Follow Viruspadu

Monday, December 17, 2012

Anoi

 
Ahad lepas saya plan nak gi cuci rambut. Pastu badang pun berhenti lah kat depan salon ni. Saya keluar dulu sementara badang tunggu budak2 pakai kasut. Masa saya masuk tanya tu. Tokei tu cakap kalau nak cuci kena tunggu sebab dah ada pelanggan dia buat appoinment masa tu.

Disebabkan saya pemalash lipash nak tunggu. Saya kensel je la. Kejadian tu sekejap je. Kurang 3 minit. Dan Anoi masih tak siap lagi pakai kasut. Saya dah masuk balik dah kereta.

"Papa tak jadilah, sebab kena tunggu"

Terus saya duduk dalam kereta dan katup pintu
Badang pun sama. Terus tutup pintu dan bagitau budak-budak kansel teman mama cuci rambut. Muka budak2 frust la.

Tetiba saya dengar suara anoi bercakap dengan muka selamber

"tipu la perempuan ni"

saya macam blur. terus pandang belakang

"apa anoi cakap tadi?, anoi cakap apa kat mama tadi"

Anoi tersipu2 malu
HAHAHA Sabar aje la mama kau ni anoi HAHAHAHA
Budak2 kalau benda macam ni cepat betul dorang belajar ek.
Perempuan dia panggil mama dia kan. HAHAHA.
Aishhhh nasib la umur baru 3 tahun anoi oi HAHA


Korang tahu kan. Saya dah bgtaukan sebelum ni yang
Nisa panggil saya IBU
Anoi panggil saya MAMI
Saya bahasakan diri MAMA

Makin pening kepala mama kau yang blur ni

Ntah la labu!






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

Alahai...gambo kat legoland tapi story pasal cuci rambut n anoi. kakakakka ingatkan cuci rambut di johor =)

LizHairi said... [Reply to Comments]

hahaha..anak2 saya pun same jugak camtu.jap panggil mama,jap ibu, jap mami....ikut keadaan semasa agaknya :-P

Noni said... [Reply to Comments]

anak-anak kalau bercakap memang nak pitam maknye dengar. Hehehehe...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^