Follow Viruspadu

Thursday, September 20, 2012

Kek 2 dalam 1

Nanti saya cerita pasal Kahwinnya seorang Zikri ek. Papehal nak share pasal besday saya dulu kekekeke.

Seperti biasa saya tak mengharapkan apa-apa untuk hari lahir tahun ni (mata ke atas la sangat). Sebab semuanya kelamkabut dan lebih kepada dah sengkek HAHAHA. Maka apabila kita ukur duit pada poket sendiri, makanya ontok-ontok je la. Bulan september kali ni macam-macam benda la pulak kan.

Kawan saya ada tanya. "Nanti celebrate ke 16hb tu". Dan saya cuma cakap, takde la kot.

Kitorang kan 15hb tu kalut pegi ke segamat. So malam tu tido homestay lah.

Petang tu saya pakaikan inai untuk ayi dan bila semuanya selesai saya pun keluar. Pandang-pandang keliling mencari kelibat badang takde. Tanya nisa mana papa, nisa pun tak tahu. Ini memang pelik. Tengok kereta pun takde.

Saya dah sedih dah masa tu.


Tengok wasap, kakcik letak gambar makan nasi lemak kan. So saya ingat badang keluar dengan kakcik la makan nasi lemak. Uwaaaaaaaaaa sampainya hati mu. Sampai hati badang pegi makan nasi lemak tak ajak saya tsk tsk.

Hati I mudah terguris tau HAHAHA

Pastu saya pun lepak dengan sepet ngan kaklang sambil makan koci

"abangdak tak pernah keluar tak bagi tahu andak, atllis dia bisik ke apa"
"Dia tak kisah dah dengan andak. Ini la kot masa dia nak kuar pun" ~kejam ayat mu sepet
"ini pertama kali kot dia tak bagi tahu andak"

Dalam hati dah nangis dah ni. Hati tisu uolsssssssssss

Pastu macam nak senja Badang pun sampai rumah. Saya nampak dia. Hati rilek lagi.

"Abang pegi mana?"
"Adelah rahsiaaaaaaaaaa"


Tetiba mak plak tanya, badang jawab

"pegi bayar duit rumah"

Eh eh jawapan peliknya. Mana mungkin bayar duit rumah kan. Pastu muka cemas tak boleh blah plak tu. Memang meninggalkan keraguan la kan.

Saya muka dah moncong

"abang tipu!"
"betul" ~lari keluar
"abang tipu!"
"Tipu!"
"Tipu!"
"Tipu!"
"Tipu!"
"Tipu!"
"Tipu!"

Sekali keluar nampak kek HAHAHAHAHAHA

Terus saya gelak besar

HAHAHAHA

Badang tak boleh buat apa dah

HAHAHAHA

Giler lawak masa tu

"abang baru nak buat seprais kat ma"

HAHAHAHA

sweet nyeeeeeeeeeeeeeeee...

Muka budak gembira dapat kek bebedeituyu sekali dengan kek enibeseri ke 9 tahun :p

Gambar ni #nofilter. Ok ini la kulit kakjem secara originalnya

Disebabkan nak amik gambar dengan kek, baru la saya amik shawl ni sarung kat kepala. Sebab tu la senget benget kekekeke

Budak bertompok bedak. Baru lepas mandi




Sama kan muka macam muka mak hehehe


Kalau ada budak, memang saya tak sempat la nak tiup lilin :p

Terima kasih suami
Terima kasih keluarga

Ini dah cukup buat saya rasa bahagia

<3 br="br">


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

RieNa said... [Reply to Comments]

drama nya kak jenggg! hahah esp tang part tipu! tipu! tipu! kah kah kah
mmg sengal.

sbnrnya tak penting hadiah kecik besar mahal murah, ingatan tu dah cukup bt kita bahagia.kan? (tp kalau ada hadiah jaket tu lg bahagialah. muahahahaha)

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

Hepi belated besday yg ke 32 Jemah! Kita sebaya ;) seronok biler ada surprise cmni kn. Dah lama nk ckp yg Jemah mmg muka sama mcm mak awak...pastu ada iras kak chik jgk :-)

mardewan said... [Reply to Comments]

nampak sedap kek tu..

atty's said... [Reply to Comments]

happy belated besday..semoga sihat dan murah rezeki slalu.amin

angahPJ said... [Reply to Comments]

Salam..

Mesti mak u pun masa muda2 cantik macam muka u kan.. :)

Crew Fathi said... [Reply to Comments]

Wah.. meriah ja kan.. Apa2 pon.. Selamat hari lahir... Moga panjang umur dan dimurakkan rezeki.. n berbahagia selalu.. ^_^

::PoRcUpiNe:: said... [Reply to Comments]

Hehehe i pulak yg rase touching bace entry ni.Heheheh

Happy Besday!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^