Follow Viruspadu

Monday, October 22, 2012

TV


Ketahuilah yang beberapa minggu yang lalu rumah saya dimasuki pencuri dan sekarang TV saya tinggal satu je. Satu lagi dah gone...

Sadis

Kalau dulu, saya tgk tv kat bawah, nisa anoi akan tgk tv kat bilik. Dorang biasalah nak tgk kartun diorang la kan. Saya nak tengok 393 kekekeke. Kpop la katekan.

Hari tu saya lalu la kat belakang rumah saya ni, nampak la satu kawasan. Pastu saje la sembang dengan nisa.

"mama rasa, mungkin dorang yang curi tv kita tu la nisa, tgk la rumah dorang tu, kesian kan, mungkin dorang takde tv nak tengok"
"iye lah ibu, kesian kan, biar je lah dorang amik tv kita tu ibu, kita beli je lah yang lain"
"hahahaha... yelah yelah"
"ibu beli tv, 3 tau, satu lagi kakak nak letak dalam bilik kakak, senang merah nak datang rumah kakak nak tengok tv"
"banyak cantik...."

HAHAHAHA over la plak HHAHAHA... apa dia igt mama kau ni cop duit, tetiba nak beli 3 bijik tv HAHAHA. Mencik!

Pencuri tu dah kena tangkap dah minggu lepas. Alhamdulilah. Barang memang tak dpt balik la. Tapi tetap bersyukur sebab pencuri dah kena tangkap, so takde la jiran lain yang jadi mangsa.


Hari ni
Balik kerja dan kepenatan.
Saya sampai rumah je terus naik atas tukar baju.
Nisa dah lari2 masuk rumah terus ON tv. Bukak kartun dia.
Pastu dia naik atas, terus cakap dengan saya

"ibu, ibu... ibu mesti penat kan, ibu baring la kat bilik ye, rehat-rehat"
Pastu terus lari kat bawah balik

Kah kah kah

Pandai ko kan nisaaaaaaaaaaaaaaa.... suruh mama rehat supaya ko dapat tgk tv kannn

Ayat terpimpim betul. HAHAHA. Saiko betul :)
Dah dia cakap manis2 mcm tu.
Baiklah nisa. Mama rehat sambil update belog la ye. Nisa pegi la nonton cerita kegemaran.

Lepas ni turn mama okeh :p









Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

vidalsisah said... [Reply to Comments]

Eh ye ke? Sebbaek gak kalu dorang sapu sume apa nk dikata... kan.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^