Follow Viruspadu

Friday, October 19, 2012

Pencarian CHEF SELEBRITI 2 BERITA HARIAN DAN GAS PETRONAS




Sapa ada tengok Chef Selebriti Berita Harian dan Gas Petronas musim pertama?? Best kan?? Jangan resah, jangan gulana, Chef Selebriti Berita Harian dan Gas Petronas musim ke 2 sudah kembali. Woott Wooooottttt (sound efek kena ada :p)
 

Musim kedua lebih menarik sebab ada 2 kategori yang bakal dipertandingkan iaitu kategori Individu dan kategori professional. Yang lagi bestnya, juara bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10k dan trofi. Ofkos la kan dengan gelaran Juara Chef Selebriti! Glamer uolssss

Bagi Juara kategori Pro ada tambahannya, beliau akan menjadi penulis jemputan bagi ruangan masakan mingguan dalam BH Famili selama enam bulan. Best kan.. kan.. Phewwwwwwww… Kalau macam ni punya best, kakjem rasa nak join jugak lah kekeke. Tapi apakan daya… masak bukan kepakaran saya. Rasa macam nak suruh akak, kaklang, kakcik saya join je, sebab depa memang kalau masak tiptop ok.

Tempat kedua mcm mana pulak?? Ofkos dapat hadiah jugak kan… tapi tak kan tong gas lak. Amboi buat lawak pulak dia hikhikhik tapi best jugak kalau dpt tong gas kan hehe. Bagi kedua-dua kategori, tempat kedua dapat RM2k dan trofi, ketiga dapat RM1k dan trofi, dan dari no 4 sampai no 10 dapat RM100 dan trofi.
 




Phew memang tak sia-sia join, no 10 pun dapat hadiah. Berbaloi-baloi.





Sapa yang boleh masuk??

Kalau korang adalah warga Negara Malaysia yang berumur 18 tahun atau nampak macam 18 walaupun dah 32 hehehehe dan ke atas boleh masuk, kate ko. Sesiapa yang berminat boleh menghantar borang penyertaan berserta gambar bersama masakan, satu set senarai resipi merangkumi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut serta kepilkan 10 kepala akhbar BH dan satu penutup silinder Gas PETRONAS kepada Pencarian Selebriti 2 BH-Gas PETRONAS, PO Box 10250, Pejabat Pos Besar, 50708 Kuala Lumpur.
 




Borang penyertaan boleh didapati dalam akhbar Berita Harian yang disiarkan mulai 10 hingga 31 Oktober ini dan tarikh terakhir untuk menerima penyertaan adalah sebelum 5 November 2012 bagi melayakkan 10 peserta terbaik dipilih sebelum ke peringkat akhir.

Kalau korang suka masak, cepat ye hantar borang. Saya memang nak hantar borang jugak, tapi saya suka makan je hehehe Acane tu :p










Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^