Follow Viruspadu

Tuesday, September 04, 2012

Hari kedua di Sunway Hotel, Phnom Penh Cambodia.

Hari ni pagi sampai ke petang adelah meeting. Sama jugak la esok sampai jumaat nun. Kalau ada karipap boleh jugak saya nak jadi ahli mesyuarat karipap. Tapi ada air mineral je. Ahli mesyuarat air kosong je la. Asal berasa bosan je terus togok air. Lama-lama perut pun kembong daaaaa (baca mcm ayat sudin cerita pramlee HAHAHA)

Tadi macam semalamnya jugak, saya sarapan jam 7.30 pagi.  Ini kakjem uols pagi tadi.

Register meeting kul 8.30 pagi. Meeting start kul 9 pagi. Sesi mengambil gambar beramai2 adalah jam 9.30 pg kalau tak silap saya. Pastu tetiba minum pagi. tanjat gegirl. hehehe. Saya duduk belakang je uols. Hebat sangat ke saya ni nak duk depan2 kan. Payah nak bukak fesbuk kalau duk depan kekekeke.


Meeting tu cite mende jemah?
Eh itu harus la rahsia kan.
mana boleh cerita dengan uolsssssss hehehe

Tengahari adelah makan sushi

Malam ada dinner. Pun makan sushi jugak. Haduhhhhhhhhh... itu je pun saya tengok dan lalu nak telan. Yang lain semua saya ragu2.



Bila kawan saya update dia makan mi kari, kambing bakar, tahu bakar, char kuey teow, sate daging, teh tarik, air sirap phewwwwwwww sangat la menggoncangkan iman.

Bila kita dah keluar negara, kita akan rasa bersyukur sangat sebab tinggal kat malaysia kan

Siapa yang asik komplen itu ini tu, ini tak betul, itu salah. ce duduk negara lain meh. sungguh. yang asik komplen macam2 tu. merasa la dok negara lain, terasa betapa aman makmurnya malaysia. betapa indahnya malaysia. betapa syukurnya lahir di malaysia :)

saya masih belum jenjalan kat sini lagi. 
esok kot baru nak jenjalan 
tu pun bila meeting habis la. malam sok kot

Ok nanti saya update lagi :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

laloque said... [Reply to Comments]

papa pun bersyukur sebab kawen ngan mama... ops!!! lain topik ek??

Crew Fathi said... [Reply to Comments]

amboi bergambaq sakan.. haha.. =p

hazanis said... [Reply to Comments]

untung meeting di luar negara..he3







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^