Follow Viruspadu

Thursday, January 03, 2013

Tahun Baru

Tahun baru saya kerja

pfffffftttttttttttttttt...

saya kerja tau

pfffftttttttttttttttttttttttttttttttttttt

kerja

pffffffffffffffttttttttttttttttttttttttttttttttt

Nampak tak saya bosan?

pfffffftttttttt

Nampak tak bosan sangat sebab kena kerja

ppppffffffffffftttttttttttt

HAHAHA tapi muka bosan saya mcm ni. Masih cute dan perut berlapis2 HAHA. :p


Angkut anak-anak pegi office. Ate nak buat mcm mana. hihihi. Sekarang nisa dengan anoi kalau nak keluar rumah dah pandai nak cantik-cantik dah. Baju nak pilih sendiri. Pastu mesti nak pakai lipstik. HAHA. Pakai pulak xnak orang tolong. Nak pakai sendiri. Senget benget pun terpaksa la mama ko puji cantik jugak. Kang sentap pulak. hihi.

Sebelum saya pegi office, kitorang sarapan dulu kat rnr seremban. Nasib bawak anak sekali. Meriah sikit rasa. Memula plan nak tinggalkan budak-budak ni. Sebab bimbang dorang tak selesa kan.

Bangun pagi je terus saya cakap

"nisa hari ni dah enam tahun tau, adik pulak dah 4 tahun, wahhh dah besar la anak mama ni"

Nisa terus xcited. Lama kot dia tunggu umur 6 tahun HAHA. Asik tanya je.

Dan festaim jugak kitorang keluar tak bawak bekal susu dalam kereta. Bestnyaaaaaaaa. Lepas ni takyah bawak bakul dengan air panas lagi lalalalala

Saya buat kerja cepat2. Kul 12 dah selesai dah. Pastu memang teringin nak makan makanan korea kan. Hari tu makan kat bulgogi brothers. Pastu ramai yang suh try seoul garden. Ok terus badang bawak pegi OU. Seoul Garden dia kecik je. Kecik dan ramai orang. Dan saya rasa agak tidak selesa. Tapi saya tetap makan banyak :p

Harga dia saya tak ingat pulak. Tapi makan dua dewasa dua kanak-kanak adalah RM1++. Kurang 120 la. Tak igt berapa bebetulnya. Makan dia buffet. Makan la sampai kembung.

Tapi agak rugi la bayar untuk nisa dengan anoi. Sebab dorang tak makan langsung. Bg aiskrim pun taknak makan. Dorang taknak makan langsung tapi sibuk nak tolong masak je

Nisa tak boleh duduk dah. Sebab sibuk nak masak. Sabo je la.

Main je. Makan je tidak.

Saya dan badang punya makan. Macam bela jin HAHAHA. Makankan untuk nisa anoi sekali hihi

Makan sini ok ok la.
Kalau jenis makan banyak. Sesuai la makan sini.
Sila pastikan apa yang ko amik sila la habiskan. Sebab kalau x habis kena bayo ye.

Kat instagram ada yang sajes makanan korea lain untuk saya try.
Nanti saya try tempat lain, saya stori kat korang ek.

yang saya akan try nanti maybe
1. Koryo Won - Crown Plaza
2. Street Cafe Subang
3. Uncle Jang Dak Gal Bi

Ada lagi yang korang tahu?

Sekian daripada perempuan yang pakai serbuk roti yang pipi HAHAHA




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Izzah said... [Reply to Comments]

Selamat tahun baru

Love Razila said... [Reply to Comments]

Argh!! kite baru je 31/12/12 tu makan kat bulbogi brothers...bertweet dgn ceera minta alamat tmpt ni...teringin nak makan korean food =) nasi campur dia. Tapi kalau yang jenis buffet ni memang xngam lor sebab anak2 ku and famili ku memang xmakan yang pelik2. So kalau i sorang memang xder arr nak makan yang buffet punya. hehehhe. share tau =)

nasaoji said... [Reply to Comments]

sya suker jugek fud korea! Seoul grden dah pernah, ada satu lg tmpt kat cyber...kat shaftsbury square, lupa nma kedainya..pun sedap! Tp situ xdok yg masak2 sndiri...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^