Follow Viruspadu

Thursday, September 06, 2012

Wasap oh wasap

Saya hari tu sampai2 je phnom penh ni, saya mintak kawan saya belikan simcard kat sini. Memang tak berani la pakai simcard meksis saya tu kan. Dibuatkan ter on data roaming ke apa. Nangis berdarah uols.

Tapi masalahnya saya adelah tak tahu macam mana nak on kan data pakej dia.

Dekat kad tu ada la tulis call 1771 ke mcm tu. So pun call. So pilih 2 untuk bahasa omputeh. Hambek ko! dia cakap omputeh pun saya tak faham. HAHAHAHAHA. Nak pitam gelak sorang-sorang dalam bilik sebab mengelupur tak tahu nak tekan nombor apa. Lampir betul la. Lain kebenor bunyinya. Hadoiyainyepun. Telinga saya kena sebis ke apa sebenarnya ni.

lepas tu saya pasrah je la. buat tak tahu. malas layan hahaha. padahal sentap sebab tak boleh on 3g. dah la iphone saya takleh connect dengan wifi hotel. ahhhh sentap hati ahkak tau.

Kebetulan saya duduk belakang kan dengan rakan2 cambodia ni. Saya sembang2 la dengan member baru saya ni. Sebelah saya ni nama dia Sam Onn, sorang lagi nama da ratkana. Tapi sebab saya asik tanya ratkana tu banyak kali nama dia sebab susah nak sebut. Last2 dia cakap nama dia maikel hahahaha. Lawak giler. Tak la lawak sangat sbnnya kehhhhhhhhh... tapi cara dia sebut tu saya tak boleh blah tengok. Mesti dia tensen saya asik lupa je.


Kakjem muka malu2 nape?

pipi masih gebu. jangan risau. pipi aset seumur hidup. tapi pinggang dah ramping. HAHAHAHA berangan


So lepas tu saya mintak tolong sam onn ni, tolong on kan data plan saya sbb dia paham la bahasa dia kan. Terus dia tolong saya on kan. Terus ok. Terus gembira tak terhinggalah kakjem korang ni hahaha

tapi malam tadi data plan dah yilek. dapat 20mb je free. Pastu kena topup. dah kat mana plak saya nak beli topup dia kan. Walaupun abah saya jual top up kat KL hehehehe. Pasrah lagi sekali.

pastu sembang2 lagi dengan sam onn. Eh kakjem... ko ni meeting ke sembang dengan member sebenarnya ni hahahaha. fedulikkkkkkkkkkkkk.

saya tanya dia, saya nak beli barang kat mana semua

dia kata kalau market, kul 5.30 dah katup dah. Shopping komplek kul 830 dah ramai nak katup kedai dah. sabtu ahad la market bukak sampai malam kul 9.

Saya tanya dia lagi, kat mana nak beli kasut kulit untuk lelaki. dia cakap dia pun tak tahu hahahaha. memang logik jawapan dia tu. Kalau korang tanya kakjem kat mana nak beli kasut kulit kat seremban pun kakjem tak reti nak jawab ok. hahaha.

biasalah tu kan. kita bukan tahu semua walaupun tinggal situ berkurun lamanya kan. saya ni tinggal KL sejak lahir. jalan nak pegi midvalley pun tak reti. acane tu bedah :p

tapi nampak dia betul2 nak tolong. dia bukak fesbuk dia. cari kawan2 muslim dia. pastu call. pastu suh saya cakap dengan kawan dia. lagi best kawan dia pandai cakap melayu ok. terbaik ah. i like u la sam onn.

saya tanya dia, mcm mana nak tulis nama saya dalam bahasa dia. Nah ni dia zaimah. Kemain berselirat lagi. Kagum saya cemana dorang belajar character huruf2 ni semua. 


Siap taipkan lagi ha
Saya tak tahu la nama saya jadi bunyi apa tu ha. Tapi dia kata yang belakang tu maknanya untuk perempuan cantik lah. hahahaha yang cantik tu saya tambah sendiri hahahaha

Alhamdulilah saya jumpa orang baik2 kat sini :)

Rujukan kalau korang beli simcard Metfone di Cambodia. Bagaimana nak set kat smartfon korang:


Step 1: Register to become subscriber 3G.
-          2G customers (prepaid or post paid) send SMS to register.
-          SMS syntax: write  “3G ON” or “ON” send to 133.
-          When change to 3G subscriber still keep feature of old package 2G and get default service Internet with high speed of 3G is Mobile Internet –package MIO.
·         Step 2: Changing 2G to 3G in handset
-          The ways: Menu >> Settings >>Phone >>Network >> Network    Mode>> Choose Dual Mode or UMTS.
-          Note:
Choose Dual Mode for handset automatic roam back 2G when out of signal 3G.
Some kind of handset didn’t appear then GSM, UMTS, Dual      Mode but appear 2G, 3G, 2G&3G choose 2G&3G.
·         Step 3: To set configuration Mobile Data for handset:
-          Case 1: To set automatic
Write SMS: MI mane of handset and send to 111 for      configuration directly.
Ex: handset Sony Ericsson P900: write sms MI P900 send to     111.
System will apply about configuration, to save the receive of configuration, input code 1111 and reset of handset.
-          Case 2: To set by hand (apply to most of phone model)
The ways: Menu>> Setting>> Connection setting
           Input information APN: Metfone
           Username:        Metfone
           Password:        No
           Input code 1111 ( if handset request) and reset again.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^