Follow Viruspadu

Sunday, December 30, 2012

Petronas Sentuhan Kasih Deepavali

Korang pernah tak join aktiviti2 kebajikan atau sosial? Dulu masa kat Universiti, selalu jugak ikut aktiviti  kebajikan dan sosial. Dulu saya adelah join Kelab Kenu, UUM. So tiap kali kitorang ada xpdc berkayak atau berakit, bila kitorg stop over di sesebuah kampung, sure kitorg akan adakan xtvt kebajikan dan sosial macam gotong-royong, bantu bagi kelas motivasi kepada anak2 penduduk kampung dan lain-lain.

Baru-baru ni pada 24 November 2012, saya dapat jemputan untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial dan aktiviti kebajikan. Aktiviti tersebut adalah gotong-royong di sebuah perkampungan masyarakat India di Perak. Nama perkampungan tersebut adalah Kampung Wellington, Ayer Tawar dalam daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Sukeeeeeeee sangat sebab Perak adalah negeri kampung halaman mak abahkan. Ate mesti le teman nok join sekali... dapat juge teman balik kampung tu hihi. Semangat bebenor rase masa baca jemputan tu.

Kul 6.00 pagi dah terpacak kat Petronas Twin Towers

Ada beberapa rakan blogger lain turut dijemput. Kami semua dikehendaki berkumpul di perkarangan Petronas Twin Towers seawal 6.30 pagi, sebelum bertolak dengan bas khas ke Perak. Walaupun terpaksa korbankan cuti hari Sabtu, tetapi jelas semangat untuk membuat kerja amal memancar2 dari mata kitorang semua okeh. Perjalanan ke Perak agak lancar tetapi diiringi hujan renyai-renyai.


Ramai antara kitoramg sedang terbayang-bayang kerja-kerja apa yang nak dimulakan dahulu. Mengutip sampah ke? memotong rumput? mengecat balai raya? dan macam-macam lagi. Perjalanan lebih kurang 3 jam dari Kuala Lumpur ke kampung Wellington. Sepanjang perjalanan kitorang dapat melihat keindahan permandangan desa dari Sungkai ke Manjung. Jalan yang kitorg ikut melalui Teluk Intan. Oh Indah nyaaaaa.

Kehadiran kami di Kampung Wellington disambut oleh Ketua Projek Petronas Sentuhan Kasih Deepavali dan wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Baru saya sedar kenapa Kampung Wellington yang memiliki majoriti masyarakat India dipilih. Ini adalah kerana bersempena perayaan sambutan deepavali yang turut disambut dalam bulan November :)


Kehadiran kitorg dari kota batu KL disambut meriah

Rombongan kitorang sederap terus bertanya apa yang perlu dibantu. Sebab tanak ketinggalan membantu. Maklumlah kitorang dimaklumkan bahawa program telah pun bermula semenjak jam 8.00 pagi lagi. Kitorg pula sampai ke destinasi dalam jam 10.30 pagi. Mujur masih terdapat kerja-kerja pembersihan di lorong-lorong sekitar perkampungan yang masih perlu untuk dibersihkan. Tanpa banyak soal, kami berpecah kepada 2 kumpulan dan terus memulakan tugasan membersihkan lorong dalam kampung.




Bila kita berkerja dalam kumpulan dan penuh kerjasama. Kerja yang berat menjadi ringan, yang banyak terasa sedikit dan yang lama pun cepat siap.

Sempat juga saya berbual dengan beberapa penduduk kampung. Mereka melahirkan rasa syukur atas program yang banyak memberi manafaat kepada mereka ini. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Petronas kerana menyumbang dalam aktiviti pembersihan kampung mereka. Disamping itu, mereka amat berbesar hati atas sumbangan yang pihak Petronas berikan bagi meringankan beban mereka. Ramai dikalangan mereka berharap pihak Petronas akan terus menabur bakti kepada golongan memerlukan dan program ini dapat dipanjangkan ke kampung-kampung lain. 




