Follow Viruspadu

Thursday, October 25, 2012

Johor Premium Outlets

Semalam en.Badang ada taklimat kat JB. Bagus betul buat taklimat 2 jam je pun tapi sampai ke JB nun. Terpaksa la saya teman beliau kan. Saya kan isteri yang cemerlang gemilang dan begermelapan hahaha. Suami ajak pergi mana-mana tak pernah tolak, semua boleh :p

So jam 4.30pagi dah bergerak dari rumah. Dan jam 7.30 dah terpacak depan kedai mapley nak sarapan. Saya dah buat bersediaan untuk tido dalam kereta dah pagi tu. Saya bawak bantal sebijik, bear pink kegemaran dengan selimut sekali. Kemain nyenyak lagi tido dalam kereta macam kena dodoi rasanya. Bila dah sampai rasa macam taknak keluar kereta plak dah. Mamai iols.

Bila tanya nak sarapan apa, lalu terorder teh tarik ngan roti cheese. Pastu baru terperasan saya sepatutnya diet. HAHAHAH saje nak salahkan mamai tido dalam kereta kannnnnnnnn.. :p Pastu pelik kenapa berat dah naik sampai 61.5kg kan. Apakah punya kegilaan.


sumpah sedap roti canai dia ok. Lembut kemain lagi.

Badang memula order roti telur. boleh lak tak cukup kan. tambah lagi 2 keping roti kosong. Hamboi dia tu... kata nak kurangkan makan. dusta sangat.

Mekap mata semalam adalah seperti ini. Agak comot sedikit secara realnya. Tapi. adekukesah :p
 
 kening bersepah :p

Sori tau korang yang tunggu tutorial mekap, pencahayaan kat rumah memang kelabu asap sikit. Lampu nak stok romantik2 je kan. Dah buat cubaan beberapa kali. Tapi keputusan memang agak mengecewakan. Takpelah kalau saya tak buat pun. Kat utube orang lain ada buat byk dah kan :p.

Sementara badang bertaklimat selama dua jam itu. Saya lepak aje kat lobi sambil baca majalah. Dah bertahun tak beli majalah. Agak mengecewakan jugak la baca isi kandungan majalah hehehe. Mungkin saya mengharap lebih kot. Rasa mcm maklumat mcm tu saya gugel pun bleh. Selak punya selak punya selak ada lak pokcik ajak bersembang. Layankan je la.
 Wajah penunggu pipi moncet yang setia :p

 Lepas habis taklimat. kitorang terus la ikut agenda yang kitorang dah plan. Memula pegi tepi pantai lido, pastu singgah legoland tapi katup. Apakah katup? Kenapakah?

Dah tu terus pecut ke Johor Premium Outlets la kita. Saya igtkan JPO ni macam nilai 3 ke apa HAHA. Sengalssss. Takpun macam Maiden ke kan. Sebab orang cakap murah la apa la. Sekali tengok ko. Kemain canggih lagi... Kagum seketika. Terus tak leh fikir mana nak masuk. Semua tempat best.
 

Fossil. Wallet dia RM120 je ok. Nak pitam tengok. Tanya badang, beliau taknak la pulak. Baru plan nak belikan hehehe. Nasib baik beliau taknak HAHAHAHA

Levis. Skinny jeans. Saya beli yang ini.
Saya masuk charles and keith pun rasa nak pitam tgk harga kasut kat situ. Nasib takde yang bekenan. Aishhhhhh... Coach dia pun less kemahen lagi. Tapi saya rasa design dia bukan latest la. Kalau korang nak yang latest2 sila la pegi pavi atau midV ke klcc ke ek.

Pastu masuk G2000 beli baju badang.

Erm... apa je kitorang beli. Tak banyak.

Saya masuk coach kan. Tengok shawl dia. Pastu tanya harga. RM450 okeh... Nak pitam lagi. Shawl biasa je, kalau bukan coach, saya boleh dapat dalam RM30 je kot. HEHEHEHE... Tapi memang sedap sejuk la kain dia. Tapi memang tak mampu la beli.

 Dah penat, balik la kita. Dan terus singgah Hajjah Mona Asam Pedas kat melaka :p dan terorder 3 jenis asam pedas. Lapar sangat le tewwwwwwwww.


Dan hari ini saya pakai cardigen yang saya beli kat Cotton On. :)

Kalau korang terpergi johor, wajib la singgah Johor Premium Outlets. Kalau nak beli jeans rasanya berbaloi sangat.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

VP, wah...tetiba bleh ada kat JB eh..
saya pun plan nak pegi 10 Nov ni.
For info Legoland mmg tutup setiap Rabu tau...
So, jgn la beli tiket masuk utk hari tu...
hari-hari lain ok hihi :D

Mrs.E.ina said... [Reply to Comments]

k.jemm...jeans mmg murh ke kt JPO?muhaha...nk g la...;)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^