Follow Viruspadu

Sunday, September 30, 2012

6 MINIT SIHAT BERSAMA NESTLÉ

6 minit ini banyak memberi kenangan manis kepada saya
6 minit ini membuatkan saya neves selama 6 hari okeh
6 minit yang membuatkan usia saya bertambah 6 tahun sebab neves keterlaluan #petir
Betapa hebatnya 6 minit ini kan

Adakah kamu menjangkakan Kak Jemah muncul di kaca tivi selama 60 minit?

Hehehehe.

Tungguuu... Mungkin. Kita takkan tahu apa yang bakal kita tempuhi pada masa hadapan bukan.

Kak Jem, kenapa serius sangat cara penulisannya?

HAHAHA sajewwwwwwwwww gewdik jewwwwwww.

Baiklah ini sebenarnya adalah segment 6 MINIT SIHAT BERSAMA NESTLÉ. Saya adalah pengguna Nestle. Dan saya suka berkongsi Tip tip Ibu Bijak dengan semua. Saya yakin kalau saya diberi masa lagi 6 minit tambahan saya pasti dapat terangkan kepada semua dengan lebih jelas lagi. Awal-awal je saya neves kan :p

Dulu masa saya muncul di rancangan saffiya tv9, masa tu rekod2 kan, makanya kalau tergagap2 ke apa, beli take sekali lagi. Kali ni siaran langsung. Saya punya neves memang dijelasi HAHAHA.

Tapi saya harap sangat semorang faham apa yang saya cuba sampaikan. Ok takpe. Kejap lagi saya terangkan balik okehhhh...

Nasib baik la saya bukan kesorangan. Saya ada dengan iza thepinkstilettos. Dia cantik kan. Kulit dia macamkan pakai camera360 ok. Jeles mak hencek HAHAHA

Seminggu sebelum saya ada la sembang-sembang dengan Iza pasal program ni. Dan kitorang ada tanya-tanya dah pilih baju ke apa. Nak mekap macam mana.

Saya sendiri memang tak prepare apa-apa. Bayangkan keadaan sangat tak menyebelahi saya. Dengan kena pergi Cambodia seminggu lepas tu adik kahwen lagi. Tetiba je dah 17hb kan. Mana sempat nak fikir baju apa nak pakai. Mana sempat nak shopping baju apa nak pakai. Maka pagi tu saya amik je baju hari-hari pergi kerja. Belasah :p


Masa ni tengah tunggu turn. Degupan jantung bertambah laju.
Saya bukan pandai mekap. Maka saya belasah aje la mekap sendiri. Maka hasilnya biasa-biasa aje. Masih hasilnya menjadi muka saya. Tak la jadi macam muka Dato Siti Nurhaliza ke apa kan HAHA. Ada hatiii :p

Perasaan bila dah duduk kat situ lain tau. Sumpah lain. Mungkin sebab pertama kali :p

Terima kasih Nestle sebab pilih saya. Saya akan buat yang lebih baik lepas ni hehehe. Saya rasa bertuah sangat sebab boleh share tip-tip ibu bijak yang bagus ni dengan semua.


Meh saya sharekan sekali lagi okey.

Saya dan anda sebagai ibu dan yang bukan ibu termasuk bapak-bapak dan anak la. Ok pendek kata semuanya. Kita memang bijak. Tapi kita jarang pakai bijak kita tu bila shopping hehehe. Kan kan kan. Takkan shopping pun nak pakai formula kamiran kan. Bukan macam tu. Kita kena bijak menentukan makanan yang dihidangkan pada keluarga, bijak dalam membuat keputusan.

Hari tu ingat tak saya ada cakap pasal label-label.

Semua produk kat pasaran mesti ada label kan. Kita pulak kalau nak pilih barang jenuh la jugak kalau nak check satu-satu apa yang dia tulis kat belakang tu. Dah bila pulak nak habis shopping barang dapur kalau nak beli barang macamkan nak amik exam kan. Tapi kita kena tengok jugak. sebab kita kena tahu apa yang nak beli apa yang kita nak makan dan apa yang kita nak bagi keluarga kita makan.

