Monday, November 26, 2012

Perlindungan Untuk Baby Sejak Hamil Lagi

Ramai orang bujang, tak kira la lelaki ke pompuan bila sampai seru nak nikah akan mula berkira2 ngan segala macam perbelanjaan. Perbelanjaan akan bertambah berganda bila disahkan hamil.. ermmm berita kehamilan mmg amat menggembirakan.. dalam gembira, bermacam kerisauan bermain dalam kotak pikiran...


Rasa cam nak ngandung balik je

Segala macam perbelanjaan dicongak... dari persiapan untuk menyambut kelahiran sampailah kepada soal perubatan sekiranya bayi kita sakit. nak nak pula sekarang ni kos rawatan amat amat mahal. bagi yang berkemampuan, bolehlah ke hospital swasta... bagi yang kurang kemampuan akan memilih hospital kerajaan... walaupun dari segi rawatan tidak jauh perbezaan antara hospital swasta dan kerajaan. namun elemen keselesaan dan layanan yang membuatkan ramai yang sanggup memilih hospital swasta.

Alangkah best nye kalau setiap kali kita dapat berita gembira berkaitan kehamilan, dari usia kandungan kita 20 minggu lagi bayi yang bakal lahir tu dilindungi dengan perlindungan takaful. Perlindungan takaful tu pula bukan hanya semasa bayi dalam kandungan sahaja, malahan berterusan selepas bayi dilahirkan. sure dah tak risau lagi kan...


Imej yang paling berharga dalam dunia
Teringat masa mengandungkan arwah Alesha dulu. hati gembira berbunga2. Masa tu langsung tak terlintas perkara yang buruk akan berlaku kepada arwah.Walaupun penyakit arwah tidak dapat dikesan semasa dari dalam kandungan, tetapi sebaik sahaja arwah dilahirkan, dia hanya sempat berada di rumah hanya beberapa hari sahaja... selebihnya di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU)... cerita arwah boleh korang baca di pautan kat Alesha Abriza in Memories kat blog ini.

Segala ubat dan nasihat doktor dipatuhi. Semua pantang larang orang tua2 diikut. Tapi sekiranya telah tercatit dalam takdir Allah, tiada siapa dapat menghalangnya. Tetapi, walaupun sesuatu telah ditentukan Allah, kita sebagai hambaNya perlu la berusaha untuk melakukan segala terdaya bagi mengubahnya kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang tersebut berusaha untuk mengubahnya.


Arwah Alesha Abriza di hari-hari terakhirnya
Kerana itu Prudential BSN Takaful Berhad memperkenalkan pelan takaful bagi ibu dan bayi yang dikandungnya. Terdapat pilihan perlindungan yang boleh dipilih iaitu PruBSN Smartlink, PruBSN Smartlink + extra basic dan Rider Baby care.

Mesti banyak yang korang nak tau kan? contohnya cam...

1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink melindungi anak korang seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini
Prudential BSN Takaful Berhad memberikan anak korang perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Ianya jugak akan memberikan perlindungan semasa kehamilan serta manfaat-manfaat
selepas lahir untuk bayi korang.

2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?

Korang boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika korang hamil 20 minggu dan khas untuk pompuan yang berumur di antara 19 dan 45 tahun.

3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya bersedia untuk berkeluarga?

Apabila korang sudah bersedia untuk berkeluarga, korang boleh mengambil rider Baby Care. Rider ini melindungi bayi korang dan diri korang semasa hamil dan sehingga 60 hari selepas melahirkan dan Prudential BSN Takaful Berhad akan berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran. Diorang juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak korang dilahirkan.

4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?
Khusus untuk pompuan berumur di antara 19 dan 40 tahun, korang boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink Pelan ini melindungi korang sekiranya korang hamil sebelum korang berumur 46 tahun.

Secara ringkasnya... camni la gambarannya. Katekan korang berminat ngan pelan takaful PruBSN Smartlink + extra basic. Apa yang korang dapat semasa mengandung adalah bayaran manfaat khairat kematian sebanyak RM2000 sekiranya keguguran manakala RM5000 untuk si ibu jika meninggal ketika hamil. Sekiranya si ibu meninggal dalam tempoh 60 hari selepas bersalin, manfaat kehilangan nyawa akan dibayar sebanyak RM5000 juga. Dan diskaun sebanyak 20% bagi pendaftaran pakej darah tali pusat (tawaran ini terhad). Manakala selepas bersalin pulak, sekiranya bayi korang meninggal dalam tempoh 30 hari dilahirkan manfaat kehilangan nyawa sebanyak RM2000 manakala selepas 30 hari, jumlah perlindungan asas dibayar. Sekiranya berlaku kelahiran pramatang dan bayi korang dimasukkan ke ICU/HDU dalam tempoh 30 hari selepas lahir, korang akan menerima bayaran sebanyak RM300/sehari. Akhir sekali sekiranya bayi korang kena inkubasi dalam tempoh 60 selepas dilahirkan tetapi mesti sekurang-kurangnya 3 hari berturutan korang akan menerima sebanyak RM100/sehari. Menarikan??

Korang tau tak PruBSN SmartLink juga menyediakan pelan bijak untuk masa hadapan anak kita. Selepas anak yang uols lahirkan tu berusia setahun, korang boleh menyumbang minimum sejumlah RM50 sebulan bagi tujuan tabungan pendidikan anak korang. Yang paling best, PruBSN SmartLink ini akan menganugerahkan token of appreciation sekiranya anak korang cemerlang dalam peperiksaan awam macam UPSR, PMR, SPM dan sehingga ke ijazah. Anugerah tersebut berdasarkan peratusan yang ditetapkan mengikut peperiksaan tertentu atas sumbangan perlindungan tahunan uols. Misalnya kalau sumbangan pelindungan tahunan korang RM1200 setahun, dan anak korang cemerlang dalam SPM, anugerah yang akan diberi berjumlah RM1800 atau 150% dari sumbangan pelindungan tahunan korang tu. Menarik tak?? 

Seronok kan bila kita tahu yang bayi yang kita kandung sentiasa dilindungi. Sekurang2nya segala kerisauan kita semasa dan selepas mengandung dapat diringankan.Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau nak buat sebarang temujanji, boleh klik sini.




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^