Follow Viruspadu

Friday, July 06, 2012

Two Dia Sup Utara



Semalam saya tulis kat fesbuk macam ni:

"Teringin laksa. Malam ni nak cari laksa."

Ok tak boleh bayangkan kakjem asik teringin nak makan macam-macam kan. Kejap asam pedas la laksa la dimsum la hehehe. Maka lately asiklah entry pasal makanan. Entry lain semua berkepam dalam draft kan. Terabai begitu sahaja. Padahal saya macam terniat nak buat entry masa saya pegi Tiara beach tu. Macam ada benda nak share dengan korang pasal management baru dorang yang ehem ehem saya tak suka la. Kot la korang tak terkena benda yang sama jugak kan. Tapi tu la dia. Sama berkepam dalam draft jugak. Eh eh bukan berkepam dalam draft kat blog ni, tapi draft dalam hati saya je HAHA. Mencik!

Lepas saya post status tu. Eidaya terus komen yang ada satu tempat makan kat senawang sedap. Sup dia sedap la katanya. Tapi ada laksa jugak. Saya terus la tanya kat mana apa semua. Terus wasap badang bagitahu. Padahal depan mata je kan. Boleh je cakap terus. Nak jugak wasap laki bini kan keke.

"Eidaya RAdzi Laksa kat two dia sup utara senawang..sdap2.."
"Eidaya RAdzi Akk taw x blai bomba senawang dkt tmn satria tu..akk msok jek jln tu nnti nmpk kdai die belah kanan..mknan utama die sup la..tp mmg sdap..terangkat..hihi"

Saya kopipes bagi kat badang. Dia cekap sikit baca ayat2 gini. Saya kalau ko cakap gini, memang dah sesat sampai ulu sepri la jawab nya hehe. Pakai GPS pun sesat. Inikan pulakkk...

Oyye saya suka makan gula2 getah. Cea tetiba. HAHAHA

Ok berbalik kepada cerita tadi. Kitorang sesat jugak pada mulanya. Sesat sebab macam kompius jalan sikit kan. Belah kanan tu nak pandang dari mana kan. Perut saya kalau dah lapar tahu je la. Semua pun tak boleh sabar dah.

"abang, kalau tak jumpa takpelah, kita makan mihun sup depan giant tu je dah la"

Cea cea dah lapar sangat la tu. hehehe. Tapi badang dah biasa dah. Dia buat dek je. Terus cari hehe. Last2 jumpa. Yeay sukeeeeee.
 

Gerai dia tepi jalan. No dua kot. Macam area taman perumahan la. Kalau nak parking pepandaila cari. Parking je la area2 rumah orang tu. Tapi jangan la parking kat rumah orang. Ko sape kan hikhikhik. Kedai dia simple. Tapi paling ramai orang. So senang nak cam la.

Saya order laksa dengan teh o suam. Badang dengan budak2 makan sup gear box. Cemas jugak, bimbang tak sedap kan. hehehe... Sekali pehhhhhhhhh... Memang terbaiklah.



Laksa dia rasa semua yang saya suka. Nisa pun daripada nak makan nasi, rasa laksa saya terus nak laksa. Hish rugi mama macam ni hehe. Dasar mama tamak makan hahaha.

Walaupun ramai orang, sebis dia laju boleh tahan la.

Laksa dia sedap
Sup dia sedap

Saya ada nampak orang lain order ABC ke lecikang ntah. So saya syak ada banyak jugak menu dia. Saya order main cakap2 je tak tgk menu. So saya tak tahu apa lagi yang ada.

Saya memang rekemen orang seremban / NS makan kat situ. Kalau korang singgah seremban sila la pegi makan situ ek. Jangan tanya saya mcm mana nak pegi ek. Baca je eidaya punya arahan tu. Nasib la korang hehe. Tata



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Nanak said... [Reply to Comments]

ingatkn blog makanan tadi..muahaha..jgn marah..:)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

jemah ko memang suka bagi ahkak telioq.. dulu pasal ko lah aku gi cari mee ketam shah alam.. pastu ni haku dah teringin dimsum.. pasni nak laksa.. pasni apa jemah? apa jemah? *lari tekup muka*

Boni JLL3 said... [Reply to Comments]

rasa macam dah jatuh cinta pulak dengan penulis blog ni..hehe.. saya singgah sini. dan terus tanpa rasa ragu2 meletak awak dalam bloglist saya..hehehe. gatal tak?

Errah said... [Reply to Comments]

sedapnya aihh tengok gmbaq makanan tu..meleleh ayaq liuq nih duk tgok

mekchu said... [Reply to Comments]

konpem nak pegi sana... saya kan org senawang.. hahaha.. senawang celup!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^