Follow Viruspadu

Sunday, October 14, 2012

Berjaya Memujuk

Lama jugak saya pujuk nisa anoi tindik telinga. Dari tahun lepas lepas rasanya.

Lagipun ramai nau yang takutkan nisa yang tindik telinga ni sakit. Lebih2 lagi sepupu2 dia yang dah besar sikit tu kan HAHAHA. Biasalah tu. Best kacau. Saya dulu pun dok takut2kan adik-adik jugak :p

"Nisa, tindik telinga tu sebenarnya tak sakit pun"
"xxxxx kata sakit ibu"
"mama rasa mungkin dia tersilap cakap kot"
"ye ke ibu?"
"iyelah, dulu masa mama kecik-kecik, opah bawak mama pegi tindik telingakan, pastu dia pakai yang mcm spray sejukkan telinga tu. Pastu kan, mama tunggu je orang tu tindikkan telinga mama, mama tanya la opah, bila nak tindik, pastu mama rasa telinga mama, tetiba dah ada dah subang. Macam megik. Mama tak rasa apa-apa pun, rasa sejuk je"
"ye ke ibu, ibu tak perasan tiba-tiba dah tindik ye ibu?"
"iyeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

Lepas tu nisa dengan anoi dua2 melompat nak pegi pakai subang. Tengah dorang nak tu kan. Saya terus bawak pegi pohkong kan. Tindik telinga sorang RM15 je.

Siap berlari2 la dedua nak pakai kan.

Nisa pilih warna purple, anoi pilih hijau. Sbb memang takde pilihan warna sangat pun kat situ. Yang ada pepel, hijau, kuning, merah, gold.

Nisa tindik dulu.

Lepas telinga kena tembak, nisa terus diam. Yelah memang sakit la hakikatnya kan hehehehe. Nisa diam muka nak menangis. Saya terus peluk nisa. Peluk kuat2. Pujuk dia saambil bisik.

"sakit sikit je, nisa tahan sikit je, jangan nangis ye. tahan ye, sikit je" cakap pelan je kat telinga nisa supaya anoi x dengar hehehe... So anoi rilek je serah diri nak pakai subang hehehe :p

Anoi pulak lepas tindik terus meraung nangisnya uolssss hehehehehe... bergegar satu pohkong tu hahaha

Saya rasa dia nangis bukan sebab sakit sangat, tp terkejut yang lebihnya hehe :p


Yeay...
Dua2 dah pakai subang dah

Dorang terdiam tu ada la dalam kurang 5 minit gitu.
Lepas tu dah start berlari balik kekekeke...

"Nisa sakit tak tadi?"
"sakit sikit je ibu, kejap je, pastu tak sakit dah"

"anoi, kenapa anoi nangis tadi, sakit ke?
"kejap je anoi nangis kan mama"

hehehehehe somellllllllllllllll

Memang sekarang nisa panggil saya ibu, anoi panggil saya mama

"nisa kenapa nisa panggil mama ibu sekarang?"
"sebab kakak taknak sama dengan anoi"

Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
boleh gitu jawapan dia :p






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Aju Mohit said... [Reply to Comments]

dua budak kuat hihihihi

strawberi said... [Reply to Comments]

kt poh kong bleh wat eh..okeh..nak tindikkan tinga anak dara 8 bulan tuh..hehe..

FARYN said... [Reply to Comments]

kak...saya umur 19 baru tindik sbb takut.. hahahaa

antalya said... [Reply to Comments]

make sure cepat2 tukarkan subang yg ditindik tu. kang menanah telinga.tukar subang emas tau

ViccMalarn said... [Reply to Comments]

Hahah.. Comel la ank2 akak..
Takmo juga sama panggil nama mamam dgn ibu.. :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^