Sunday, September 30, 2012

6 MINIT SIHAT BERSAMA NESTLÉ

6 minit ini banyak memberi kenangan manis kepada saya
6 minit ini membuatkan saya neves selama 6 hari okeh
6 minit yang membuatkan usia saya bertambah 6 tahun sebab neves keterlaluan #petir
Betapa hebatnya 6 minit ini kan

Adakah kamu menjangkakan Kak Jemah muncul di kaca tivi selama 60 minit?

Hehehehe.

Tungguuu... Mungkin. Kita takkan tahu apa yang bakal kita tempuhi pada masa hadapan bukan.

Kak Jem, kenapa serius sangat cara penulisannya?

HAHAHA sajewwwwwwwwww gewdik jewwwwwww.

Baiklah ini sebenarnya adalah segment 6 MINIT SIHAT BERSAMA NESTLÉ. Saya adalah pengguna Nestle. Dan saya suka berkongsi Tip tip Ibu Bijak dengan semua. Saya yakin kalau saya diberi masa lagi 6 minit tambahan saya pasti dapat terangkan kepada semua dengan lebih jelas lagi. Awal-awal je saya neves kan :p

Dulu masa saya muncul di rancangan saffiya tv9, masa tu rekod2 kan, makanya kalau tergagap2 ke apa, beli take sekali lagi. Kali ni siaran langsung. Saya punya neves memang dijelasi HAHAHA.

Tapi saya harap sangat semorang faham apa yang saya cuba sampaikan. Ok takpe. Kejap lagi saya terangkan balik okehhhh...

Nasib baik la saya bukan kesorangan. Saya ada dengan iza thepinkstilettos. Dia cantik kan. Kulit dia macamkan pakai camera360 ok. Jeles mak hencek HAHAHA

Seminggu sebelum saya ada la sembang-sembang dengan Iza pasal program ni. Dan kitorang ada tanya-tanya dah pilih baju ke apa. Nak mekap macam mana.

Saya sendiri memang tak prepare apa-apa. Bayangkan keadaan sangat tak menyebelahi saya. Dengan kena pergi Cambodia seminggu lepas tu adik kahwen lagi. Tetiba je dah 17hb kan. Mana sempat nak fikir baju apa nak pakai. Mana sempat nak shopping baju apa nak pakai. Maka pagi tu saya amik je baju hari-hari pergi kerja. Belasah :p


Masa ni tengah tunggu turn. Degupan jantung bertambah laju.
Saya bukan pandai mekap. Maka saya belasah aje la mekap sendiri. Maka hasilnya biasa-biasa aje. Masih hasilnya menjadi muka saya. Tak la jadi macam muka Dato Siti Nurhaliza ke apa kan HAHA. Ada hatiii :p

Perasaan bila dah duduk kat situ lain tau. Sumpah lain. Mungkin sebab pertama kali :p

Terima kasih Nestle sebab pilih saya. Saya akan buat yang lebih baik lepas ni hehehe. Saya rasa bertuah sangat sebab boleh share tip-tip ibu bijak yang bagus ni dengan semua.


Meh saya sharekan sekali lagi okey.

Saya dan anda sebagai ibu dan yang bukan ibu termasuk bapak-bapak dan anak la. Ok pendek kata semuanya. Kita memang bijak. Tapi kita jarang pakai bijak kita tu bila shopping hehehe. Kan kan kan. Takkan shopping pun nak pakai formula kamiran kan. Bukan macam tu. Kita kena bijak menentukan makanan yang dihidangkan pada keluarga, bijak dalam membuat keputusan.

Hari tu ingat tak saya ada cakap pasal label-label.

Semua produk kat pasaran mesti ada label kan. Kita pulak kalau nak pilih barang jenuh la jugak kalau nak check satu-satu apa yang dia tulis kat belakang tu. Dah bila pulak nak habis shopping barang dapur kalau nak beli barang macamkan nak amik exam kan. Tapi kita kena tengok jugak. sebab kita kena tahu apa yang nak beli apa yang kita nak makan dan apa yang kita nak bagi keluarga kita makan.

