Follow Viruspadu

Friday, August 24, 2012

Tetiba dah sampai Ikea

Semalam,

"ma, kakmas cakap dia bawak nisa anoi pegi tampin sebab bla bla"
"ooooo maksudnya papa jemput ma balik keje kan" ~HAHAHA tetiba takde kena mengena
"iyooolahhhhhh"
"maksud papa?"
"iyela papa jemput hari ni"
"yeayyyyyyyyyy boleh pegi OU" ~tetiba lagi HAHAHA

Ini adelah tektik bila nak rikues sesuatu dekat suami tapi secara tak nampak sangat kau nak. So kalau kena rijek tak la hati berduka lara sangat. Bayangkan kalau cakap... "abang jemputla ma...please please pleaseeeeeeeeeeee" pastu kene rijek. Terus sentap. Perempuan memang macam tu. Perangai pelik-pelik. Kan ainini maklang kan kan kan.

Bila badang datang jemput semalam, tetiba dia pulak pakai tektik ahkakkkkkjeng mencik! HAHA

"ma kita nak pegi OU ke Ikea?" ~lalu buat muka comel HAHAHA

HAHAHA mencik. Ada ke saya cakap Ikea tadi?. Macam takde je kan. Saya ada bg dua option ke tadi. Terus konpius. Padahal badang yang nak pegi Ikea sebab nak makan meatball dengan salmon apa kebenda namanya menu tu. Tapi tanya soalan macam tu macam kekonon saya yang nak pegi. oooooooooo tektik. Tapi takpe, saya suka jugak. Sebab lama jugak tak makan. hehehe

Sebelum tu, takkan nak terus makan je kan. So ronda2 dalam tu dulu la. Kan saya plan nak renovate rumah tahun depan. So alang2 tu berangan la sikit-sikit dengan badang. Siap tunjuk design dapur yang saya berangan macam ni macam ni semua. Siap nak beli ketuhar pencuci pinggan ni (nama cipta sendiri HAHAHA). Nak kekalkan kelembutan tangan la katakan. Padahal pemalas cuci pinggan :p


Pastu ronda-ronda tengok cermin. Tengok je la. Beli memang tak la kan. Saya ada la plan nak beli lapik meja warna merah. RM19 je kot. Murah. Sebab tu saya nak beli. Padahal tak la cantik nau pun hehehe. Sekali tengok orang beratur kat kaunter macam LRT rosak daaaaaaaaaa. Kemain panjang. Dah tu takde laluan ekspress lak tu kan. Kakjem nak beratur panjang, memang kirim salam la. Memang takkan. Terus blah macam tu. Takpe tak frust pun. Sebab lepas tu sempat singgah padini beli baju baru. Cukup membuatkan riangnya hati seorang jemah HAHAHA. 

Masa kat ikea, saya macam biasalah dok update instagram kan. Kebetulan sha memang keje sana. So dapatla cemolot dengan dia. Instagram memang best. 
 

Tu dia, Meatball. 3 ketul dah selamat dalam perut.


kat ikea ni semuanya pun ramai. Tak tahu zaman bila masa bila dia tak ramai. kena amik cuti waktu keje ke baru tak ramai kot. tapi saya ni satu hal jugak kalau nak menyoping perabot kat sini. Cemana plak nak nganto ke seremban nun. Kos sewa lori sama mahal dengan perabot gamaknya. Kena fikir banyak kali kalau nak beli menda yang beso2 tak muat kereta.

ha cerita pasal meatball ni, badang beratur kemain panjang. saya rasa ada dalam setengah jam kot. badang cakap dia beratur sampai gigil2 lutut. penat. tapi demi meatball kuturutkan jua. ewah.





Lepas tu saya pun balik. Tammattttt.
HAHAHAHA... Mardhiyyah Fadzil la ni paksa saya update. Tengok saya dah blur nak buat penutup entry. #tetibasalahkanoranglain





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

hazman fadzil said... [Reply to Comments]

adik eden memang peminat tegar tuan punya blog nie... hahahahaha

Mardhiyyah Fadzil said... [Reply to Comments]

eh eh eh... patot la td tersedak2 dalam tido... rupenye kak jeng menyeru.. hahahha... ok pe, terus wat org terliur nk meatball jgk............... huwaaaaaa....

Sharidawati Shahrudin said... [Reply to Comments]

bukan je dapat ketemu kak jem yg kiut..malah casing henpon beliau turut kiut...hehehe

Gieyana said... [Reply to Comments]

bestnyer mkn meatball..next week harus terjah nie..:-)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^