Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday

Kitorang kan ahad lepas tak keluar ke mana-mana. Betul-betul berehat je kat rumah. Makan pun masak-masak je. Kan siang tu kitorang buat roti piza kan. Malam tu yg sebenar nak buat rendang ayam dengan nasi impit sebab terpengaruh dengan maklangspen. Tapi bila malam menjelma tekak beralih nak makan ikan goreng dengan ulam cicah sambal belacan. Peh selera kampung kata ko. Ikan kalau goreng garing2 makan masa panas memang mantop kata ko!!! kannnnnnn slurpppppppppppppppp

Kerja menumbuk dan membikin sambal belacan ni memang tugas hakiki saya la kalau kat rumah ni kan. Kalau kat rumah mak cheras, ini tugas sepet88 HAHAHA. takde sape boleh lawan sambal belacan sepet88. Qery tu kalau buat hal, ko sambalkan aje sepet. Senang HAHAHA #batuapi

Tengah saya tumbuk pelan2 nisa cakap nak tolong. Saya cakap takyah sbb takut cili percik kena mata. Tapi korang tahu je la si nisa tu selagi tak dapat selagi tu la... arghhhhhhhhhh geram mak hencek. Hurm nak sangat buat je la kan...

Sekali tengok! HAHAHA... Dah macam kerja kat kawasan pembinaan bangunan. Ini kalau tak lumat cili tu tak tahu nak cakap la nisa oi. Saya terus paling ke belakang gelak tekan2 perut. Nak gelak kuat2 takut kena marah HAHAHAHA


Ini kalau masuk chef celebriti ni osah monang ni wei :p

eh wordless ok dah diam syhhhhhhhhhhhhhhh!!!



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

mrs kayrul said... [Reply to Comments]

hebaknya....tak pernah terpikir nak buat macam nie..hehehe

edrina said... [Reply to Comments]

haha nisa pakai apa tu? bijak..bijak.. kasi terang sikit ekeke

Love Razila said... [Reply to Comments]

Hehehe...jelesnyer ada anak dara yang boleh membantu sikit ari lagi ...anoi pulak =)

Kite anak dedua pon boy so tukar order jelah depa tu. hehehehe

mamafarah4 said... [Reply to Comments]

hahaha..bijak tu nisa ni..kalah mama dia...memang kan, anak akak yg seumur nisa ni pun, kalo kata nak tolong buat keje,pastu bila kita tak bagi..Leh plak dia SENTAP tahap tak ingat..hangin tul rasanya..hehehe

Eyriqazz said... [Reply to Comments]

wahh,rajinnya..ni ikut mama ke ikut papa ni?

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^