Sebab tu kita kena tengok label belakang dan depan sesuatu produk

Yang bestnya produk nestle ni, dia dah ada rumusan untuk kita pengguna. Dia ada KOMPASS PEMAKANAN NESTLÉ. Tu yang I LIKE sangat. Senang kena makcik :p

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Kompas tu ada 3 bahagian.
1. Tahukah Anda
2. Petua Berguna
3. Hubungi Kami

Senangkan. Semuanya dah ada dalam kompas tu.

Selain daripada belakang produk Nestle, 1 lagi info berguna yang saya suka pasal semua product nestle ada adelah:

Icon Pek hadapan untuk Tenaga :)


Nampak tak dia tulis situ Tenaga 92kcal bersamaan 5% berdasarkan 2000kcal tenaga.

Purata keperluan tenaga harian untuk seorang adalah 2000kcal = 100%

Ok jom belajar basic matematik hehehe

Kalau korang amik NESTLÉ BLISS ni pagi-pagi maknanya dah pakai 5%, so korang boleh makan lagi 95%

Pastu teringin nak makan aiskrim plak, Aiskrim ni ada 259kcal, bersamaan 13%. Maka korang dah guna (5%+13%) = 18%. Ada lagi 82% lagi. Senang kan.

Dan sepanjang hari tu tenaga2 lain korang boleh dapat daripada hidangan macam nasi, roti, ayam, ikan, sayuran dan lain2 lagi lah






Bagus kan ilmu ni.

Dia ajar kita macam mana nak baca label dan macam mana nak dapatkan rite portion yang kita makan untuk sehari. Kalau dulu saya main belasah je nak makan apa pun. Tak pernah nak tengok kandungan tenaga dalam satu makanan yang saya ambil. Dan sekarang saya lebih berhati-hati gitewwww uolsss.

Ini memang antara tip nak kekalkan bentuk badan ehem ehemmmmmm. Yelah kalau kita tahu berapa banyak jumlah kalori yang kita ambil setiap hari. Ia memang la sangat membantu merancang diet seharian kitakan. Kita lebih tahu dan peka apa yang kita makan setiap hari. Dan takdelah ko nak takut-takut nak makan benda lain kan. Nak-nak coklat kitkat tu kannn... Yummehhhhhhhhh

Saya sendiri memang puas hati amalkan tip ni dalam merancang diet seharian saya. Saya rasa diet macam ni lebih sihat :)


Itu la yang saya cuba terangkan dalam WHI. Tapi saya cuma ada 2-3 minit je. Sebab Iza pun ada tip lain untuk dikongsikan yakni apa yang dia dan keluarga dia sarapan, Saiz Hidangan Ideal. Dia ada share kat blog dia kat http://thepinkstilettos.com/. Oleh sebab saya tak dapat terangkan dengan terang sangat. Maka saya tulis sini korang boleh refer dan refer dan refer bila korang tak faham okey :)


Si Tembam Jemah :p







So korang,

Sebelum korang membuat keputusan untuk membeli apa-apa pun product, cuba tanya diri sendiri dulu. Baikkah Untuk Saya?
Baikkah Untuk Keluarga Saya?
Baikkah Untuk Anak Saya?

Baikkah Untuk Saya?
Baikkah Untuk Saya?
Baikkah Untuk Saya?

:)

Nestlé. Pemakanan Sihat adalah asas kepada Kehidupan Sihat.  Untuk maklumat lanjut, layari www.nestle.com.my/HowAmI


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Saturday, September 29, 2012

I'm in mint mood

Hari ni saya hadir event Nescafe Dolce Gusto kat Publika Solaris Dutamas. :) . Gambar-gambar lain kat instagram @viruspadu saya tau. Ok then.

