Follow Viruspadu

Thursday, September 13, 2012

Hari ini hari khamis

Hari ini saya memandu ke pejabat. Selamat tinggal abang SKS HAHAHA. Kita clash! HAHAHAHA

Kacang lupakan kulit sangat kakjem kannnnnn kekeke. Padahal minggu depan naik bas semula :p. Saya tak pernah memandu ke pejabat awal pagi gelap-gelap. Office baru ni lah maksud saya. Dari seremban ke kuala lumpur. Penah sekali je kot saya memandu sendiri tu pun hari sabtu dah siang terang benderang dah. Itu pun sesat :p

Sebenarnya saya saje nak bawak kereta sebab saya dah dapat parking muahahahaha. Giler best. Parking depan lobi je. Memang best sampai rasa nak nangis ahaks. Ok la saya keje belum sampai 2 tahun tapi dah dapat parking. Saya kat tempat keje lama dulu, keje dah 5 tahun kot baru dapat parking. Tu pun kene berebut dengan abang2 pemandu kereta pejabat. Sabo je la mokcik. Pernah sekali saya nak balik keje nampak ada cawan kertas telangkup atas kereta saya. Sape la punya keje tu kan. Dah ujung2 baru dapat parking. Takpelah kena syukur jugak :)

Kalau siang terang benderang on gps pun sesat. Inikan pulak time gelap-gelap tu kan. Pagi tadi saya sesat lagi. Memang nice. Sikit lagi nak patah balik seremban sebab dah cemas. Saya la silap baca gps tu kan. Dia suh amik kiri lg 500m. Saya terus amik kiri. Dah kemana hala pulak. Rupa2 dah uturn ke seremban. HAHAHA. Nasib la lepas tu dia tunjuk arah ke pangkal jalan. Sampai jugak saya kat office kul 6.45am. Saya keluar rumah kul 5.45am. Sbb takut sesat mcm ni le. Nasib jugak jalan cantik tak jem. Kalau tak lagi haru.
cea cea. tunjuk stiker kereta uolsssssss...

tadi sampai2 terus eksen dengan adik beradik dekat wasap. kena la eksen bahawasanya adik kesayangan dorang ni dah berjaya bawak kereta sendiri HAHAHA. Akak siap ajak gi ngeteh petang ni. HAHAHA mencik tau. Mana la saya ni berani nak ke shah alam tu. Korang memang kannnnnnnnn.

Ok dah habis cerita tu, saje nak tunjuk salah satu gambar yang di fotoshoot hari tu. Kredit kepada Aiden Photography. Gambar asal adelah gambar penuh. Saya memandai cut. Kat instagram tak muat kan :p . Ada 3 pakaian saya tukar. Tapi nanti saya share yang lain okey.
 Kasut: Cartino Sonea

Dan nak share jugak kek red velvet ni. Saya makan masa bulan puasa ritu. Korek2 gambar dalam iphone. Terjumpa. Terus teringat nak share. http://wawahomedelight.blogspot.com/

Yeay. Esok Jumaat. Pastu Sabtu. Pastu Ahad. Pastu isnin.

Ehem.
Isnin cuti kan.
Korang standby depan tv boleh?
Wanita hari ini tau tau tau
Harap2 dapat tengok kembar kakjem dalam tu :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

InaYusoff said... [Reply to Comments]

oh yeahhhh!!!


dah buat reminder!...

tapi WHI tu bile kak jem?..

saye buat reminder satu hari senin tuu...

wuwuwu..

Mally said... [Reply to Comments]

Salam Berkenalan kak jem..
Dulu masa i duk kat Seremban naik SKS jg utk berulang alik ke Jln Tun Razak KL.....
Teringat masa lalu...hehehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^