Follow Viruspadu

Friday, August 17, 2012

Datin Jeng :p

Ada macam Datin tak HAHAHA ... Datin bebetul tengok ni terus gelak guling2 sampai tersedak rendang kan. Ada hati. Tapi takpe, itu doakan :p ... Saya sebenarnya dah share dah gambar2 ni kat instagram ngan fesbuk. Saje gedik nak letak kat belog pulak.

Khamis

Jumaat


Hari ni saya masih berkerja lagi. Kat opis ramai dah takde. Sunyi je. Best jugak sebenarnya kita bekerja masa semorang dah cuti. Sebab boleh..................................... [isi tempat kosong].

HAHAHA saje taknak isi sebab, sbb korang boleh isi ikut pemikiran sendiri kan. HAHAHA. Saya takmo cakap HAHAHA. Pecah rahsia saya nanti HAHA

Sebenarnya lepas raya ni saya kena pegi Cambodia ada meeting. Seminggu. Nak nangis bila dengar kena pegi sana. Wei musim rumah terbuka tu weiii... Kat Cambodia ada ke orang buat open house. Kakjeng nak join boleh tak? Hadoila. Sebab tu jugak antara sebab saya tak dapat nak cuti sangat raya kali ni sbb banyak benda nak kena setelkan. Sedey. Saya ni dah la selama ni orang yang dok uruskan. Tak pernah setelkan sendiri. Masa pegi bandung tu semua badang uruskan dengan travel agent la. pastu pegi Bali tu maxis yang uruskan semua. Mak hencek bawak diri je. Pastu pegi Bali lagi tu pun marie france uruskan semuanya. Saya pegi je. Pegi singapore plak, kaknor yang uruskan.

Maksud saya, uruskan tu adelah dari segi flite tix, penginapan bla bla bla. Semualah daripada A to Z. Pegi vietnam pun maira yang uruskan semua.

Wah padan muka kau KakJeng. Sekarang semua kena handel sendiri. Rasakan. Pandai2 la berdikari sendiri. Pftttttttttttttt.

Tak sukeeeeeeeeeeeeee... Boleh tak kalau saya taknak pegi. Tolong sesape gantikan saya pegi sana tsk tsk tsk. HAHAHA. Mengade kan. Asal kena kerja je malas. Kalau berjalan holiday holiday kemain laju lagi.

Tak tenang raya saya tahun ni asik memikirkan keje je.

Cicaaaaaaaaaaaaaaaa. <--- ini bahasa korea HAHA

Ok korang, dikesempatan ni saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ye. Kalau saya ada tersilap ayat, tak sengaja mengguriskan hati yang membaca secara tidak sengaja mahupun terdisengajakan, 10 jari saya susun mohon kemaafan.

Selamat bercuti dan drive leklok ok :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

vidalsisah said... [Reply to Comments]

waaaahhh... dpt gi obersi selalu, mesti best kan. dekjem keje ape ek? jeles hakak taw :o, ikut leh?

Mya said... [Reply to Comments]

selamat hari raya vp.
best apa bermeeting sambil melancong. jangan lupa shopping cambodian silk :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^