Saturday, August 04, 2012

AirAsia's Share, Dream and Fly Campaign

Korang ade tak terasa-rasa nak melancong ke negara-negara ASEAN?? ada kah?? ade? kalo ada terasa-rasa, ni ade berita baik untuk korang semua. Sempena ulang tahun ke 45 penubuhan ASEAN, AirAsia akan memberikan bukan satu, tapi 2 tiket kepada pemenang bertuah untuk pergi ke mana2 negara ASEAN yang korang pilih.

korang sila la pilih nak gi negara mana
 Saya pilih Bangkok wowow

Tapi sebelum tu, biar kak jemah ajar sikit pasal sejarah ASEAN. Kak jemah memang sejak kecik bercita2 nak jadi cikgu ni.. ok cite dia cenggini ye murid2 ku sekalian


ASEAN mula dibentuk dengan penubuhan sebuah organisasi dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku khususnya antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah adalah milik Filipina dan Sarawak pula milik Indonesia. Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama. Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam, dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN. Sekarang nie selepas 45 tahun, dah ade 10 negara anggota ASEAN...

Ada faham kah? Kakjeng gugel HAHA

so apa yang kitorang kena buat kak jemah???

1. Sonang yo... memula korang gi ke mukabuku (fesbuk), atau sini Aseanita. dah buka dah??

2. OK.. sekarang korang LIKE dulu pastu muncullah satu borang untuk korang isi.

3. Dannnnnn last sekali korang pilih la negara mana korang nak gi ngan pilih bandar nye sekali. Macam contohnya, korang nak gi Bali, Indonesia kan. Dan lepas tu korang tunggu je email dari AirAsia bagi tahu korang terpilih ke idok

Senang kan...

  "We are Asean, Happy 45th Asean Day!" 

Eh! Tahukah korang bahawasanya baru-baru ni Aseanita melancarkan #teamAsean iaitu salah satu inisiatif  #London2012 yang mana Aseanita akan meng follow up on #Asean players kat Olympics. Tahu? hhehehe.

Ok jangan fikir lama-lama pegi  Aseanita sekarang dan isi. Free wei.




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^