Follow Viruspadu

Tuesday, September 18, 2012

Oppa gangnam style

Ala, apa la kesahnya. Dah la kabel problem, masuk memori card tara jalan jugaaaaa. Ini sebenarnya masalah netbuk ke hape ni kan. Siotan betul. Maka tak dapat la jugak mak hencek nak hapdet kan.

Hari ni kan, saya masuk opis dan tetiba lelaki seksi (mata ke atas lagi) depan bilik saya mengwasap saya, bgtau saya punya permohonan kursus kelas mandarin berjaya dan hari ni kelas dia start. Beliau tahu sebab beliau pun dapat jugak. Yeayyyyyyyyyy bestnya. Yelah saya memang dah amik kelas mandarin masa kat UUM dulu. Yelah yang tu tahun 2001 dulu. Boleh anggap macam saya tak tahu apa dah. Bahasa ni kalau tak pakai memang hancus. Hape pun tak boleh. Takat2 ni hou tu takyah masuk kelas pun semorang tahu hehehe.

Kelas tu habis kul 5. Maka setiap selasa kena la saya bawak kereta. Well orang ada parking la katakan muahahahaha (mata ke atas lagi, kali ni dengan efek hidung kembang haha)

Kelas tadi start kul 9 pagi. Rasa best giler dapat belajar semula. Saya memang minat nak belajar. Lepas ni kalau ada kelas bahasa korea, saya nak register jugak. Sambil belajar saya akan bayangkan saya masuk rancangan running man HAHAHA. Hover. Baru masuk WHI 6 minit tangan dah gigil2 dah kan. Berangan nak masuk Running Man :p

Semalam, lepas habis shooting WHI (ayat bajet retis macamkan baru habis belakon filemmmmm yusof haselam), kitorang pegi midvalley dan en.Badang membelanje saya makan kat dubudubu sempena besday saya lagi. Menanya memang dah lama dia nak bawak saya makan makanan korea sebab dia tahu bini dia ni pencinta kpop kan. Tapi selalu je banyak kekangan. So kali ni ade kesempatan baru la dia bawak. Tu pun memula saya cuba nak tolak sebab saya tengok ramai sangat orang kat dalam tu, pastu sampai kena beratur nak tunggu tempat duduk kosong. Kose kan. Kakjem kan mmg tak suke beratur. Badang pujuk2, ok ok fine. Padahal tak la lama beratur, ada la dalam 5 minit kot. Ke kurang? gitu la.

Orang bersabar selalu untung kan. Saya patut belajar bersabar mcm badang.

Dulu saya selalu la merengek-rengek "bila abang nak bawak ma makan makanan korea ni..." siap dengan efek muka cebik. Mungkin sebab ni la badang paksa jugak saya beratur walaupun ramai. Mesti dia dah tak sanggup dengar bini dia ulang ayat tu tiap kali tengok channel 393 hehe :p Bini kuat drama HAHAHA

Maka ini la makanan yang diorder. Badang punya adelah set Bulgogi

 Saya punya adelah set bibimbap. Gambar adelah dalam instagram saya (id: viruspadu), malas pulak saya nak kopipes. Ini gambar bila makanan dah licin
 Makan sambil pegang iphone pun licin kan. Dasar kuat makan :p

Lepas tu masa untuk shopping :p


Jeket ini yang terpaling saya suka. Tapi saya tak membelinya. Dan sekarang saya asik mengigaukannya :) #kesal
Saya memang dah lama kot cari jeket yang panjang yang bisa mengkaver pinggul yang seksi HAHA. Hari tu ada jumpa kat armani exchange, tapi harga dia buat saya pitam dan bangun balik sebanyak doploh kali keh keh keh... dalam 900 ringgit malaysia kot lepas diskaun. Ish... saya belum la sampai ke tahap tu lagi nak beli baju sampai harga mcm tu. Harap rezeki murah aminnnnnnnnnnn.

So kali ni jumpa jeket yang menepati citarasa dan harga bawah kawalan lagi. tapi tak beli kan.

"Oppa, nak yang niiiiiiiiiiiiiii"

eh eh... kenapa tetiba oppa tu HAHAHA... ooo ada makna rupanya dia taknak beli sendiri kah kah kah

Sekian untuk entry kali ni. Harap "mesej" tu sampai HAHAHA.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

norlida said... [Reply to Comments]

kak boleh belajar online kat KBS World punya web..hihihi







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^