Follow Viruspadu

Friday, December 28, 2012

Saga di Hati Ku

Ini Proton Saga kitorang. Dan masih di pakai lagi. Tapi abah mertua saya la yang pakai sekarang. Dannnnnnn masih sihat ok. Cuba bayangkan berapa tahun dah? Dah 22 tahun okey. Kalau anak tu dah anak dara dah. Dah belajar masuk U dah.


Untuk pengetahuan korang, Proton Saga ini adalah kereta pertama kami (Badang ler), Proton Saga ni jugaklah yg menyaksikan percintaan maha hebat kitorang dulu awww hahahahaha, saya dulu selalu merajuk dlm Proton Saga ni, yang lagi best, tiap kali saya merajuk ajer, mesti aircond dia rosak hahahaha.
Maknanya kereta dah bersatu hati dengan ku kekeke.



Kereta Proton ni memang kuat kan. Body dia memang kuat la. Sebab tu saya suka sangat.

Body kuat dan cantik jugak saya rasa. Bentuk dia tak makan dek zaman la. Body mengiurkan dan mengiutkan hihihi

Memang tak rugi beli Proto Saga. Dan tak pernah rasa rugi. Value for money la.

Harga dia tak mahal sangat. Tapi berbaloi kannnnnnnnn.

Tengok nisa, sebijik mama dia amik gambar hahaha genetik sungguh. Masa ni nisa kecik tek sangat lagi.


kah kah kah nisa oiii... lawak la muka buat gitu... itu hari kitorang sangat oren ok. sebenarnya nak paksa nisa pakai baju oren ni, dia taknak mulanya, so rugi la beli baju kalau asik taknak pakai. last-last pujuk semua orang pakai oren baru dia nak


tengah nak banding pipi siapa lagi gebu :p ... masa ni anoi belum setahun lagi.


ahhh nostalgianyaaaaaaaaaaaaa, kalau la dapat ku putar masa ini eceh poyo

tgk la merpati dua sejoli ni, jeles I :)




Sekarang kalau nak beli Proton Saga memang tak dapat dah la.

Tapi sekarang Proton Saga dah rupa baru. Lebih berbaloi kan. Sebab bentuk dia lebih aerodinamik fiwiiittttttt. Tengok la wajah dia seksi sangat! Tergoda I tau. Saya dah la tengah berura-ura nak tukar kereta kecik saya tu kepada yang besar sikit tapi tak mampu la nak bayar bulan-bulan mahal kan. Kena buat kira-kira balik ni.

Saga FLX SE 1.6


Hasil kajian saya mendapati... kekeke
Nak beli kereta bukan macam nak beli sayur kat pasar okeh. Maka kena buat kajian dulu.
Kajian untung rugi lah hihhihi. Tak sia-sia dulu belajar ekonomi SSDD penawaran permintaan  :p

Kalau korang berniat nak beli kereta dan pertama kali nak beli kereta dan bajet ongkosnya nak beli kereta tak besar, limited sesangat. Mungkin korang boleh pertimbangkan nak beli kereta secondhand. Yelah katanya kalau baru mahal kan. Tapi kalau nak beli secondhand ni pulak bukan semuanya dalam keadaan yang baik. Maklum aje lah. Yang firsthand tu kita tak tahu acane cara dorang lenjan kereta tu. Kita kena tahu la keadaan kereta tu sebenarnya. Sebab kita takut nanti kereta yang dibeli tu banyak guna duit sebab keluar masuk workshop pulak. Kalau dapat yang bagus. Alhamdulilahlah. Tapi ini risikolah kan. Kebarangkalian sukar dijangka.

Kalau nak beli kereta baru pulak. Bukan setakat harga je kita perlu ambil kira. Kita juga perlu tengok kos lain yang hidden2 ni. Macam berapa bayar bulan, kuat makan minyak ke tidak. Maintenancenya macam mana, servisnya, sparepartnya, nak tukar tayar lagi setahun sekali tak termasuk roadtax, renew lesen lagi. Itu semua pun akan pakai duit banyak tu. Kos2 tersembunyi tu.

Selain daripada tu, kalau kita nak beli sesebuah kereta, kita kena test drive dulu. Ini wajib. Bila dah test barulah kita tahu apa kelebihan kereta tu, serasi ke idok dengan kita, smooth ke tidak, kuat makan minyak ke tidak, selesa ke tak masa drive kan. Semua faktor2 tu akan membawa kita kepada satu kesimpulan samada duit yang kita nak spend tu berbaloi ke tidak untuk kita beli kereta idaman kita ni.

Begitu ye.

Makanyaaaaaaaa. Kalau korang dalam keadaan tu. Saya memang sajeslah korang pegi test drive Proton Saga FLX. Sebab ini adalah pilihan yang paling seswaiiiiiiii sekali. Kerana bukan sahaja harga nya yang bermula hanya serendah RM38,361. Dia juga mempunyai ruang kabin yang luas, selesa dalam dia luas, menggunapakai teknologi terkini. Ada sistem pertukaran gear CVT yang lancar, ada sistem ABS, EBD dan system dual bag udara standard seperti kereta2 lain. Dan yang penting BARU. hikhik.

OK korang yang berPLAN nak beli kereta. Pergi TEST DRIVE dan buktikan apa yang saya ngomelkan tadi BENAR.

Dan sekarang hingga 31 Dec 2013,  ada promosi First Time Buyer dari Proton. dapat rebate sehingga RM2,000, dan service charge percuma selama setahun, roadtax percuma untuk 2 tahun, dan free 5 tahun pembaharuaan driving license bila beli SAGA FLX !

 Kunjungi www.epicsaga.com.my untuk maklumat lanjut.








Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

miza yusof said... [Reply to Comments]

aah, kereta ni mak miza punya pun masih elok diguna. sampai sekarang dah hampir 20 tahun masih elok :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^