Follow Viruspadu

Sunday, October 28, 2012

Nak Jugak Pergi H&M

Budak cepat membesar kan.

Rasanya baru je beli baju budak-budak ni. Selalu je beli. Boleh dikatakan kalau keluar je beli lah. Tapi time nak pakai je mesti rasa mcm takde baju nak pakai. Lebih2 lagi si nisa tu. Beliau cepat tinggi ataupun saya feeling dia kecik lagi hehehe. Seluar jeans beliau yang ado semua dah senteng2. Mencik.

Kebetulan melihat rakan-rakan dekat instagram mengepost gambar2 shopping kat H&M. Hamboi hamboi hamboi korang, galaknya menyoping kan H&M kan. Jeles iols tau. Pastu ceera pulak pegi. Memang tak menahan la nak pegi jugakkkk... tsk tsk tsk.

Masa sembang dengan ceera pasal H&M tu beliau ada la cakap pasal baju budak kat sana boleh tahan. Harga pun boleh tahan. Terus rasa nak pegi sana beli.

Kelmarin adelah Raya AidilAdha kan...

Selamat menyambut AidilAdha korang :)

Tengok la sekarang, sampaikan nak wish raya pun lewat kan. Yelah kalau dulu semua benda update kat blog kan. Sekarang ni dah banyak sangat saluran. Ada fesbuk. Ada twitter. Ada Instagram. Ada 1001 saluran boleh di hapdetkan kan kan. Maka blog pun terabai la sikit. Sebab macam sama je kan. Benda dah update kat IG (Instagram), kadang kose la nak update kat blog lagi hehehe. Padahal malas :p

Malam raya saya tak balik Cheras, dan tak balik Rantau. Kat rumah sendiri je. Pagi tu baru balik Cheras. Raya haji memang takde la nak berbaju raya sakan. Teringin nak beli baju jovian tp tak terbeli2 lagi. Tapi masih berbaju kurung. Belasah aje la baju mende pun. Janji baju kurung kan. Time saya sampai cheras dalam kul 10 gitu. Cuma ada family kakcik je. Yang lain nan ado.


Mak saya masak sop tulang walawehhhhhhhhhhhhhhhhh sedap giler. Dengan daging lembut semua. Dengan kari ayam kan. Pehhhhhhhhhh... Tak tahu nak cakap. Makan sampai tak boleh bercakap la. Menikmati betul. Kali ni mak saya tak buat rendang sebab rendang kenduri uteh kawen ritu belambak lagi.

Petang raya. Dah tukar baju. #OOTD #WIWT ... Saya beli kat #cotton on. Feeling @ctdk kannn :p
Baju ni dia macam tebal jugak. Masa saya tukar baju akak saya tanya

"nape tukar baju dak?"
"saje, panas"
"abis tu tukar baju ni tak panas ke?"

*dengar ceera tergelak perli. CISSSS

HAHAHAHA same je panasnya. Jumaat ritu memang panas tak boleh blah kan. Berpeluh ketiak.
Petang raya tu jugak kitorang celebrate besday Nabil ngan Hadif. Kakcik siap beli kek aiskrim durian. Sedap!!!! Matiklah makan banyak lagik Hew hew hew Semuanya pun sedap kann... Dah la sebelum makan kek ni saya makan nasi lauk2 mak saya masak. Dengan sambal belacannya. Dengan ulam ulaman nya. Mana boleh nak tolak kan. Giler ke tolak. Dah la jarang dapat makan masakan emak.


Makan makan makan makan makan

Sambil2 tu sembang2 lagi dengan beradik. Tu yang terplan nak pegi H&M tu kan. Memula yang jadi nak join cuma family saya dengan kaklang je. Akak nak mengerjakan rumah. Kakcik nak mengerjakan anak, Atam memang taknak sbb malas, Ida tak bg pape respon. Uteh balik kampung isteri. Sepet mcm biasa nak berkepit dengan boipren.

Saya lagi senang kalau nak keluar memana dengan family je. Terima kasih mak sbb pandai jaga asuh kitorang adik beradik so kitorang jadi rapat sangat hehe. Saya harap anak2 saya pun akan jadi mcm kitorang adik beradik jugak. Walaupun anak saya dua je. So biar dorang rapat dengan sepupu la ye. :p

Petang saya terus balik Rantau plak.

Makan lagi. Mertua saya punya rendang dengan kuah kacang memang terbaik. HAHAHA. Kan dah cakap asik makan je kan. Semuanya pun sedap. Sebelum saya kawen dulu, Saya memang takkan makan la kuah kacang dengan nasi impit kan. Memang tak suke la. Kuah kacang untuk satey je. Tapi bila dah kawen dan mertua buat sedap sangat. Terpaksa la suke :p Sampai sekarang kalau raya memang la tercari2 kuah kacang. Saya dengan Badang penah la try buat kuah kacang resepi mertua. Jadinya memang la jadi. Tapi tak sama la rasa mertua buat. Kurang sana sini kan rasa dia. Kalau selalu prektis masak kot jadi sedap kan :p

Adik ipar saya baru melahirkan :)
 Lalu saya baring la kat baby. 
Lalu Badang pun cakap "Dah rindu nak tido sebelah baby ke apa ni"  hehehehe...

