Follow Viruspadu

Friday, December 28, 2012

Saya Pun Nak Masak Macam Chef Selebriti Juga

Resepi ni namanya adelah Penang Hokkien Mee yang dimasak oleh Chua Tor Aik, Juara Kategori Individu Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS
Masakan ni dapat pujian tau masa Ketua Juri komen. So sebab tu saya pun nak jugak masak macam ni. Tapi masa saya tengok tu ari. Saya tak tahu la dia masak macam mana. Jadi menggunakan akal yang kreatif saya ni. Dan masih mengekalkan konsep 1Malaysia.

Nah nak tengok saya masak? Walau macam mana pun korang tengok nanti. Dan walau rasa nak gelak tapi tahan je dalam hati. Ingatlah. Jangan sesekali menyalahkan TIMUN HAHAHA.




Oyye. Kakjem ni tetiba sangat cerita pasal menu tu kan.

Macam ni cerita dia.

Adekah korang tahu sabtu yang lalu bersamaan 15 Disember 2012 adalah Pertandingan Pencarian Chef Selebriti 2 BH Gas Petronas kat Piazza e@Curve.


Ada dua kategori dipertandingkan. Kategori Individu dan Profesional. Juara kategori Pro berpeluang menjadi penulis jemputan ruangan masakan setiap khamis di BH FAMILY selama 6 bulan. Bestnya kalau saya dapat peluang semacam itu :)

Pertandingan akhir ni. Ada 3 peserta dari setiap kategori.

Kategori Individu
1. Azman bin Abu Samah, Tukang Masak (49)
2. Chua Tor Aik, Pelajar (22)
3. Rosni binti Johari (36)

Kategori Profesional
1. Mohd Zamri bin Sahari, Pensyarah Kulinari & Chef Bebas (25)
2. Riza bin Ismail, Chef Eksekutif (28)
3. Kamarudin bin Dali, Tukang Masak Hotel (38)



Ketua Juri: Datuk Chef Redzuawan Ismail (Chef Wan)


Dan dibantu oleh Puan Nik Faizanira Nik Affandi dan Pengarang Unit Wanita BH, Puan Jami'ah Sokri

Tengok saya gigih depan tu tengok dia masak. Tak berganjak. Nasib tak kena halau. hihihihi


Kesian Datuk Chef Wan sebab tak sihat masa ni. Tapi dia pro sangat. Tak sihat pun tetap gagah bertahan.

Setiap peserta ada satu jam untuk memasak dan purata setiap peserta memasak 2 jenis masakan. Masa ni adelah yang paling mencabar. Masa ni juri sedang merasa makanan. Saya pulak yang berdebar2 macamkan saya pulak yang masak.


Bersama salah seorang peserta Puan Rosni bt Johari.


Antara menu yang dimasak oleh Peserta Kategori Profesional. Teringin giler nak rasa. Tapi apakan daya saya bukan juri ihihihih



Antara aktiviti lain yang berlangsung


TAHNIAH PEMENANG!






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

edrina said... [Reply to Comments]

kelakar tapi vp sgt comel dgn gaya yg bersahaja tu haha

Zu Ismail said... [Reply to Comments]

camno dapat jemputan ni.. nak ikut...~!!!

mohd.ezairi said... [Reply to Comments]

Mesti sedap.. :)

FairuzJaafar said... [Reply to Comments]

haaaa...kelakarnya tngok video tu.. =) comel..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^