Yang membakar lagi semangat nak berkhidmat bila orang kuat Petronas sendiri turun padang untuk turut bersama-sama menjayakan program ni. Y.Bhg. Dato Mohammad Medan Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Petronas dan Y.Bhg. Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas.



Dato' Mohammad Medan dan Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim turut membantu mengecat.

Disamping xtvt gotong-royong, turut diselitkan adalah sesi ceramah anti dadah oleh orang kuat Pengasih, Y.Bhg. Datuk Yunus Pathi dan orang-orang kuat beliau. Mereka menceritakan pengalaman hidup masing-masing untuk menjadi panduan generasi muda dan membentuk mereka supaya benci kepada dadah.


Datuk Yunus Pathi sedang memberi ceramah anti dadah

Program Petronas Sentuhan Kasih Deepavali ini turut dibantu oleh warga dari Universiti Teknologi Petronas. Diorg ni bukan sahaja membantu menjayakan program, tapi turut membuat persembahan tarian kebudayaan masyarakat India. Heibat uols...

Kebanyakan student Petronas yang terlibat dengan program ini kelihatan begitu bersemangat dan membantu dengan seikhlas mungkin. Mereka amat mesra dengan penduduk setempat dan sentiasa bermanis muka. Turut terdapat beberapa student Petronas dari kalangan pelajar antarabangsa yang membantu mengagihkan makanan. Sempat juga saya mengajar mereka beberapa patah perkataan melayu misalnya, pisang - banana, mahu lagi - need some more dan lain-lain. Semangat yang ditunjukkan oleh Naib Canselor UTP didalam kerja-kerja amal benar-benar menjadi contoh terbaik kepada para student Petronas ini.


Antara warga UTP




Student UTP turut buat persembahan

Part paling dikerumuni orang adalah bila seorang wakil penduduk kampung Wellington menunjukkan cara membuat dan memasak masakan tradisi masyarakat India semasa menyambut perayaan Deepavali. Orang tak putus-putus beratur nak merasa masakan beliau.





Semasa ucapan, Y.Bhg Dato' Mohammad Medan telah menyatakan bahawa Petronas sebagai syarikat peneraju industri minyak dan gas terulung negara tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial mereka. Mereka akan terus menyumbang untuk membantu meringankan beban masyarakat di negara ini. Petronas juga akan terus mengadakan program seumpama Sentuhan Kasih ini dimasa-masa akan datang.





Pada program Petronas Sentuhan Kasih Deepavali di kampung Wellington kali ini, sekali lagi pihak Petronas memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Masyarakat setempat dan penduduk kampung yang menerima sumbangan turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama Y.Bhg. Dato' Mohammad Medan pada akhir acara.





Selain itu, Kerajaan Negeri Perak turut menghantar pegawai khas YAB Menteri Besar untuk turut hadir dan menunjukan keprihatinan pihak Kerajaan Negeri membantu menjayakan program ini.





Saya berharap kalau Petronas nak buat lagi program macam ni. Saya sanggup datang lagi. Mana tau nanti nak buat untuk program Petronas Sentuhan Kasih Krismas pula ke :) dan lain-lain. Itu la indahnya negara kita. Malaysia. Kita ada segala bentuk perayaan dan masyarakat Malaysia hidup sebagai satu keluarga yang besar.



Benarlah motto Petronas... Reimagining Energy... kerana mereka telah berjaya memberi imej baru kepada energy (semangat) kemasyarakatan bangsa Malaysia.



Video yang bagus untuk ditonton :)





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Zu Ismail said... [Reply to Comments]

wah.. betul betul betul.. dulu zaman u rajin nak buat kerije amal.. tapi sekang malas lebih besar .. untung jemah dijemput.. hehehhehe .. baca entry ni pun cam rase ikut sekali.. hehehhe

-avanseria-

aSmiDar said... [Reply to Comments]

Rajinnywr...tambah pahala...;)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^