Follow Viruspadu

Tuesday, August 07, 2012

Hasil yang tak sama dengan niat

Sabtu lepas yang lepas lepas adelah hari berbuka puasa dengan keluarga tersayang. Memang tak sabar giler nak balik cheras okeh. Rasa macam dah lama giler tak balik. Memang lama giler kot. Ada sebulan tak? Ntah la. Rasanya ada lebih sebulan. Sabtu tu bangun pagi, lepak2 rumah, siap2kan anak, bg anak makan. Terus bersiap balik cheras. Dalam kul 2 jugak saya sampai cheras. Rumah kosong. Abah kat kedai, mak balik kejap pastu naik kedai balik. Pastu mak balik rumah balik. Abang ada tapi memerap dalam bilik. Ayie deting dengan tunangnya. Si sepet keluar beli barang. Adik beradik lain masih di rumah masing-masing. Aduh apa mau bikin kan.

Terus wasap kaklang, kaklang bgtau dia kat tesco. Terus rasa nak join hehehe. Tesco shah alam nun. Saya kat cheras kan. Alang kata sana tak jem. So ok la terus gerak. Lepas tu hambek ko. KL jem okeh. Rasa nak menangis dalam kereta. Bayangkan kul 4 baru sampai rumah kaklang hehehe. Tu la gatal lagi nak keluar. Kan ke elok duduk rumah diam2 kan. hehehe.

Sampai rumah kaklang, nisa anoi mmg dah melekat kat maklang dah. Saya dengan badang je terus gi pkns. Banyak giler weiiiiiiiiiiiiiiii baju kat sana. Saya dah memang niatnya nak cari baju raya uols. Tema kali ni adelah biru tekois kan. Tapi pkns ramai orang keterlaluan. Tak tahan dah saya, terus blah ke bangunan sebelah kat sacc mall. Situ pun banyak nau baju. Akhirnya saya lalu je kat baju2 tu semua. dan pulang HAHAHA. Tidakkah ini tindakan sia2 wahai kakjeng?

Meredah jem selama dua jam dan hanya lalu di sebelah baju bajan saja. Main jeling2 je baju. Pilih pun dak. Aiyoooooooo. Bukan apa uols. Mood tak mari.

So saya balik semula ke cheras jam 6.15 sampai rumah tengok mak dengan sepet tengah masak. Ieda baru sampai. Kaklang and akak otw lagi. Saya pun terus lepak dapor lah tolong apa patut. Ke tolong tengok dengan sembang je lebey HAHAHA. I kan manja uolsssssss keh keh

Lepas berbuka puasa, weols yang gegirl2 ada plan nak jenjalan tapi saya tak tahu dorang nak bawak mana. Sebab awalnya ieda ajak gi jalan tar. Pastu tukar plan nak g pkns. Pastu tukar lagi plan kot. Akhirnya ke wangsa maju kita. Banyak gilerrrrrrrr jugak baju kurung kan.

Saya ni ada masalah kalau banyak sangat, saya jadi tak tahu nak tgk dah. Memang kesudahan cerita sama je macam siangnya. Lalu dan tengok saje. Perangai pelik.

Tetiba ternampak stall yang jual kasut. Terus berhenti.

"ok jugak kasut ni kan, cuba pakai... hurm selesa lah, nak beli lah, cuba alang test"
lalu kaklang test, selesa. lalu dia nak beli jugak
lalu ieda test, selesa sangat, lalu dia nak beli jugak
lalu akak test, selesa, lalu dia nak beli jugak
lalu sepet terpaksa beli jugak sebab semorang beli HAHAHAHA
lawokkkk

Kaki merah adelah tanda orang gojes dan muda2. kasut hijau tanda ketua kumpulan nasyid. Maka kena bayar time ngeteh hahahaha

Hasil saya dapat masa jenjalan tu, cardigen kelabu dengan kasut merah ni la.  Menangis kegembiraan time beli. Best... kaki takkan sakit punya. Boleh tambah 2 jam lagi berjalan shopping dengan kasut ni hehehe.

Alah membeli, menang memakai. Tapi ko jenis alah membeli kewwwwwwwwwww HAHA

Lepas semua kedai dah nak katup, sebab kitorang keluar pun dah lewat. Kedai dah banyak tutup separuh dah. Kitorang pun blah lepak NZ curry house. Niat nak minum teh tarik. Tapi dahaga giler. Semua pakat order teh ais. Kitorang berlima tapi kenapa air ada 6 ekkk... 

Konon2 kenyang jugak, nak makan yang ringan2 je. hehehe

Ini la weols berlima
Sepet, Ieda, kekjem, kaklang dan akak.

ehem nampak sangat dah malas nak taip kan HAHA. Makin mendekati kesimpulan. :p

Kitorang lepas kat situ asik gelak-gelak je. Tapi bukan gelak sembang antara satu sama lain. Tapi sembang kat wasap HAHAHA. Padahal boleh je sembang depan2 kan. Dah jumpa tapi sembang kat wasap HAHAHA. Bukan apa, kesian kepada adik beradik lain yang tak dapat ikut. ecewah. Kemudian air kitorang pun beranak pinak :p Adoiyai geram betul dengan sepet ni. Kenapa kamera360 tak boleh blurkan background HAHAHA. cicaaaaaaaaaaa

Dan mengorder Roti tisu push up level 3 kah kah kah

Rasanya dalam kul 1030 jugak baru kitorang balik. Takde la lewat pun kan. Eh ye ke 1030?

Ahad tu saya melepak rumah kaklang lagi sebab nak follow kaklang menyopping kat shah alam :p. Ini rumah kaklang. Korang tengok nisa. Bukan main melekat je dengan papanya.



Tapi hasilnya tetap sama.tetapla balik dengan tangan kosong. habis saya masuk sacc mall, shah alam mall. dan segala mall mall yang ada.

Aura menyopping tak masuk dalam badan lagi kot.
Acanne.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Theme kita samalah tahun ni.. Yeahhh....hidup biru tekois... Hehe...

fuzzy said... [Reply to Comments]

salam sis, leh nk tau, beli kasut tuh kat wangsa maju area mane ye?

fuzzy said... [Reply to Comments]

salam sis, leh nk tau, beli kasut tuh kat wangsa maju area mane ye?

Lovely us said... [Reply to Comments]

Acaner? Ke dah habis rembat kat vietnam haritu? Kekeke







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^