Demams

Jumaat lepas nisa demam.

Badang outstation minggu lepas. Jumaat pagi pegi. Jumaat lepas jugak saya amik EL kerana ada kematian. Alfatehah. Badang pegi je, malam tu nisa terus demam panas. Risau saya. Yelah tak pernah2 saya handle anak demam sorang2. Bimbang la kan kot jadi apa2. Payah jugak nak bekejar je hospital. Badang balik ahad tu nisa terus sembuh. Megik sangat.

Nisa memang anak manja papa :p
Tido papa peluk hari2.
Bila turn mama ni nisa oi hahahaha #cemburudimanamana

Semalam balik keje. Anoi baring kat perut gebu saya seperti biasa. Mmg perut saya ni tempat feberet beliau kekeke. Lalu perut saya berasa suam. Rasa suhu badan anoi. Uish panas!

Anoi pulak demam. Tapi anoi mcm brutel sikit. Demam tapi masih aktif. So saya risau pun kurang sikit. But still saya monitor macam biasa. Ubat tetap 4 jam sekali :)

Sekarang, saya rasa saya pulak mcm nak demam. Acane?

Papa papa papa tolonglah aku yang rindu, ku rasakan virus virus cinta. Ku butuh doktor cinta!

Hahahaha tetiba nak nyanyi, tetiba nak doktor cinta sebab nak demam :p dasar mengada hahaha

Thursday, September 27, 2012

Pagi itu di segamat

Malam sebelum tido semua dah pesan-pesan bangun awal sebab kena keluar awal sebab nak pegi sarapan dulu sebelum pegi masjid. Nikahnya kul 10 pagi. Dalam mesyuarat wasap ritu pun dah diskas pasal kena bangun awal.

Malam tu jugak nisa dengan anoi menangis tak henti-henti. Anoi memang dah tahu dah. Kalau tido bukan dekat rumah atau dengan kata lain tempat yang dia rasa asing memang dia akan menangis sebelum tido paling kejap pun sejam. Phewwwwwwww.

Malam tu jugak nak di jadikan cerita nisa mengigau berjalan turun dari kerusi lalu terhantuk kat bucu meja. lalu menangis dengan kuat sekali.

Boleh bayangkan keadaan itu?

Bergegar banglo mewah tu HAHAHA. So kitorang pun sebab rasa kesian orang lain tak boleh tido. Terus masuk dalam kereta. Tidokan budak2 dalam kereta dulu. Pasangkan ekon semua. Bila dah ok sikit baru masuk rumah semula. Bila la anoi nak besar ni hehe :p

Badang bangun terpaling awal. 5 lebih kot. Pastu berkicau sebelah telinga saya suh bangun siap hehehe. Saya pulak lepas tu jadi speaker pecah la gerak yang lain-lain bangun. Pakej dengan membebel sekali dengan anak-anak buah secara tak pasal-pasal HAHAHA. Nasib la uolsss.

"bangun... korang tu kalau bersiap cepat takpe jugak, mandi pun dah berejam... bla bla"

HAHAHA... nasib...

Sementara tunggu yang lain siap. Ini kan hobi keluarga saya hikhik. Snap gambar disini sana. Pastu update instagram kennnnnnn. Ini kaklong ika, anak buah sulung saya. Dah belajar kolej dah uols. Besar dah kan. Cantik pulak tu.

Cubaan buat muka kurus :p

Anoi dengan inainya

Kaklang dengan anak bujang dia, ajoi.

Kitorang lepak makan al mashur. Kitorang kan ramai. Satu kedai makan tu keluarga noh je.
Sepet dan pengantin.

