Follow Viruspadu

Wednesday, December 19, 2012

Mee Goreng Udang

Gambar ni saya upload ahad yang lalu dekat instagram saya. Makan malam saya lah. Makan malam yang simple buat suami dan anak-anak. Nisa dengan anoi memang suka mee goreng. Berbeza betul dengan saya masa kecik-kecik dulu. Dulu saya tak boleh terima langsung mee tau. Mihun je boleh makan.



Mulanya saya nak buat mee udang. Tapi sebab saya lapar. Dan nak buat mee udang macam ambil masa sikit. Nak rebus ayam la, blend kulit udang la. Pfttttttttttttttt. Mokcik lapar kot. Leceh kot. Tak sabar nak makan nih HAHA.

Mulanya malu nak share resepi sebab saya masak main campak-campak dalam kuali je. Kiranya apa yang saya teringat nak beli. So saya belilah. Bahan tak cukup ke apa. Ada ke saya kisahkan HAHA.

Tp sebab ada permintaan nak resepi. Baiklah. Sharing is Loving kan. Maaf lah kalau saya masak korang rasa salah ke apa. Ada kukesahkan lagi HAHA.

Nama resepi ni adalah MEE GORENG UDANG CAMPAK-CAMPAK PUN SEDAP hahaha. Nama mesti nak over kan :p

Ok sila ambil perhatian ye. Macam biasa cikgu garang :p

mula2 mee tu hendaklah dibasuh untuk hilangkan rasa kapur dia ye. pastu saya celur dengan air suam sekejap. Jgn lama. nanti lembik. Nasib la ko makan mee lembik. Pandai2 ejas ok.

Udang ikut suka nak banyak mana, basuh dan ikut suka jugak nak kopek kulit ke tidak. Goreng dulu. Saya gaul dengan serbuk kunyit dengan garam sebelum gorang. Tapi kalau nak tambah serbuk kari sekali pun sedap.

Pastu tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Pakai minyak yang goreng udang tadi ye. Jangan membazir :p

pastu masukkan ayam ketul2 kecik tu.

Pastu saya masukkan cili boh / cili kering yang di blend. Masukkan air sikit. Pastu goreng kejap. pastikan cili tu masak.

Pastu masukkan kicap dengan sos cili. Nak tambah kicap tiram pun boleh.

Pastu saya masukkan sayur sawi dulu. Bagi dia kecut sikit. Baru senang nak gaul dengan mee.

Agak2 la. Jangan lama sangat. Baru masukkan mee. Gaul2. Pastu baru masukkan udang.

Korang boleh letak tepung jagung kalau nak, tapi saya tak suka letak. tapi kadang2 saya letak jugak.

Pastu korang rasalah. Nak tambah garam ke, cili ke, apa-apa ke. Sukati korang la.

Kalau korang ada beli sayur banyak jenis ke apa. nak letak. Silakanlah. Saya suka masukkan sayur sebelum letak mee.

Ok lepas tu dah siap.

Selamat mencuba.






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

CikZaniff said... [Reply to Comments]

dapnya mee goreng tu..:)

IndaMarya said... [Reply to Comments]

salam, nmpak sedap plak mee tu .basah .looks tempting.apa pun kalau masak sndiri memang best kan? bersih, berkhasiat and di masak dgn kasih syg .tu yg best giler.

Love Razila said... [Reply to Comments]

Wah!! terasa2 nak makan mee goreng pulak =)

Nampak macam senang sgt tapi... kene cuba gak ni. TQ for sharing =p

mrs kayrul said... [Reply to Comments]

besarnya udang...tengok mee tue memanggil jer

ija said... [Reply to Comments]

kau kijam mmah..menitis2 air liur ku

miza yusof said... [Reply to Comments]

Sedapnya mee goreng :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^