Follow Viruspadu

Sunday, November 04, 2012

One Two

Tajuk tu memang takde kena mengena dengan entry :p Percayalah hew hew hew

Saya sekarang tengah bersenang lenang tengok running man yang saya rekod. Nak tengok jumaat petang tu memang tak sempat la. Sampai rumah pun dah pukul berapa dah jumaat lepas.

Minggu ni boleh dikatakan minggu pelik sikit la bagi saya la. Sebab sepanjang minggu ni saya drive dari Seremban ke Jalan Duta ke Seremban. Hari-hari. Phewwww. Korang pun tahu kan selama ni saya memang takkan drive punya lah sebab saya kan x hafal jalan. Terima kasih GPS sebab selama seminggu saya drive ni memang saya berpandukan GPS. Dan saya masih tak ingat jalan lagi kalau tak on GPS tu HAHAHA. Sengal betul kakjem ni.

Kenapa saya drive? Sebab badang takde minggu lepas ada seminar kat PD. Budak2 pulak, mertua saya tolong jagakan sebab saya kena keluar rumah awal pagi sangat balik lewat malam jugak.

Kat office keje pulak bertindih2. Saya patut kena pegi Johor seminggu, tunda ke bulan depan. Nanti minggu depan depan kena pegi bangkok pulak sebab meeting. Pastu dengan code baru nak kena pakai kat database baru. Kena masukkan code baru lagi. Code kena ubah la apa la. Dengan bertindih dengan training penting lagi. Dengan meeting nak prepare utk pegi bangkok lagi. Ahhhh tu semua buat saya terkejar2 la.Nasib baik gomen dapat bonus. HAHAHA. tetiba sangat cerita pasal bonus kennnn. Hujung tahun memang macam ni :p

Training.
Boleh agak ke ini training apa lepas tgk nota sikit tu? hehehehe.

Training 2 hari tu agak meletihkan minda sikit, sebab ada banyak quiz. Quiz siap ada markah pulak tu. Malu la kalau markah tercorot kan. HAHAHA. Nak kena jaga standard jugak wahahaha. Standard la sangat. Padahal jawab kuiz tengok jawapan orang sebelah kan. Bagus kot buat quiz segala gini sebab baru la kita ambil perhatian. Kalau tidak masing2 bukan dengar pun. Pakat balas emel la, wasap la apa la kan. hehehe. Saya le tewwwwwwww. Selalu tak bagi perhatian kat training :p

Penat dan mengantukkan drive jejauh hehari ni. Tido plak dapat kurang 4 jam sehari plak tu. Memang respek lah siapa yang drive hari2 jejauh. Respek sangat.

Hari jumaat tu, hujan. Petang tu saya ada meeting kat damansara. Yes, saya memang la tak tahu ceruk mana jalan nak pegi sana kan. Padahal dekat je jalan duta dengan damansara tu. Saya pun googlemap apa segala la. Last2 cari coordinate nak pegi sana, pastu kawan2 "geng encik bos" yang tolong setkan kat gps kereta. Ramai2 lak tu. HAHAHAHA. Kecoh mak jemah nak pegi meeting kan. Padahal orang lain nak pegi meeting rilek je.

Sesat2 jugak la saya. Tapi sampai, Alhamdulilah. Rakan2 siap wasap tanya dah sampai ke belum. Ramai betul risaukan kakjem. Iols terasa di sayangi hehehe. Badang siap kagum bini dia pegi meeting sendiri hew hew hew

Nak balik tu takpe. Set home je GPS.

So jumaat punya plan patutnya saya balik rantau amik anak2 dulu, pastu balik seremban. Tunggu badang jemput nak pegi PD. Tapi badang kesian kot saya penat sangat. So dia terus suruh saya balik seremban. Tunggu je kat rumah. Nanti dia jemput budak2 semua. Padahal dia lagi penat kot. Badang hebat, penat tak pernah komplen pun.

Jam 930 malam jugak kot kitorang bergerak ke PD. Budak2 xcited giler. Hotel badang adelah avillion admiral cove. Bilik dia besau. Kagum sejenak dibuatnya. Pemandangan first class saya rasa. Dengan botnya. Pantai bersihnya. Terus rasa macam nak menginap kat situ terus.

Budak2 teruja berlari keliling bilik

Tapi disebabkan badan saya terlalu penat. Cantik macam mana pun tido tetap jadi pilihan. Korang buat la pemende pun ye. Mama nak tido dulu.

Ni kul 730 pagi telah dipaksa turul pool sbb budak2 nak mandi. Kulit tebal ke apa budak2 ni. Tak ke sejuk sekarang ni. Saya terkulat2 bangun main sarung je baju. Terserempak plak dengan seseorang (ehemmm) hehehe sejurus keluar dari bilik, pastu beliau tanya saya "kenal aku tak"... dan saya masih terkulat2 HAHAHA.


Lama jugak budak2 ni mandi. Mandi sambil saya suapkan nasi lemak badang tapaukan dengan minum air milo ais. Memang lama la kan. 2 jam jugak.

Setelah pujuk banyak kali ajak naik bilik. Mama dia nak baring hehehe. Budak2 yang rikues nak snap gambo. Cantikkan view. Aduh rasa nak berangan. Ada rumah tepi pantai dan ada bot parking depan rumah. Memang terbaik lah

Acicot kebena, pencinta flora dan fauna :)

Checkout. Dan mau pulang. jam 12 tengahari :)

Cantik kan pemandangan kat sini.




"happy couple... Nnt pencen nak beli bot la, travel all a round the world with @viruspadu" ~ Badang
So sweet ayat tu. Saya harap sangat jadi kenyataan. Saya pun teringin.

Sebelum ni kitorang berdua ada berangan nak explore satu malaysia  naik bas. macam dari terminal one pastu naik bas benti kat melaka, pastu gerak ke jb, pastu ke mana2 la, sampai ke perlis. Sampai la ke seremban balik. Bawak beg je berdua. Pastu gambel je la tido mana2 tempat yang termampu. Hotel2 murah ke. Gitu. Best gilerrr kannn. Pastu blogkan perjalanan tu. Tapi sebab ada anak kan. Badang kata tunggu anak beso sikit la. Bawak anak sekali. Bagi lasak sikit budak2 ni hehehe. Siyes saya tak sabar :)



Sebelum berangkat ke Seremban. Budak2 nak singgah pantai PD dulu. Layankan je la panas2 tu kan. Best jugak sambil memandang ombak dan memakan aiskerim. Ombak sentiasa menenangkan.




Sampai2 seremban tetiba terasa nak buat facial dulu. Dah lama giler tak facial ok. Pastu saya baru terjumpa tempat facial baru. Macam bagus la tempat tu sebab hanya gegirl je boleh masuk. So rasa selamat sikit la. Lagipun facial dia harga terbaik. I loike 1000000000000x HAHAHA. hampir 2 jam jugak saya facial. RM50 je. Siap ada free gift lagi. Nanti saya share ek tempat ni. Kalau dapat keijinan tuan tanah kedaung la ye.

Badang dengan anak2 tunggu kat opis sambil bersenam hehe



Musim hujan yang lebat. Tengok la banjir kawasan perumahan saya :(


Hari ni saya nak berehat serehat rehatnya. Taknak buat pape. Baringgggggggggggg je :)



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

AIN said... [Reply to Comments]

kak..update la sal facial tu..
semban kat mane tempat tu?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^