Follow Viruspadu

Tuesday, January 22, 2013

Short Retreat



Itu adalah jumaat yang lepas yang terlepas lepas. Lama punya jumaat ni :p Jumaat yang lepas yang saya rasa macam nak ponteng keje tapi akhirnya saya terpacul jugak depan cermin tu HAHAHA.  Jumaat lepas yang itu jugak saya telah berjaya pegi the mall dan tergoda dengan kasut Bonia ni. Giler la sedap pakai dia. Nak menangis rasa sebab best sangat. Design dia pun santekkkkkk. RM299. After less RM149 kot. Ingat-ingat lupa dah saya. Memang terasa nak beli. Tapi membayangkan kasut kat rumah dah bersepah. Ok la. Lupakan. tsk tsk tsk.


 Waaaaa teringat-ingat kat kasut ni. Harap-harap bila saya pegi lagi, kasut ni dah ada orang lain beli. So tak la rasa sentap sangat hihi. Simple tapi menggoda :) Fiwiittttttttttttttt

Disebabkan saya hari2 rasa nak ponteng kerja. Itu adalah bermaksa stress di tempat kerja memang tahap maksimum punya. Khamis tu sembang dengan badang. Jumaat terus booking hotel. Tapi kat PD je la kan hehe.

Saya teringin nak tengok laut je. Teringin nak dengar ombak. Teringin malam-malam nak jalan tepi pantai.

Eksaited!

Gelang dengan cincin mecing dengan baju kekeke. Perlu ke sampai gitu sekali jemah ahaks

Kitorang sampai boleh tahan awal jugak kat PD tu. Yelah lepas sarapan terus pegi. Check in nya lambat lagi. So badang pun ajak lepak muzium dulu sebab kitorang memang tak pernah kot sampai ke muzium. Lalu je. Padahal tinggal kat seremban. Aiyoooooooooo.

So memula lepak Muzium Kota Lukut dulu. Saya rasa muzium ni bagus sangat sejarah dia. Cuma dia kena belajar mcm mana nak tarik orang datang je. Maybe boleh ikut contoh mcm mana Killing Field kat Cambodia punya cara. Kat killing field tu lagi kosong je. Tapi bila kita pegi sana kita boleh menangis sampai flu ok. Macam tu tahap sedih menangis mata merah kalau pegi sana. Sampai sekarang saya teringat ok. tsk tsk tsk.

Benonoi :p

Banyak jugak gambar2 yang kitorang snap kat Muzium ni. Tapi semua dalam kamera godang pak hencek la ye. Ini semua dalam sumber iPhone4sssssssssssssss saya je. hehehe. Eh iphone5 dah ada ek kat pasaran HAHAHA. tapi iphone4s tetap yang terbahekkkk :p







Nah itu dia. Yang sempat saya snap kat Muzium Kota Lukut.

Tiap kali pegi muzium mesti rasa sayuuuuuuuuuuuuu je hati kan. Tak tahu kenapa sayu. Mungkin sebab tengok barang-barang lama kot. Mungkin sebab terbayangkan kehidupan orang dulu-dulu. Mungkin sebab terbayang susahkan mereka berjuang untuk hidup, berjuang untuk sesuap nasi, berjuang untuk kebahagiaan anak cucu. Itu yang buat saya rasa sayu je.

Dah alang-alang sayu tu. Nah tambahkan lagi sayu kitorang pegi pulak kat Muzium tentera darat. Badang suka sangat kat sini. Sebab abah mertua saya kan askar. Macam-macam la dia cerita pasal atok kat nisa anoi. Macam mana badang tinggal kat sabah dulu. Macam mana dia pegi sekolah naik lori askar semua. Saya pun dengar je. Bangga betul saya ada bapak mertua seorang askar :)




Gambar-gambar nanti la saya share kat fesbuk ek.
Kat sini malas la pulak nak upload sebijik-sebijik.
Rajin keeeeeeeeeeeeee mak jemah ittewwwwwwwwww
HAHAHA

Lepas jenjalan. Terus check in.
Kitorang lepak kat Selesa Beach Resort.
Saya memang suka sangat hotel ni, saya yang beria2 mintak badang booking hotel ni. Walaupun hotel dia lama dan kemudahan dia agak kelaut jugekkkk. Tapi saya suka sebab hotel ni depan pantai. Makanya senang saya nak berjalan tepi pantai memalam. Yeahhhhhhhhhh

Bilik mengadap pool. Me loike

Lepak kejap dalam bilik. Nisa anoi dah xcited nak main air. So layan la dulu. Mamanya pulak dah keroncong lapau hihihi
Dalam sejam macam tu kot. Kitorang pergi cari makan la plak. Saya makan nasi ayam. Pastu nampak nasi gunting. Apakah gunting??? Tapi saya tak rasa la pulak, tak tengok pun cemana rupa dia. Sampai sekarang tertanya2 dalam hati. Memula plan sok pagi nak try la makan sarapan nasi gunting tu. Tapi rupanya pagi katup la pulewwwwwwwwww. Sentap ahkak!


