Follow Viruspadu

Sunday, October 14, 2012

Janji di tepati

Sejak kebelakangan ni, banyak dugaan yang saya dan keluarga hadapi. Dan saya cuba untuk tidak merungut. Dan saya cuba untuk redha dengan semuanya. 

Hari tu nisa demam, lepas nisa demam dan pulih, Anoi pulak demam. Memang panas betul, belum anoi pulih badang pulak sakit mata sampaikan biji mata dia terluka dan kena ke klinik pakar. Belum Badang pulih, saya pulak terjangkit sakit mata :p

Masa anoi demam dan taknak makan ubat, saya buat janji

"nanti bila anoi dah sihat, kita pegi main kat genting highland ye, tp anoi kena la sihat dulu, anoi kena la makan ubat ye"

"Nisa anoi igt tak, dulu kita pegi genting highland, nisa ngan anoi main kereta pusing2 tu bestkan"

Dan bila dorang dah sihat, memang itu aje la ayat dorang cakap, nanti nak pegi genting highland hehehe. Tapi kena la tunggu mama dan papa sihat dulu ye

Maka semalam, kitorang pun menepati janji ibu bapa kepada anak-anaknya :p

paling best, pagi tu gerak mandi senang giler.

"bangun, kita nak pegi genting highland ni"

Terus bangun uolssssss. Terus mandi. Hebat! Kitorang keluar rumah lepas subuh. Singgah isi minyak dan sarapan mekdi drivetru


Dalam kereta dan kesejukan. Si bulat dan anak2
Tu bukak tingkap kat belakang tu sebab nak rasa angin sejuk le tewwwwwwwwwww hehehe

Kitorang sampai awal jugak kot dalam kul 8 lebih gitu. 

Masa nak beli tiket, susah jugak nak buat keputusan. Memula nak beli 2 tiket dewasa 2 tiket kanak-kanak indoor dan outdoor. Katanya dalam dua ratus lebih. Baru nak bayar pastu cashier tu cakap yang kalau hujan, tiket burn mcm tu je. La yeee kee...

Ok main indoor dulu lah. Indoor plak apa je mainan untuk orang dewasa kan. Sudahnya beli tiket untuk nisa anoi je la yang indoor. Dua budak dalam lima puluh lebih la harga dia.

Tepat jugak keputusan tu sebab lepas tu hujan lebat kat luar uols. Memang sape beli tiket outdoor boleh menangisi lah. Katup kot semua permainan. Boleh tahap lebat jugak.

Permainan pertama.

Gambar banyak dalam kamera bagak badang. Malas pulak ahkak nak transfer ke netbuk ni. :p Kang rajin iols letak dalam fesbuk ekkk...

 Kasut of the day
 #Rotelli
Junior Bumper Car

Ini festaim nisa anoi naik kereta ni. Dulu masa pestaim kitorang pegi, si nisa menangis takut nak naik. Kali ni lepas kitorang pujuk2, dorang pun cuba la. Saya tengok badang kemain cemas kat tepi. Dorang belum start main pun lagi. Badang asik la menjerit panggil anak dia kat tepi

"nisa, nisa nanti pijak je kat bawah tu"
"nisa, kalau nak pusing bla bla"
"nisa, jgn takut tau, tekan je dia jalan tau"
"nisaaa... itu ini "


HAHAHAHA... kelakau

"papa, rilek, budak tu ok tak apa-apa"

HAHAHAHA pastu baru dia tersedar. Dia terlalu memanggil nisa HAHAHAHA
So sweet la you papa. Tengok  badang termalu senyum sorang-sorang lepas saya ckp mcm tu hehehe. Ah terlalu comel.

Dalam tu banyak permainan kan.
Nisa paling nantikan adelah snow tu la. Rumah salji tu. masuk 4 orang RM96. Bapak sejuk tak boleh blah dalam tu. Saya masuk kejap je, hidung merah rasa takleh bernapas terus. Gilos lah.

Makan pulak kitorang singgah keniroges, RM98.

Ada mainan kalau nak join teman anak, kitorang beli tiket asing la untuk dewasa, sorang RM8.

So itu dia bajet dia, kalau korang nak pegi sana ek. Saya rasa kalau 2 dewasa 2 kanak-kanak. Boleh bajet RM500. Tak beli apa-apalah. Khas untuk main dan makan. 

Kitorang lepak tak lama. Lepas ulang mainan kat situ sampai bebudak bosan, gerak balik kul 2 petang.

Dan anak-anak pun gembira pulang dengan senyuman dan kenangan :)




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu




1 komen[s]:

AlyzaFisol said... [Reply to Comments]

syoknya main2 kt genting...tp tu la, skang musim ujan, kalo nk atas main mmg rugi je...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^