Follow Viruspadu

Thursday, August 30, 2012

Raya ke 2 di tronoh, perak

Raya kali ni saya follow balik kampung tronoh perak. Biasanya pun memang saya follow. Kalau saya tak follow saya tak tahu apa nak bikin raya ni HAHAHA. Sedey sangat kahhhhhh.

Seperti biasa janji-janji dengan mak abah ana nak gerak sekali. Konon nya la kan. Ana cakap dia akan bertolak lepas subuh. Saya pun semangat la cakap dengan sepet. "ko bangun je terus sms andak, sebelum keluar tu call dulu" wahhhhhhhhh ye la sangat nak keluar awal tu kan.

Badang dah suh bangun awal-awal pagi dah. Saya kemain liat nak bangun. sms sepet pun buat2 tak dengar je. Sekali abah call daaa. Terus melompat bangun HAHA. Tahu cuak ko kan.

"abah nak gerak dah ni andak"
"ok abah, andak bertolak kul 7 kot"

Masa abah call tu tak igt dah kul berapa, kul 6.30 ke apa. Padahal saya atas katil lagi. Kul 7 hapenyaaaaaa HAHA. Pastu baru saya tahu abah pun x pegi lagi sbb tumpang ode hehehe.

Jangan tanya saya keluar rumah kul berapa, sumpah tak hengat mak hencek. Yang tahu budak2 dah bangun. Siap mandi segala. Mulanya plan saya malas mandi HAHAHA. Nak pegi pakai baju tido je. Budak2 pun hangkut tido2 tu masuk kereta. Sian la pulak nak mandi kan dorang pepagi. Tadi bila tengok memasing dah semangat. Baheklah jom terus pakai baju rayeeeeeeee.

Saya terus pakai baju kurung putih. Badang pun pakai kemeja putih. Anak-anak juga. Maka tema raya ke dua adelah putih uolsssss

Singgah rnr makan sarapan duluan
Baju ni jenis komot la sesado. Maka kalau tak gosok pun boleh cakap alasan baju ni memang komot. Sesuaila dengan orang femalas kan HAHA

Korang mampu bawak bear pink balik kampung?
Saya dengan anak-anak dah buat kereta tu macam rumah dah. Nisa anoi pun sama bawak bantal kegemaran masing-masing. Dengan selimut kegemaran masing-masing. Penuh. Barang 4 orang macam 40 orang. Bergelimpangan. Tapi best banyak bantal dalam kereta boleh baring dengan selesa sekali. Me like.

Sebelum sampai rumah opah banyak jugak tempat kitorang menyinggah. Memula singgah sini. Kellies Castle. Budak-budak rikues nak singgah. Lagipun bukan nya nak cepat2 pun kan. Adik beradik belum sampai pun lagi rumah opah. Tak silap saya tiket dewasa sorang RM4, kanak2 sorang RM3. Ntah la kena konfem dengan Badang.

Beratur

Serasa saya sama je macam dulu. Cuma ada perubahan sikit la. Dorang tengah tambah kedai ke apa kat bawah tu. Ntah la mokcik.

Jangan panjat anak-anak. Bahaya.

Panas masa ni. Terik.

Saya amik gambar kat lorong ni kan. Lepas tu baru saya baca yang kat lorong ni dipercayai pernah nampak roh berjalan. Haaadoiiiiiiiii... seremmmmmmm. Bawak budak pulak tu kan. Tawakal je la.

Ibu dan anak-anaknya



Kejap je lepak sana. Sebabnya panas le. lagipun perut lapar. So papehal singgah makan dulu. Asik makan je kan HAHA. Kena jaga perut. Kang lapa mengamuk plak kakjeng tu hehe

Saya tak ingat jam berapa sampai rumah opah. Kata sepet jam 2 lebih. HAHAHA sian beliau tunggu lama. Tu la sape suh tak kawen lagi muahahahaha. Kebetulan saya sampai bersekali dengan atam ngan akak. Memang timing terbaik la. Tak sia2 la saya menyinggah banyak tempat. Kalau sampai awal nak buat hape tengok muka sepet jewwwwwww :p

So bila dah berempat. Memang si sepet terus ajak bergambar belakang rumah opah. Dia kata pemandangan cantik. Saya ingat apa la cantik sangat. Rupanya atas pasir daaaaaaa

Pengaruh cerita naruto menebal dari diri jemah HAHAHA





Perangai adik beradik yang pelik. 
Dilayan dengan sabar oleh Badang hehe

Budak-budak main buaian

Kat rumah opah


Kat rumah acik faridah

Kat rumah ayahcik


Kitorang memang asal sampai je rumah sedara sibuk amik gambar. Bukan nak amik gambar dengan tuan rumah. Dasarrrrrrrrrrrrrr HAHA




Ini malam kat rumah maklong. Kakcik baru sampai. Tengok nak di tembaknya kepala iols hehehe.

Rumah maksu

Ok tu je aktiviti untuk raya ke 2

Saya rasa tahun ni la paling banyak rumah saya raya HAHA.
Harap tahun depan lebih indah.




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^