Pasangan romantik abad ini. Balang dan kaklang

Seorang order sama, teh tarik dengan roti canai. Nasib sedap dan servis cepat. Bagusssssss

geng anak dara dengan warden dia hujung sekali HAHA

yang lahir tahun 80 :p

saya dengan kakde

uteh ni boleh di katakan geng saya dari kecik. semorang adik beradik la tahu macam mana rapat saya dengan dia. selalu kongsi cerita dengan dia macam-macam. tentang perasaan, tentang tak puas hati. Eh macam2 sangat la. tetiba dia kawen kan. rasa lain macam plak dia nak kawen kan. selalu rasa dia kecik lagi :p

sambung lagi nanti

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Tuesday, September 25, 2012

Tadi adelah kelas mandarin

Tadi adelah Mandarin Class "Entry Level" office saya anjurkan dan ini kelas kedua saya. Syiok. Saya semangat sangat nak belajar semula. Saya harap lepas ni saya boleh congceng congceng dengan lancar sekali HAHAHA. Berangan la sangat entry level dah boleh spiking kan.

Lagi best dalam kelas ni sebab geng2 sekepala ada. Asik la gelak. Si HH lagi best siap amik video. Hover uolssssss. Iols tengah sebut sambil mulut termoncong2 masuk dalam video beliau. Harap2 tak la sampai wujud dalam utube plak nanti. Pitam tengok muka diri sendiri HAHAHA

Maafkan kakjeng dalam kelas hehehe... Mengabaikan rakan2 yang ada di kiri kanan tengah sembang dan saya berada ditengah2 dorang dan saya tengah snap gambar sendiri HAHAHA. Ko mampu buat macam tu HAHAHA



Nampak black rose itu? Itu adalah produk diva hehehe. Baru beli semalam. Biasalah dia punya teruja lebih. Macam jeket ni jugak. Beli semalam jugewwwwwww. Semalam saya beli2 terus pakai masuk office. Kawan saya terserempak kat lift. Terus tegur. "ni nak pegi negara mana ni?" HAHAHAHA... yelah nampak panas kan. Giler ke apa tetiba feeling hidup kat korea sangat kan.
Oyye. Semalam saya baru je install NuffnangX kat iphone4essss saya ni :p Pastu blur macam mana nak add blog sendiri. Siap tulis kat instagram kan. Nasib la shah nuffnang bgtau yang nak add blog kena login kat desktop takleh nak add pakai fon. Gitewwwwwww. baru faham.


 Baru cubaan memfollow.

Kalau korang cari viruspadu.com mungkin tak jumpa kat nuffnangx ni.
Kena taip viruspadu.blogspot.com baru jumpa kalau tak silap saya

Korang dah install ke NuffnangX?
Baik korang masukkan, bestttt... senang ok.

 Ini adelah gambar kat instagram HAHAHA...  Datin Jem pegi melawat kawasan HAHAHA mencik!

Ok ini memang entry carca marba gambar dalam iphone je sementara tunggu badang datang menjemput. Saya masih di office sebab kelas mandarin habis kul 5 kan. Bas SKS dah tinggalkan kakjeng.

Nanti saya sambung entry kahwinnya seorang zikri okeh

Zaijian

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Monday, September 24, 2012

Anoi dah pandai baca novel omputeh sekarang :p


Saya tengah siapkan keje sikit. Anoi memang suka baring kat perut saya. Tiap2 malam pun macam tu sampai krem perut saya dibuatnya. Pastu dia amik novel. Terus dia baca kuat2 mcm tu. Saya ni tak tahu la macam mana nak tahan mulut daripada gelak. Bergegar2 perut gelak dalam hati. Kang gelak kang sentap pulak beliau tengah sedap berangan HAHAHA

So kiut la you anoi :p


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Kasut Itu

Gaji nanti saya nak belilah. Gaji esok je padahal HAHAHA.
Eh betul ke esok? Esok kan kan kan? ke salah?
Sukenyaaaaaaaa :)
Nyaris saya nak beli je tadi.
Memang nyaris sangat :p



