Follow Viruspadu

Thursday, August 23, 2012

Me, me and me

Salam korang,

Macam mana raya? Ada syiok kah? Raya saya tahun ni rasanya lebih meriah dan mudah daripada tahun lepas lah. Mungkin sebab nisa anoi dah besar dan boleh bawak diri tak bergayut kat baju mama je kan hehehe. Tahun lepas anoi kecik lagi memang berdukung sepanjang masa. Senget2 bahu. Pakej dengan kuat menangis nya lagi. Phewwwww. Tahun ni dia dah buat dek ngan mama papa dah. Kemain payah nak panggil nak bergambar sesama pun. Sabo je la acik. pastu banyak jugak rumah saya beraya tahun ni. Yeayyyyy.... shukeeeeeeee...

Gambar-gambar masih dalam folder. Malas bebenor nak sort. Nasib la sepet mintak gambar, terpaksa la rajinkan diri jugak. So ini yang senang sebab semua dah ada dalam instagram ahkak jeng. HEHEHEHE.

Saya dan baju sepanjang raya. Hari ni dah hari ke 5 kan. So cerita akan menyusul kemudian. Oyye. Saya tengok kat insta semua pakat pakai baju jovian kan. terus jeles okeh. Nak beli jugak la rasa. Tak dapat pakai raya pun takpe, pakai gi kenduri kawen pun jadi lah HAHA.

Raya pertama, tema dia adelah tekois. Saya beli baju ni kat salah satu butik kat pkns bangi (dah lupa apa nama). main rembat je asal warna tekois, jangan fikir panjang lagi. Lagipun baju ni simple dan kosong.
Shawl adelah main pakai mana-mana shawl yang ada kat rumah, ini shawl kak ogy ahmad daud. rantai rose putih adelah daripada forever21. Accessories plak belasah aje la campur-campur. Paling feveret sekarang memang cincin dari diva tu. Macam hari2 saya pakai tu hehe.
 Nampak inai di tangan. Saya buat masa malam raya. kebetulan pegi last shopping kuih raya kat senawang, nampak ada servis inai, terus hulur tangan. Sebelah tangan RM5.

 Beg memang saya tak tukar... sebab dasar pemalas kannnn HAHA masih memakai Marc by Marc Jacobs Lil Ukita Satchel dan saya gembira bila kebetulan kasut dengan shawl jugak adelah mecing  Charles Keith - Ballerina  Yes, kebetulan yang membanggakan HAHAHA


Raya kedua saya balik tronoh perak, rumah opah saya. Memang plan nak pakai baju putih sesuci awan ni hehehe. Saya tekad tiap tahun saya nak beli baju kurung putih aci ke idok. Sebab macam suci giler pakai putih uolsssssssss.
Baju putih ni dari Qamilla, shah alam, shawl pulak dari forever21. Dan yang lain masih sama.

Ko mampu bawak bear pink balik kampung HAHAHA. 

 Raya ke 3. Memang tak memakai baju raya langsung sebab pagi tu kat kampung kitorang buat bbq je. So mandi pun tengahari uols. pakai tshirt je. Shawl pun adelah pinjam sepet punya.

Raya ke 4. Saya pakai pink sebab nak pegi studio amik gambar family. Nak framekan uols. Dari tahun ke tahun plan nak buat tapi tak buat-buat. Kali ni memang nak buat jugak papehal pun. Tak fedulikkkkkkk. Baju pink ni dah pernah publish sebelum ni kan. Saya beli kat salah satu butik kat pkns bangi. Jangan tanya yang mana satu. Lupa dah. Kemain banyak butik kat sana kan. Pastu shawl pink ni kemain licin dan berkilat saya tak tahu apa nama dia, saya beli kat sacc mall shah alam ritu.


Dannnnnnnnnn hari ni... sob sob sob raya ke 5 kata ko. Pakai pakaian ke pejabat dan berada di pejabat tsk tsk tsk. Baju ni saya beli kat jasko kat kedai korea baru bukak tu. Asal tulis korea je menggeletis la nak beli kan. Wellll... I kan feeling girls generation gee geeeeeeeeee HAHAHA mencik. Suka sebab dia ada reben kat butang tu. Shawl adelah saya beli time nak kawen dulu. Maknanya tahun 2003 dahulu ye. Kasut kuning dari ELLE. Sekian dimaklumkan.

Apa ke sedih hari ni. Saya nak makan kat mana hari ni. Makcik kantin pun cuti lagi tau. Sadissss.

Ok uols. Nanti dari masa ke semasa saya cuba update lagi cerita raya okeh. Kalau saya tak update pasti sepet update. Ok Selamat hari raya korang.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Gieyana said... [Reply to Comments]

shawl kamu yg match dgn bj putih tue cantik ah ..nmpak sweet jer..:-)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^