Follow Viruspadu

Wednesday, October 24, 2012

World Walking Day anjuran Nestlé

Saya suka join aktiviti macam ni.
 


Dulu bila ada tengok kat tv orang join, selalu tertanya-tanya macam mana dorang tahu ada aktiviti ni. Siapa yang jemput.  Macam mana kalau berminat nak join. Segala macam persoalanlah. Tapi soalan tu dalam hati je la kan.

First time saya join aktiviti macam ni adelah One Vision Run 2012, itupun sebab Kaklang saya punya kawan yang organize. Maka kaklang ajak kitorang satu family join aka mengsupport larian amal ni.

Saya suka sangat la. Lagipun kitorang satu family boleh jumpa reramai gelak2 beraktiviti sesama. Lagipun  boleh exercize sikit untuk jaga kesihatan sekali kan.

Kenangan lalu :)

Kali ni ada lagi, tapi bukan lari-lari lagi. Tapi jalan jalan saje. Jom la korang semua join sekali. Kalau takat jalan jalan bawak anak mesti best kan. Sweet sangat tengok anak jalan kedek-kedek kan. Ini salah satu daripada aktiviti yang Nestle anjurkan.


Program World Walking Day ini akan dijalankan serentak di 6 lokasi di seluruh Malaysia pada 28 Oktober 2012 mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. So korang boleh pilih la nak gi yang mana terdekat ngan korang. Tak susah nak join. Korang klik sini pastu register je. Atau korang boleh gak register kat booths yang disediakan, atau melalui SMS dan daftar pada hari event berlangsung.

Macam kak Jem ini yang tinggal kat Somban, Kak Jem sure akan turun yang kat Putrajaya nanti. Dokek ngan rumah I kan. Kak Jem akan paksa semua suku sakat, adik beradik, ipar duai Kak Jem turun nanti. Biar semua join bersama menjayakan program ni.


Tengok tu! SEMUA FREE. 
DAFTAR.SARAPAN. ADA LUCKY DRAW lagi.
Harap2 bertuah kan :p Pastu ade macam-macam
aktiviti yang berbeza disetiap lokasi.

Tengok tu berapa punya meriah event yang dibuat kat Putrajaya tahun lepas.
Ramai yang datang. Katanya lebih dari 4,000 peserta di Putrajaya sahaja masa tu.
Kalau dicampur untuk keenam-enam lokasi seluruh negara, lebih kurang 18,477 peserta.
Korang boleh klik facebook Nestle untuk tengok gambar-gambar tahun lepas. Pastu like sekali tau.

Teruja saya nak join tengok gambar ni. Ramai-ramai best.




Event World Walking Day kat Putrajaya tahun 2011

Gambar adelah dari http://www.facebook.com/nestlegoodfoodgoodlife
Besttt kannn :)

 Kita ni hari-hari ke pejabat dan duduk depan komputer. Berjalan pun takat dari parking ke lift je kan. Nak suruh naik tangga memang tak la kan. HEHEHE. Nak gi joging petang-petang pun memang jarang-jarang dapat berlaku. (ini keadaan diri sendiri)

Tahukah korang (dan saya) yang berjalan seharian boleh bantu kita membina stamina dan membakar kalori berlebihan dalam badan pastu kesihatan kita pun akan meningkat secara keseluruhannya :)
Maka cuba la berjalan sejauh yang kita boleh setiap hari. 10,000 langkah sehari sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan adelah yang terbaik ok. So mari la kita berazam untuk berjalan kaki dan menjadi sihat..

Ada beberapa lokasi korang boleh pilih, ikutlah rumah korang kat mana ek. Senarai dia kat bawah ni.


Oyye,
Register SMS dah closed ahad lepas tau.
Tapi korang masih boleh register lagi.
Jom laaaaaaaaaaaa...
Aci je register masa hari tu jugak.
Pegi je, cari kaunter register. dan register.

Oraiit!!!

Sap sap soiii kannnn

Jom la korang, kita pakat register ramai-ramai.
Kalau korang register, update saya sekali
Kot nanti boleh kita jumpa kat sana reramai kannnnnnnnnnnnnn...

maka...

HOW AM I?





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Nadiah said... [Reply to Comments]

ala....minggu raya haji tu.. balik kg...

zino said... [Reply to Comments]

macam meriah je tu... tapi masih beraya masa tu..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^