [Reply to Comments]

wah nak trylah gak,tgk dh iklan kat magazine...tapi x sure ok ke x.saya jns simple nak gi office,x suka mghadap cermin lama2 nak melawa ^^

cikbintang said... [Reply to Comments]

nk try gak larh!!ehehe

AzNuRuL AzMaN said... [Reply to Comments]

kalau kena panas cair tak? yela kalau gi kenduri mana2 kan selalunya panas tak kira kat dalam atau luar rumah.....nampak berminyak sangat pulak muka ni nanti.....

lily lotus said... [Reply to Comments]

wahh not bad eh. shud really try this!

nonie yana said... [Reply to Comments]

sy memang pakai stick maybelline nie dr mula kuar kat pasaran lagi.. so memang betul lah aper yg Viruspadu ckp tue kat blog.. memang mudah n cantek... yg paling penting jimat masa..!! hehehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^