Sebab tu kita kena tengok label belakang dan depan sesuatu produk

Yang bestnya produk nestle ni, dia dah ada rumusan untuk kita pengguna. Dia ada KOMPASS PEMAKANAN NESTLÉ. Tu yang I LIKE sangat. Senang kena makcik :p

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Kompas tu ada 3 bahagian.
1. Tahukah Anda
2. Petua Berguna
3. Hubungi Kami

Senangkan. Semuanya dah ada dalam kompas tu.

Selain daripada belakang produk Nestle, 1 lagi info berguna yang saya suka pasal semua product nestle ada adelah:

Icon Pek hadapan untuk Tenaga :)


Nampak tak dia tulis situ Tenaga 92kcal bersamaan 5% berdasarkan 2000kcal tenaga.

Purata keperluan tenaga harian untuk seorang adalah 2000kcal = 100%

Ok jom belajar basic matematik hehehe

Kalau korang amik NESTLÉ BLISS ni pagi-pagi maknanya dah pakai 5%, so korang boleh makan lagi 95%

Pastu teringin nak makan aiskrim plak, Aiskrim ni ada 259kcal, bersamaan 13%. Maka korang dah guna (5%+13%) = 18%. Ada lagi 82% lagi. Senang kan.

Dan sepanjang hari tu tenaga2 lain korang boleh dapat daripada hidangan macam nasi, roti, ayam, ikan, sayuran dan lain2 lagi lah






Bagus kan ilmu ni.

Dia ajar kita macam mana nak baca label dan macam mana nak dapatkan rite portion yang kita makan untuk sehari. Kalau dulu saya main belasah je nak makan apa pun. Tak pernah nak tengok kandungan tenaga dalam satu makanan yang saya ambil. Dan sekarang saya lebih berhati-hati gitewwww uolsss.

Ini memang antara tip nak kekalkan bentuk badan ehem ehemmmmmm. Yelah kalau kita tahu berapa banyak jumlah kalori yang kita ambil setiap hari. Ia memang la sangat membantu merancang diet seharian kitakan. Kita lebih tahu dan peka apa yang kita makan setiap hari. Dan takdelah ko nak takut-takut nak makan benda lain kan. Nak-nak coklat kitkat tu kannn... Yummehhhhhhhhh

Saya sendiri memang puas hati amalkan tip ni dalam merancang diet seharian saya. Saya rasa diet macam ni lebih sihat :)


Itu la yang saya cuba terangkan dalam WHI. Tapi saya cuma ada 2-3 minit je. Sebab Iza pun ada tip lain untuk dikongsikan yakni apa yang dia dan keluarga dia sarapan, Saiz Hidangan Ideal. Dia ada share kat blog dia kat http://thepinkstilettos.com/. Oleh sebab saya tak dapat terangkan dengan terang sangat. Maka saya tulis sini korang boleh refer dan refer dan refer bila korang tak faham okey :)


Si Tembam Jemah :p







So korang,

Sebelum korang membuat keputusan untuk membeli apa-apa pun product, cuba tanya diri sendiri dulu. Baikkah Untuk Saya?
Baikkah Untuk Keluarga Saya?
Baikkah Untuk Anak Saya?

Baikkah Untuk Saya?
Baikkah Untuk Saya?
Baikkah Untuk Saya?

:)

Nestlé. Pemakanan Sihat adalah asas kepada Kehidupan Sihat.  Untuk maklumat lanjut, layari www.nestle.com.my/HowAmI


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Terima kasih VP berkongsi info yang sangat berguna tu

hainom OKje said... [Reply to Comments]

camne boleh panggil masuk tv eh...cik jemah...he...

ku-cit said... [Reply to Comments]

kat gmbr tak tembam, kat tv tembam...kira dlm gmbr byk tipula kak...ahahah







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^