Follow Viruspadu

Friday, July 13, 2012

Team Building

Agak memenatkan jugak bila dah bekerjaya macam ni kena hadir kursus team building hehehe. Kalau zaman unibersiti dulu, taim sekolah-sekolah jiwa remaja berkeladak teruja la kot. Tapi dah arahan tu ikutkan aje la. Lagipun dah lama tak pegi penang. Lebih-lebih lagi bila memikirkan laksa utara terus rasa nak join kekeke. Dasar kuat makan kan. Makanan jadi pembakar semangat hikhikhik.

Agak memenatkan jugak sebab kena tinggalkan anak-anak kat rumah. Lama plak tu. 4 hari okeh. Ingat kejap ke 4 hari tinggalkan anak dan my lovely yayang. hehehe. Lama tauuuuuuuuuuu.

Ok sebenarnya tak la penat sangat bila dah sampai sini dan bila dah jumpa kengkawan baru semua kapla jingga HAHAHA. Giler lawak asik nak gelak je.

Saya bertolak daripada opis jam 9 pagi. Sampai NPC adelah jam 5 petang kot. Lama kan. Sebab ada xcdent kata ko. Tersekat 2 jam. Itu baru sekatan excident, belum lagi 4 kali benti nak makan nak minum nak wee weeeeee hehehe. Biasalah dah ramai2 tu kan. Nasib la saya dah sinonim sgt dengan bas. Dah hari2 naik bas. Kematu2 vontot pun i rela je.

Lagipun dalam bas dorang karok tak hengat. Memang tak dan nak bosan. Lepas karok pasang dvd boboiboy, lepas tu pasang cite ada apa dengan pocong HAHAHA. giler kelakar. So bila fikirkan balik. Daripada banyak aura negetif sebelum pegi, bila jumpa orang2 yang beraura positif, kita pun jadi best kat sini. Kelakar la sebab asik gelak je.

Dannn... saya siap kena lantik jadi penghuluwati. tapi apsal wati? apsal? HAHAHA patutnya penghuluJEM. Baru saya puas hati. Tapi nasib la sape lantik saya jadi penghuluwati. Ingat saya nak bercakap dengan orang ramai. Sori! HAHAHA. Suara emas ni okeh. Suara i untuk yayang i je. kekekeke. Mencik! HAHAHAHA

Ini malam semalam, kitorang turun makan. Ini dekat cafe nak makan. Ini rumet saya. Sekian dimaklumkan.

Korang pun tahu kalau kursus macam ni berapa kali makan satu hari? OMG OMG OMG HAHA. Makan sedap benau plak tu. Nasib la nak puasa dah minggu depan. Perut dah mcm hape je ni. Hetchu perut. Lemak2 perut ni dia tak boleh naik atas sikit ke ha? HAHAHA.

Malam tadi aktiviti saya sampai kul 1030 malam. Aktiviti macam biasa lah. Dalam group. Buat nama kumpulan. Buat sorak. Buat bendera. Pastu buat game2 sikit. Nampak simple tapi hongeh acik gelak. Naik semputtt...

Nak amik gambar payah. Sebab fon simpan kat urusetia. Nak pegang sendiri kang terpijak plak. Main bukan jenis gerak lemah gemalai punya. Semua stok ganas-ganas. Saya punya penghulu siap cermin mata patah lagi. Tu la dia. Aktiviti mencabar. Tapi i like.

So aktiviti pagi ni plak. Pagi2 dah poco2 hehehe.

Lepas tu pijak tali la. Panjat dinding la. Sat lagi petang ni kena masuk lumpur pulak. Tapi payah la nak snap gambar. Kamera yilek. Tapi kitorang ada la sorang yang pegang kamera. Nanti kalau dorang share. pastu ada gambar kakjeng, saya share lagi ek. Buat masa ni saya dapat nak snap gambar bila time rehat gini la. Sebab time rehat baru dapat amik fon gitu kan.
Nampak kamerameng siap nyangkung. hehehe. Kelassssss. baya mahal tu kekeke.

Hari ni jumaat kan.
So rehat panjang sikit la. Sampai kul 3 kang.
Nak tido jap.

Oh saya rindu anoi dan nisa.
Sumpah rindu!






Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Cik Sweet Pea said... [Reply to Comments]

aa....lupo nak ckp....kite dapat adiah....mandian protex + palmolive lavendar + pencuci tangan + berus gigi (6 batang) + ubat gigi ( 2 kotak)....heheheheh

Diana AR said... [Reply to Comments]

rasanya nampak kak jem di tgh tunggu kat depan stesen komuter semban rabu lepas..mula2 tak pasan. Sebabkan berkenan dengan kasut kak jem, sy tgkla orgnya..ehh mcm kenal hehe. Tgh engaged tipon hehe..bila nampak En Laloq yg jemput..haaa betul la tu..konpem Kak Jem..betul ke?

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Tahun lepas MQ pun ada attend team building ni... Ya Allah penat ya...naik bukit turun bukit, redah sungai... Sebab Dah tua2 ni, lagi2 Dah kahwin ade anak pulak, malas nak join benda2 mcm ni.. Tp wajib pulak... Huhu...

Boni JLL3 said... [Reply to Comments]

wah bestnya.. macam2 aktiviti yang dibuat sepanjang kursus tu kan







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^