Follow Viruspadu

Monday, September 24, 2012

7 Perhentian

Perhentian 1: Jumaat malam sabtu, family kakcik datang rumah saya. Tido rumah saya la. Dorang saje taknak kelamkabut pagi sabtu. Lagipun plannya berkumpul kat rumah saya sok paginya. Ok kita sebenarnya adik beradik ada buat diskasyen kat wasap kul 8 malam. Maknanya semua kena online jam 8 malam. Chair madam adalah akak. Siap ada kata aluan bagai HAHAHA poyo giler HAHAHA.  Saya pulak selaku pencatit minit.

Kemain lama lagi mesyuarat. Dari kul 8 sampai kul 11 ke hape. Habis semua isu keluar. Dengan lawak kueh semua. Tak boleh blah. Tu pasal tak habis2. Saya jugak la yang pening sebagai pencatat minit mesorat HAHAHA. Mencik uolsssssss. Maka ini la kesimpulan daripada ratusan line itewwww. Kaklang siap komen, ini je rupanya, mcm banyak sangat je HAHAHA... tau takpeeeeeeee

Tema baju: Tekois

Hantaran:
Hantaran yang belum siap termasuk hantaran duit, buah dan sirih junjung
Ada 7 Dulang
Kereta:
1. kereta akak - penuh
2. kereta kaklang - penuh
3. kereta bacik
4. kereta badak
5. kereta ode - mak
6. kereta myv hitam - abah, abang, kapet, jamal
7. kereta atam - ayi, ana
Ketua Rombongan:
Abang Ngah
Plan:
Jumaat: Family bacik datang rumah andak.
Sabtu:
11.00 : Ayi, ode abgcik, alang - kumpul rumah andak gerak sekali
akak dan abg gerak sekali -Ikut gemas
Ahad:
9.00 gerak ke rumah pengantin perempuan
10.00 Nikah
1.30 gerak ke kenduri
2.00 Sanding
Nota:
1.Duit tol
2.Duit banglo mewah: RM350

Tak boleh blah kan, Nota banglo mewah HAHAHAHA... over sangat. Saya saje tulis ikut dorang punya perkataan dalam wasap je HAHA

Macam tu lah plannya. Tapi plan B adelah sape lambat tinggal. HAHAHA. Senang kan plan macam ni. Berkumpul rumah saya kul 11. Yang ada saya, kakcik dan kaklang family sajork. Yang lain banyak urusan lain macam uruskan hantaran semua. So gerak lambat sikit.

Kakjem pada hari itu. Tak sedar perut monc nak jugak pakai baju mcm tu :p

Sementara tunggu berkumpul. Nampak la sangat takde keje kan. Mulut itik HAHAHA

Dengan kakcik yang semakin comel gituuuu 

 Kitorang gerak bebetul kul 11.

Perhentian ke 2: Restoran Cendol Madu Rembau.

Sebenarnya tak lapar pun. Tapi saje je berhenti. Memang tak lapar. Tapi kenapa ntah saya terorder nasi ayam HAHA. Orang lain makan rojak je. Well :p

Sekarang anak dah besar2 kan. Taknak dah duduk dengan mak-mak. Korang tengok. Anak dara group anak dara. Bujang duduk geng bujang. Kemahennnnnn korang kannnnnn.
Kaklang dengan kakcik nampak muda betul kan. Mencik. Adakah saya yang macam kakak dorang? HAHAHA pitam. Saya adik tau. Adik :p

licin kakjem makan ye

Budak2


Qayyum dan kaklang






Perhentian ke 3: Petronas tampin

Sebab anoi berak, saya nak kena tukar pampes beliau :p


Perhentian ke 4: Eh dah sampai di banglo mewah :p

Alamak 4 perhentian je ek :p bukan 7 HAHAHA...

Ini la kitorang punya homestay kat Taman Astaka Jaya Baru, Segamat. Masa ni tuan rumah tak datang lagi.

Homestay dia besar betul. Dalam dia kemain cantik lagi. Kalah hotel bertaraf 5 bintang hokeh. Tapi sebab dekat segamat so harga dia ikut range segamat la ye. Saya rasa kalau kat KL besar mcm ni, mau ribuan ni kannnn.



Sampai2 je. Kitorang duduk kejap. Badang ajak pegi beraya rumah kawan dia kat segamat ni. Rumah kak faezah Zainal :) . Rumah dia pun besar giler dan cantik kemain lain. Orang segamat ni memang kaya2 kan Hikhikhik (aminnnnnnnnn).
kak, jangan lupa resepi hari tu ek. tapi saya kena beli ketuhar dulu sebelum buat hehehe.



Ini la kejadian masa saya pakai inai uteh tetiba lepas tu badang hilang tu


Uteh ni taknak pakai inai sebab malu. HAHAHA. Memang kena dera la lepas tu. Dapat family giler2 mcm ni. Memang mendapat la ko HAHA


Ini la gambar kakcik hantar kat wasap makan nasi lemak. pastu saya sentap. sampai hati badang tak ajak saya :p Drama sangat kannnn




Inai saya yang comot :p

Eh sambung lagi nanti ek...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Gieyana said... [Reply to Comments]

awak nmpak muda sgt...meriah sgt bila dpt bkumoul ramai2 cmni kan..:-)

AlyzaFisol said... [Reply to Comments]

lorrr...ingat bebetoi 7 perhentian, ghupanya 4 je....hehehe

Unknown said... [Reply to Comments]

Hye..bole sy dptkan info n contact no ttg homestay di astaka jaya segamat? Thanks







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^