Haishhhh tak sabar nak pegi H&M :)

Kitorang adik beradik dah berzello2 dah. Saya bgtau yang sok pagi saya akan keluar rumah tengahari terus jemput kaklang. Zello memang best. Wasap pun best. Senang nak diskas adik beradik.

Bangun pagi dan malas mandi dan pegi sarapan dan lepas tu bawak budak2 main kat taman. Dasar malas mandi :p


Balik rumah. Uruskan rumah dulu. Lipat kain sebeban dulu. Baru siap2 nak keluar. Semalam adelah hari merah saya.

Shawl beli kat cambodia, top from thepoplook (eh ye ke... lupa la plak mokcik), seluar adelah levis skinny

Mekap of the day. Simple. Lipstik maybelline, maskara pun maybelline, eyeliner adelah skinfood, eyeshadow pun maybelline. Foundation adelah revlon colourstay nude.

Sebelum keluar rumah berzello2 dulu dengan kaklang suh stanby. Tetiba kakcik nak ikut. Yessss.... besttt... lagi ramai lagi syiokkkkkkkkkk.

Oyye kitorang pegi kat Setia Alam Mall, H&M kat situ. Rasanya situ tak sesak kebenau orang.

Sebelum pape kita makan dulu. Kitorang makan kat Dgend Dining. Dan mengorder spageti.


Nak makan je pun amik masa lebih sejam ok. Bukannya apa2 pun. Banyak nau nak kena buat. Nak amik gambar hantar kat wasap adik beradik la. Nak gelak2 dulu la. Macam2 benda nak buat. Dengan budak2 plak tu kan. Kejap nak kencing la apa la. Tu yang buat lagi lama tu. Belum lagi dengan melayan karenah anoi. Melayan anoi sorang macam layan 5 orang budak kekekeke.

Gambar khas untuk hantar kat wasap adik beradik supaya mereka jaki dari kejauhan. :p
Kakcik dan kaklang yang cubaan buat pipi tembam macam saya. Andak tahu la andak idola korang kennnnnnnnnnnn

Perkara wajib buat bila makanan sampai :p

 Buat muka comel sambil makan juga wajib buat dan hantar ke wasap hehehe

Nisa tak pedulikan apa-apa pun. Dia ngap je

Kaklang yang dah umur 39 tahun tp apsal beliau macam umur 19 tahun. OMG. Hetchu kaklang

Anak kaklang, ayin dan nisa :)

 Edited by kaklang
 

 
 Bila tengok pun boleh rasa lapar balik.
Spageti dia sedap
Tapi saya rasa macam masin sikit la.
Atau lidah saya ni lidah mentawar :p

 Me, kaklang dan kakcik

Lepas makan dengan lamaaaaaaaaaaaa sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Memang dah tak sabar giler nak pegi H&M. Masuk2 terus saya memecut ke pakaian budak2. Dan terus cari seluar nisa. Payah nau la nak beli baju nisa. Sebab tiap kali suruh dia pilih. Dia bz nak pilihkan baju anoi. Padahal baju anoi dah banyak dah. Semua baju nisa yang dah kecik semua anoi dah sebat dah.

Yang baju dia pegang tu pun dia pilihkan untuk anoi jugak tu. Bila saya pilihkan baju dia. Asik geleng kepala je. pastu cakap "taknak, kain ni gatal". Aiyooooooooooo padayapppaaaa.
Pilih punya pilih tetengok, baju anoi jugak yang lebih HAHAHA. Baju nisa takde. Sabo je la. Nisa ni kannnnnnnnnnnnnnnn... Kena pegi membeli lagi la kalau mcm ni bila nak selesaiiiiiiiii... Tekanan mokcik tau.

Kakak2 ku feeling kPOP :p

Lepas tu kitorang lepak triump. Ehem ehem... Ini takyah bgtau la ye kitorang beli mende :p
 Datin An-Nisa


Korang dah pegi ke H&M??
Baju budak ok la harga dia, design pun ok la. Nak kata murah nau pun tak, Nak kata mahal nau pun tak. Yang sedang2 aja.

Baju dewasa sumpah tak perasan cantik ke idak, harga ok ke idak, saya tak tengok pun. Kalut tgk baju budak je kan. Tapi kalau korang nak pegi dialukan lah.

Tapi yang pasti, nnt bila free nak pegi lagi dan taknak bawak budak lah. Baru boleh tengok dengan tenang nak aman sikit.



Ok tu je untuk kali ni.
Jumpa lagi next entry :)





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^