Follow Viruspadu

Monday, August 27, 2012

Raya Pertama Shaye

Amboi... shaye shaye pulak dia. Pelat le tewwwwww mencik kakjem.

Sepet macam dah cerita semua. Malas pulak saya nak taip cerita semula kekekeke. Tapi cerita sepet tak best kan kan kan HAHAHA matiklah kene sekeh ngan sepet balik cheras ni kang.

Sehari sebelum raya adelah hari sederap meluru memburu sampah sarap kat rumah saya. Biasa saya kemas bawah je, tu pun dah rasa mcm joging 11 kali round padang sekolah pastu menyapu rumput gugur satu padang tu plak. Haaa penat kan keh keh. So kemas atas plak. Eh ni macam dah cerita je kat entry sebelum ni. Ok malas sambung :p

Malam raya saya kat rumah rantau. Memang tiap2 tahun macam tu pun. Badang amik contract buat lemang rebus. Tapi tahun ni dia tak buat pulak. Cuma buat rendang. Pastu lepas berbuka saya dengan badang pegi round2 la pasar senawang tu. Sempat la beli kuih raya. Malam tu harga kuih murah giler2 kan. memang best giler membeli. Sempat beli sampai 6 jenis biskut raya lah. Dan malam tu jugak la saya sempat berinai bagai.

Inai di tangan saya masih ada sampai hari ni. Lama kan.

Mak saya siap cakap:

"lamanya inai ko andak, yelah, ko bukan basuh pinggan pun kan"
HAHAHA amboi statement mak HAHAHA. Rasa macam tergolek2 jatuh tangga HAHAHA

Pagi raya pertama weols sefamily bangun awal. Siap2 nak balik rantau semula. Nak beraya dengan mak abah. Sementara tunggu atok dan papa balik solat raya :)

Nisa adelah merajuk, anoi sporting je ajak bergambar hehehe. 
well. muka tembam pun macam mama kannnn

Lepas beraya dengan mak abah. Makan ketupat rendang. Sembang-sembang. Kitorang mintak diri nak melawat kubur arwah alesha lepas tu terus nak balik cheras rumah family saya pulak.
Masa ni sedih.

Nisa: Kenapa kakak alesha dah lama tak datang main-main dengan saya. ~dia cakap dengan kakak alesha

Nisa: Kesian kakak sorang-sorang kat sini, mesti kakak sunyi. Mama, dulu kakak alesha dalam perut mama, lepas tu kakak lepas anoi kan mama?

Nisa tanya banyak benda. Anoi pulak hanya diam dan pandang. Anoi tak faham apa pun lagi. Atau dia dah faham sikit-sikit tapi dia taknak cakap apa-apa. Bila saya pandang anoi yang tak bercakap apa-apa saya rasa lebih sedih.

Kalau kakak alesha ada pasti lebih indah. Tapi Allah lebih mengetahui setiap rancanganNya.

Dikesempatan ni saya pun nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat hamba Allah yang selalu jagakan kubur Arwah Alesha. Sampai letakkan rumput karpet dengan pasu bunga tu sekali. Kubur arwah sentiasa kemas tiap kali kitorang datang melawat. Hanya Allah dapat membalas jasa Hamba Allah tu. Sampai sekarang bila tanya abah dan mak, semua pun tak tahu siapa.


Lepas tu kitorang terus bergerak ke cheras. Saya masa tu ada lah terlalu kat kedai gambar kat rantau tu. Memula ingat nak amik gambar keluarga. Tapi kedai gambar kat rantau tu satu je kot. Saya tengok ada 3 family tengah stanby. Terus kansel. Saya dah amik gambar family raya ke 4 tu ari. Nanti gambar dah siap iols share dengan uols ye.

Jalan highway cantik tak jem.
Maka seperti yang di rancang, jam doblas lebih dah sampai cheras dah. Saya syak mesti sepet hangen satu badan kat rumah tunggu kakak2 dia yang gojes ni tak sampai-sampai wakawakawaka

Dua poms tembs hehehe


Biasalah bila dah sampai cheras je. Semuanya kecoh. Bukan kecoh nak raya ke apa. Tapi kecoh nak amik gambar pakai baju kurung HAHAHA. Kan warna kali ni tekois kan. Pastu sesi mengutuk sape salah kaler. Ini memang acara tiap tahun. Kalau warna betul pun kadang kena kutuk jugak. Dasarrrrrrrrrrrrr HAHAHA

"ana, kita kan dah buat kelas mengenal warna tekois hari tu, yang ko beli warna biru muda ni apahal?"
"ini biru tekois la, korang hijau tekois"
"ahhh salah-salah, ini warna biru air laut ni, bukan tekois"

Dasarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... HAHAHA nasib ada alasan. Semorang tahu je beli hijau tekois. HAHAHA. mencik Sepet. Tapi takpe, kalau dia beli hijau tekois, sape pulak saya nak kutuk kan. Padahal baju nisa anoi pun biru tekois jugak kekekeke. Well. Nasib jadi kakak.

Masa sesi bergediks je la. Fotog adelah encik badang kesayangan ramai.






Nak terkeluar anak tekak saya panggil nisa masa ni sbb nak bergambar dengan dia je. Siap suruh merah cakapkan dengan nisa.

"merah, tolong nasihatkan nisa ni supaya amik gambar dengan makdak"

HAHA baru dia nak duduk amik gambar sekali. Kalau tak dia buat dek je.


<3 br="br">
kurus kurus tembam tembam
HAHAHA
Faham?

Abang sulung iols. Taiko ni. Walaupun taiko tapi manja ni.

Gambar tradisi kat tangga. Sebenarnya gambar ni boleh terang lagi. Tapi ada mamat tu pakai spek, terus silau HAHAHA. Tahun2 lepas dapat jugak saya duduk atas tangga. Tahun ni duduk atas lantai terus.

Anoi: Mama... anoi nak susu, boleh tolong wasap supaya susu muncul daripada aifon? HAHAHA
Ini bukan apa uols. Lepas dah snap gambar masing2 nak update kan mukabuku kennnn.

Saya juara tembam. Saya harap saya kelihatan seperti adik kepada sepet :p






Sebenarnya gambar tunggang langgang tak ikut susunan.
Saya tengok mula la malas nak susun ikut masa.
Pedulik la kan. Sama je gambonya.

Yang pasti kitorang enjoice sangat raya sebab dapat berkumpul.
Walaupun kitorang memang boleh dikatakan tiap2 bulan pun berkumpul.
Tetap rasa best jugak.

Adik beradik saya adelah bestfren forever.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^