Follow Viruspadu

Sunday, July 15, 2012

Sponsored Post: Colgate Finale Party Meriah

Bertemakan Merah dan Putih.

Cantik.

Mana diorang tahu saya suka warna putih ni. Eceh eceh eceh dan dan perasan orang alert dengan warna kegemaran kakjem kan. Ketahuilah saya suka warna merah jambu, putih dan coklat. Sekian, terima kasih. Besday saya pula pada bulan september. Sekian terima kasih lagi. Hehehe.

Masih ingat lagi entry saya pasal COLGATE SLIMSOFT dan lepas tu saya ada bagi tahu yang Colgate ada buat Finale Party kat Bistro 42 kat Bangsar Village 2.

 

Siapa yang ada tinggalkan detail emel kat komen, saya forward kat pihak nuffnang untuk hantar invitation. Kalau takde memang takde la. Terima kasih sebab korang memang sporting nak join. Untung kot join event macam ni. Macam-macam info dan gift dan makannnnnnnn kita dapat. Takpe, lenkali kalau korang nak join, jangan lupa komen detail ek.

Saya baru balik dari Sarawak jumaat tu kan. So event ni adalah hari Sabtu bersamaan jam 3 petang. Disebabkan merindui anak sepenuh hati. Saya angkut semua pegi. Biasanya kalau event saya tak bawak budak-budak sebab keje kan. Tapi kali ni memang terpaksa sangat. Lagipun sape pulak nak jagakan. Semua orang ada hal sendiri kan.


Menguruskan anak yang baik-baik hikhikhik, Kul 2 baru saya keluar rumah, Rumah saya kat Seremban ok. Harap maklum. Nak pegi Bangsar Village. Saya bajet sempat tapi apakandaya tetiba Seremban jem. Apa kes tetiba jem hari Sabtu lak tu. Sentaphatimaknak. Pastu nak jemput sepet kat rumah mak. Lepas tu terus pecut ke Bangsar Village. Fuh nasib baik sempat sampai sebelum event bermula hew hew hew.


Tu dia saya dengan sepet. Kemain sepet mata beliau HAHAHA. Sempat kutuk adik sendiri kan.

Kitorang sampai sana, register. Dan layanan Colgate memang tiptop. Duduk-duduk terus dapat minum. Macam tahu je I dah kelelahan.

 Shah tengah diskas apakah?

Kitorang lepak-lepak. Kemudian event pun start. Kitorang diberi penerangan pasal Colgate SlimSoft.

Antara yang saya masih ingat:
1. Tukar berus gigi 3 bulan sekali
2. Scaling gigi 6 bulan sekali
3. Lepas gosok gigi kena kumur2 dengan Colgate Plax
4. Gosok gigi 2 kali sehari

Ada banyak lagi info.



Secara peribadinya memang Colgate SlimSoft ni serasi dengan saya. Lemah gemalai sama. Tapi kuat di dalamnya pun sama. Ecewah. Bab puji diri sendiri heibat.

Pengacara Majlis serba merah. Santekkk...

Puan Nor Aziah sedang memberi ucapan kata aluan. Sweet jugak orangnya

Ini objek yang paling menarik hati saya kat sana hehehe. Nisa yang snapkan ni. Pandai nisa :)


Apakah yang kakjem buat asik pegang fon je tu? Tapi saya nampak motok plak kan. Ok esok diet cea cea.

Aktiviti pertama yang kitorang buat adalah game yang agak fun jugak. Masa kitorang register tu kan. Kitorang diberi satu goodies beg yang kat dalam dia ada macam-macam la. Berus gigi, ubat gigi, Colgate Plax dan apantah lagi. Saya tak ingat dah apa. Pastu ada satu kertas kecik untuk game ni la.

Dalam kotak tu, ada soalan dan kita kena cari siapakah orang dekat situ ada jawapannya. Sebab tu la semorang kena berpusing-pusing cari jawapan. Betul ke salah ke tak penting sangat. Yang penting kita dapat kenal kawan baru kan

Eh ini anak saya, anoi

Ini nisa

Harap semorang dah kenal anak saya. Hehehe. Sekeh kakjem sikit :p

Apsal saya kelihatan muka bengkak. harap maklum. Saya bukan tembam ye. Tapi dagu saya agak bengkak sikit. HAHAH kaver :p




Lepas game setel. Saya pun dah pusing round semorang cari jawapan. Sembang-sembang.

Pastu time makan la kan.

Sumpah kagum. Makanan dia semua comel-comel. Terpaksa buat muka comel masa makan.

 Ini lah gigi anoi yang tak dapat diselamatkan tempohari hehe



Dan kawan saya pun datang. Azreen dan housemate beliau. Ha meriah! Nasib tak sesat kan.



Nampak tak ceera, khaty dan kak mya kat meja sana. Sebab dorang duduk meja sana, dah terpisah plak dah. Tak dapat nak sembang sangat la pasal jauh.



Kat sana yang best lagi adelah boleh snap gambar pastu terus print kat situ jugak. Terbaik la kan.  Tu nisa tengah bengang sebab anoi x bg dia pegang gambar hehehe.

Lepas tu acara disambung dengan aktiviti soal jawab kuiz la. Soalan senang2 je. Azreen sempat jawab 1 soalan. Terbaek la. Saya tak tahu apa hadiah dia dapat. Tapi nampak macam best. Hehehe

Tahniah ceeramoon merangkap adik saya sebab menang Best Entry ... Dapat RM1000 ok. Untunglah beliau. Rezeki baby orang kata. Tapi entry dia memang best pun. Layak menang.


Colgate Finale Party memang meriah. Rugilah sape eksen taknak join hehehe.

Eh sebelum saya mengelastkan entry. Step yang betul dalam penjagaan gigi:



Gosok gigi 2 kali sehari dan mesti pakai Colgate Plax tau.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Cik Sweet Pea said... [Reply to Comments]

ehem ehem.....x sesat? hahahaha...

Mya said... [Reply to Comments]

TQ VP sebab bagi nama akak pada nuffnang :)

ratna said... [Reply to Comments]

Baju awak sweet..bunga2 kecik.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^