Wajib! mempergi pasar malam lalu membeli jagung dan nasi lemak bungkus singgit satu. Wajib :)


Balik hotel dan mandi lagi dan lagi dan lagi.
Masa ni takde dah gambo sbb fon kat badang kan.
Beliau simpan semua. Mokcik kan sibuk mandi laut gitu.
Buat istana pasir lagi :)

Malam di PD. Indah. Dan mengharapkan anak-anak tido awal kekeke :p

Baru nak romantik-romantik dengan badang, nisa kacau daun HAHAHA. Baru nak jalan-jalan dengar ombak. Nisa mengadu lapar lapar lapar. Baheklah jom kita makan.

Terkejut saya tengok nisa makan banyak betul. Memang sah la dia lapar betul. Kesian pulak saya tengok dia makan. Maunya tak lapar kalau lepas main air tu kan.

So lepas makan, balik bilik dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Tak sedar semorang tertido.

Sedar2 je badang gerak saya bangun tengah pagi ajak ehem ehemmmmmmmmm.... JALAN TEPI PANTAI... YEAY... jalan tepi pantaiiii yeayyyyyyyyyyyyy YEAY YEAY. Badang memang memahami. Tahu sangat saya nak jalan tepi pantai sambil dengar bunyi ombak. Best.

Teringat2 sampai sekarang.
Bunyi ombak tu pun masih terbayang dalam fikiran saya tau.

Oh rindu ombak.

Ini adalah pepagi buta. Budak2 yang berkulit kebal lagi tebal tengah mandi. Oh My. Sejuk gilossss.



mandi mandi mandi lepas tu hujan.

dah hujan tu tak reti-reti nak balik?
hehehe

Kitorang checkout awal jugak. Dalam kul 9-10 pagi gitu.
Terus balik rumah mak mertua kitewwww.

Dan bermain-main dengan anak sedara baru kitewwww

Biasalah budak2  bila dah sampai rumah atok nenek kan. Korang hengat dorang nak ikut balik seremban. Takde maknanyaaaaa. Siap cakap dengan kitorang balik dulu, pastu malam karang baru jemput dorang balik. Hamboi banyak cantik muka korang kannnnnnnnnnn.

Tapi baheklah! HAHAHA

ibu bapa berjiwa tisu mcm ni la HAHA. cakap je kat mulut banyak cantik. tapi last2 bagi je jugak.

Kitorang balik la seremban berdua berdetingan di rumah. Sempat jugak saya masakkan minum petang untuk badang. Walaupun berdua. Syiok jugak kalau masak sendiri dan makan-makan berdua sambil tengok tv. Romantis bukan? Eceh :p


Saya telah berjaya buat cekodok bilis dan juga caramel gitewww. Ini pun sebelum buat saya dengan badang siap gadoh-gadoh baca resepi kat gugel HAHAHA. Dasar kuat kelahi kan. Baca resepi pun nak gaduh.
Bangga sebab first time buat caramel.

dan sebenarnya first time jugak buat cekodok bilis HAHA.


Petang sikit, dah alang-alang berdua, kitorang pun pegi daki seremban hill kat taman iols ni. Pehhhhhhhhh berpeluh tak hengat! Tapi puas la. Saya siap suruh badang dukung saya ala-ala drama korea kannnnnnnn. Tapi pokcik tu tulang dah repot HAHA. cea cea padahal bini dia dah berat kan, ayat kaver lew tewwwwwwwwww.

Maka itu la cerita weekend saya.
Ini pun weekend lepas punya lepas kan.
Nak menyiapkan entry ni ambik masa seminggu ko!
Kalau dulu seminggu punya entry saya siapkan sehari je huhu.
Apa la nasib :p

OK jumpa nanti :)
di cerita weekend weekend saya.

:p



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Gieyana said... [Reply to Comments]

menariknyer hotel..

Satey tue cfm sedap..:-)

IndaMarya said... [Reply to Comments]

masa I muda2 dulu (kdg2 sekarang pun sama hehe) bab bila teringin kasut ke hdbag ke ,kalau tk dapat tak boelh tidur malam, bila dah tua2 ni tengok balik kasut2 tu, hndbag2 tu, rasa menyesal tk habis.baru teringat banyaknya mmbazir ..masa dh brlalu..tkboleh balik semula kan..kdg2 menyesal sekejab ja.lpas tu beli juga..he he.typical of women kan?

Suliana said... [Reply to Comments]

romantiknya kak jem dan abg badang ni :-)

Love Razila said... [Reply to Comments]

Hehehe...sangat best kan kalau dapat bercuti and tido do hotel =)

Rindu juga bunyi ombak...

Harith Iskandar said... [Reply to Comments]

isk lame sungguh xpegi PD... :)

Puteri Satu said... [Reply to Comments]

mah cica ngan anoi tu memang dalam keta elok duduk jek statik gitu eh? dia tak lompat2 ke berdua dalam keta tu???

Ayu Rashid said... [Reply to Comments]

Selesa Beach Resort mmg best la kak jem. Mknn sedap ooooo....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^