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Open Order


dari belog sepet :)
Bukan saya jual tau
Tapi sepet adikku yang jual

To tell you my dear =) *cea nak jual barang kena la lembut-lembut sikit kan, hehe*
Sekarang aku dah boleh buat entry detail sikit. Untuk kepada new reader and my loyal readers, *geli kan cakap sebenini rupa, huhu* Aku dah bukak order untuk skirt Lyla,  which is ada 4 warna (buat masa sekarang) 

-Lyla Skirt (Creamy Chocolate)-
1. Blue Turqoise
2. Fushia Pink
3. Creamy Chocolate
4. Sapphire Black
Warna-warna ni kalau korang nak tengok boleh klik SINI 
Macam mana nak ukur?? Boleh rujuk sini
 Ukuran korang boleh ambil dalam inci. Please ukur betul-betul sebab pinggang skirt ni tak menggunakan getah. So make sure korang ukur betul-betul.
Pinggang tu... ekceli, aku buat atas dari pusat. Baru nampak korang lebih tinggi dari biasa. Jadi dari pusat tu ataskan lebih kurang 3inci. Ukur lilitan dari situ. Panjang sampai ke kaki pun ambil dari lilitan pinggang yang korang ukur tu. Tengok gambar boleh paham.
Order Form, maaflah aku tak reti lagi nak buat order form dari facebook, so sementara ni kita pakai manual ye.
 Korang boleh copy ayat-ayat kat atas ni, then emailkan ke seqycouture@gmail.com
Contoh order form aku.
FULL NAME (AS PER IC): Zuhana Noh
TELEPHONE NO: 012-3456789
FULL ADDRESS: No 35, Jalan 40, Kg Cheras Lama, 56789, KL
PRODUCT CODE: SQ001
COLOR: BLUE TURQOISE
QUANTITY: 1
SIZE (UP WAIST, HIPS AND LENGTH):
(26/37/40)
dan siap semua terus hantarkan ke email seqycouture@gmail.com
Macam mana proses pembelian??
 Ok boleh paham?? 3 minggu tu paling lama la. Berdoalah ianya tak selama itu, hehe! Sebab nak buat ikut ngam-ngam badan korang, aku paling tak suka pakai baju yang bukan saiz aku. Yela kita tengok online pakai ngam-ngam je, bila sampai kat kita macam gelebeh. Frust tahu. jadi kalau korang nak benda tu terletak cantik, haruslah ambil masa sikit. 

Aku bukak order seminggu dulu. Jadi sesiapa yang nak order boleh ke facebook SeQy Couture. Lepas tu kalau berminat boleh order ye.

Kalau nak tengok info pasal Lyla Skirt ni kat entry aku yang lepas boleh klik SINI

TQ! Have a nice days ahead. =)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 Perhentian

Perhentian 1: Jumaat malam sabtu, family kakcik datang rumah saya. Tido rumah saya la. Dorang saje taknak kelamkabut pagi sabtu. Lagipun plannya berkumpul kat rumah saya sok paginya. Ok kita sebenarnya adik beradik ada buat diskasyen kat wasap kul 8 malam. Maknanya semua kena online jam 8 malam. Chair madam adalah akak. Siap ada kata aluan bagai HAHAHA poyo giler HAHAHA.  Saya pulak selaku pencatit minit.

Kemain lama lagi mesyuarat. Dari kul 8 sampai kul 11 ke hape. Habis semua isu keluar. Dengan lawak kueh semua. Tak boleh blah. Tu pasal tak habis2. Saya jugak la yang pening sebagai pencatat minit mesorat HAHAHA. Mencik uolsssssss. Maka ini la kesimpulan daripada ratusan line itewwww. Kaklang siap komen, ini je rupanya, mcm banyak sangat je HAHAHA... tau takpeeeeeeee

