Nak-nak pulak sekarang saya asik keluar je kan. Minggu lepas 3 minggu kerja luarkan. Balik ke pangkuan keluarga je rasa anak dah lain. Macam dah besar sangat. Macam mana la kalau weekend je dapat jumpa anak mesti lebih pedih rasanya. Harap takde dah kerja luar untuk tahun ni. Cukup lah.
Tengok gambar ni kat insta badang, terus rasa sebak. Bestnya kalau saya ada sekali tadi.
Annisa (5) dan Annur (3)
Yeay tahun depan nak hantar dorang kelas berenang sbb anoi tahun depan dah 4 tahun kan. Pastu nisa dah ada geng. So takde la meraung macam dulu hihi.
OK dah
Nak cerita pasal Bangkok Back to Back HAHAHA mcm tajuk filem.
Korang tahu kan saya pegi Bangkok 3 minggu yang lalu sebab meeting. Pengalaman paling saya taknak ulang dan ingat dalam hidup. HAHAHAHA. choiiiii sangat.
Saya pegi hari isnin dan kemudian balik hari sabtu. Terasa lama gilerrrrrrrrrrrrr. 6 hari macam 6 tahun derita kah kah kah.
Berehat seketika ahad itu dah Isnin tu saya bersiap2 balik nak pegi Bangkok semula. Yeayyyyyy. Kali ni baru la bestttttttttt.
Terima kasih Air Asia. Tiket flite ni sebab saya menang contest ni :) Korang ingat lagi tak entry lama saya. Rugilah korang tak join hihi. Saya menang tiket boleh pilih mana2 negara ASEAN. So saya pilih Bangkok. masa tu mana nak tahu ada meeting kat bangkok kan. Lagipun takpelah. Tarikh pun dah pilih lama dah. So malas nak tukar2 dah. Belasah jelah
View dari udara :)
Kitorang pegi berdua je tak bawak anak-anak pun. Terima kasih mertua tolong jagakan anak-anak. :) Saya rasa kalau bawak budak pun dorang takkan suka punya. Sebab badang pun penat. Saya pun rasa hongeh. Inikan pulak budak2. Saya mana ada pegi tmpt yang budak2 suka pun. Selain dari tempat shopping macam ni:
HIHIHIHIHI tempat2 macam ni saya je yang suka HIHIHIHI
Badang cakap 6 tingkat penuh penderitaan kat sini HAHAHAHA lawak giler
Mata saya terbuntang2 kat sini. Baju dia cantik-cantik2 wei
Cantik dan murah
Style apa je yang berada dalam bayangan ko semua ada kat sini
Harga dia bawah RM100 la. Berbaloi la beli
Tapi yang tak best adelah. Tak boleh test. Tak boleh tukar. Sekali ko dah beli. What ever! HAHAHA
Takkan boleh berpatah balik punyewwww.
So masa nak beli tu fikir masak2 dulu sebelum bayar
penyesalan tiada gunanya :p
Seorang pembaca peta :p
Seluar bunga2 ni 190 baht
Pink ni pulak 390baht
ada lagi saya beli. tapi malas nak snap. termasuklah baju mandi budak2 hehehe.
Ini masa weekend. Kitorang kat Malaysia. Eceh ayat. Kat Malaysia ok HAHA mencik sangat. Saya dah penat tahap dewa dah. Tengah rehat2 kat rumah. Tengok nisa lukis gambar saya dengan badang yang sedang menonton tv pakai ipad. Lepas dia tunjuk terus saya gelak. Pandai jugak ko lukis ye nisa. Mana satu saya, mana satu badang? Boleh korang teka? HAHAHAHA so sweetttt
Ini pulak lukisan anoi. Kata anoi ini kejutan lukisan untuk mama. gambar saya, nisa, papa mama, alesha, dan kucing kitorang gary pun ada. Ahhhhh manis betul.
Lepas dia bagi lukisan ni baru dia teringat dia lupa lukis tangan. Kaki je. HAHAHAHA. Kelakar sangat la anoi ni.
Mama rindu nisa dan anoi.
Saya rasa happy bila anak-anak tak pernah lupa kakak alesha dorang. Walaupun dalam lukisan. Walaupun nisa anoi tak pernah jumpa kakak alesha. Hanya jumpa bila melawat pusara alseha je. Tapi saya dapat rasa kasih sayang tu. Saya dapat rasa betapa nisa dan anoi menyayangi alesha.
Kucing kitorang gary kan dah hilang. Pastu nisa cakap
"mesti gary temankan kakak alesha kat syurga kan mama, kakak alesha mesti tak sunyi lagi sebab ada gary teman kan mama"
oh sweet sangat.
Tips nak pegi bangkok?
Kalau korang nak shopping baju direkemen pegi platinum fashionmall tu.
situ shopping baju poms memang terbaik
takyah pegi mbk. situ mahal tak beragak.
Hotel banyak kat sana. Takyah duduk hotel mahal2 beso2 kalau takat nak gi shopping ek. Hotel murah banyak sini. Kitorang duduk ecotel hotel je. Betul2 tengah town shopping tu. Jalan kaki je. Takyah susah2 nak naik train nak gi shopping. Turun je hotel, keliling tmpt makan halal.
Sini selamat. Jalan malam pun selamat.
Cuma jaga duit daripada penyeluk saku je la. Itu mana2 pun ada kan.
Pastu apa lagi ek.
Makanan halal banyak. So pasal makan pun x perlu risau. Tapi makan mahal la ye kat sini.
Masa dia kurang sejam dengan Malaysia. Waktu solat pun awal sejam jugak la.
Kalau nak kemana2 eloknya naik train la jangan naik teksi takpun jalan kaki je. Bukan jauh sangat pun.
Kalau nak urut. Boleh dapat harga 150 baht sejam (RM15). So pandai2 la cari.
Nak tempah suit pun saya tengok ada yang offer 399usd utk 2 pasang suit termasuk tie dan kemeja sekali. Maybe boleh dapat lagi murah. Ini sebelum bargain.
Apa lagi ek.
Itu je teringat. Kalau saya igt lagi nnt saya tambah ek.
Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH
Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu





4 komen[s]:
peplum tu lawalah
habis la hanis zalikha..tk bole dah jadi pengacara mad market..kih3
hikhik kakjem ni gi bangkok lama pon pon typo lagi bathbathbath.. mandi ke ? ihiks
wanie,
sekali salah eja daaa... ini pasal buat entry tp tak mandi2 la ni HAHAHA... #laritutupmuka
Post a Comment