Tema baju: Tekois

Hantaran:
Hantaran yang belum siap termasuk hantaran duit, buah dan sirih junjung
Ada 7 Dulang
Kereta:
1. kereta akak - penuh
2. kereta kaklang - penuh
3. kereta bacik
4. kereta badak
5. kereta ode - mak
6. kereta myv hitam - abah, abang, kapet, jamal
7. kereta atam - ayi, ana
Ketua Rombongan:
Abang Ngah
Plan:
Jumaat: Family bacik datang rumah andak.
Sabtu:
11.00 : Ayi, ode abgcik, alang - kumpul rumah andak gerak sekali
akak dan abg gerak sekali -Ikut gemas
Ahad:
9.00 gerak ke rumah pengantin perempuan
10.00 Nikah
1.30 gerak ke kenduri
2.00 Sanding
Nota:
1.Duit tol
2.Duit banglo mewah: RM350

Tak boleh blah kan, Nota banglo mewah HAHAHAHA... over sangat. Saya saje tulis ikut dorang punya perkataan dalam wasap je HAHA

Macam tu lah plannya. Tapi plan B adelah sape lambat tinggal. HAHAHA. Senang kan plan macam ni. Berkumpul rumah saya kul 11. Yang ada saya, kakcik dan kaklang family sajork. Yang lain banyak urusan lain macam uruskan hantaran semua. So gerak lambat sikit.

Kakjem pada hari itu. Tak sedar perut monc nak jugak pakai baju mcm tu :p

Sementara tunggu berkumpul. Nampak la sangat takde keje kan. Mulut itik HAHAHA

Dengan kakcik yang semakin comel gituuuu 

 Kitorang gerak bebetul kul 11.

Perhentian ke 2: Restoran Cendol Madu Rembau.

Sebenarnya tak lapar pun. Tapi saje je berhenti. Memang tak lapar. Tapi kenapa ntah saya terorder nasi ayam HAHA. Orang lain makan rojak je. Well :p

Sekarang anak dah besar2 kan. Taknak dah duduk dengan mak-mak. Korang tengok. Anak dara group anak dara. Bujang duduk geng bujang. Kemahennnnnn korang kannnnnn.
Kaklang dengan kakcik nampak muda betul kan. Mencik. Adakah saya yang macam kakak dorang? HAHAHA pitam. Saya adik tau. Adik :p

licin kakjem makan ye

Budak2


Qayyum dan kaklang






Perhentian ke 3: Petronas tampin

Sebab anoi berak, saya nak kena tukar pampes beliau :p


Perhentian ke 4: Eh dah sampai di banglo mewah :p

Alamak 4 perhentian je ek :p bukan 7 HAHAHA...

Ini la kitorang punya homestay kat Taman Astaka Jaya Baru, Segamat. Masa ni tuan rumah tak datang lagi.

Homestay dia besar betul. Dalam dia kemain cantik lagi. Kalah hotel bertaraf 5 bintang hokeh. Tapi sebab dekat segamat so harga dia ikut range segamat la ye. Saya rasa kalau kat KL besar mcm ni, mau ribuan ni kannnn.



Sampai2 je. Kitorang duduk kejap. Badang ajak pegi beraya rumah kawan dia kat segamat ni. Rumah kak faezah Zainal :) . Rumah dia pun besar giler dan cantik kemain lain. Orang segamat ni memang kaya2 kan Hikhikhik (aminnnnnnnnn).
kak, jangan lupa resepi hari tu ek. tapi saya kena beli ketuhar dulu sebelum buat hehehe.



Ini la kejadian masa saya pakai inai uteh tetiba lepas tu badang hilang tu


Uteh ni taknak pakai inai sebab malu. HAHAHA. Memang kena dera la lepas tu. Dapat family giler2 mcm ni. Memang mendapat la ko HAHA


Ini la gambar kakcik hantar kat wasap makan nasi lemak. pastu saya sentap. sampai hati badang tak ajak saya :p Drama sangat kannnn




Inai saya yang comot :p

Eh sambung lagi nanti ek...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^