Follow Viruspadu

Monday, February 04, 2013

3 Hari ni Langkawi

Jumaat KL cuti kan.
I pun cuti jugerkkk :p
Walaupun iols tinggal seremban hokeyyyyyyy. Motip? HAHA

Tapi cuti I ada benda kena buat wok. Tapi takpelah. Kena redha. Walaupun sepet88 tengah bertunang kat KL. Takpelah. Yuk la kita pegi Langkawi hihi. Walaupun adik beradik hantar gambar gedik-gedik kat wasap pakai baju warna royal blue. Takpelah. Kita buat taknampak je lah.

Pagi-pagi jumaat suami dan anak-anak hantar saya kat KLIA. Kesian nisa anoi teringin nak naik kapalterbang hihih. Asik la menghantar dan menjemput mak bapak je kan. Nanti mama kumpul duit banyak-banyak, pastu kita gi jenjelan ye nisa anoi.

Sampai awal pagi dan ini habuan untuk dorang :) KFC

Main sekejap. Peluk. Main sekejap. Peluk. Ini yang buat mama susah nak pegi ni.

Jumaat lepas flite delay. Tangisan betul.
Patutnya kul 10 lebih. Tetiba delay kul 12 lebih. Dah la delay pastu tak bagitahu pulak tu. Sabo je la kitorang.

Pertama kali saya naik MAS dan saya rasa nak muntah dan pening. Pegi dan balik pulak tu. Adekah sebab pilot bawak laju sangat. sampai terbang2 rambut saya HAHAHA gilo! Ataupun dekat sangat. Siyes nak muntah. Sampai2 terus rasa sakit leher segala. Biasanya takde la rasa macam ni.

Tapi saya tetap chenta MAS muah muah.

Sampai2 Langkawi adelah kul 1 lebih.

Saya lepak kat Sheraton. Bilik dia punya la besooooooooo. Pemandangan pun cantik. Bilik tepi laut kata ko. Tapi tandas takde paip. HAHAHA. fail! hancus segala harapan. Wei apa ni wei. Susah ok kalau sakit perut. Semua dah tiptop bigbang boom shakalaka semua. Tapi tandas takde paip. Cis! Maksud saya tandas dalam bilik la ye. Kalau kat lobi tu ada je paip.

 View dari lobi

View dari bilik
Saya lepak kat kerusi malas kat sini, sampai tertido. Punya la syiok :)

Kalau korang jenis tak kisah tandas takde paip. Saya rekemen la lepak sini kalau gi langkawi. Sebab makanan dia pun sedap hangat hangat hokey.


Antara aktiviti kat sana adalah naik bot kat tanjung rhu dan memberi helang dan monyet makan :)
 
 Angin kuat memang kena pegang topi selalu :)

Adekah korang nampak helang? kekeke. Masa saya snap helang dah terbang plak. Padahal banyak. Saya ada share video kat langkawi saya kat akaun KEEK saya k. Sila pegi sana kalau nak tengok :p

Boleh nampak monyet?  Banyak weiii tepi tu

Tengah rilek2 tengok monyet korang tahu tak tetiba monyet tu lompat bebetul sebelah saya. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa terus saya menjerit. Terus jadi bahan gelak seisi bot. Hadoiyai. Mana monyet tu tahu saya lahir tahun monyet ni HAHAHA. Hetchu monyet. Lain kali pegi la lompat kat maklang spen :p . #Tetibasangat.

Pokcik bagi monyet minum oreng ok. Kata pokcik tu kalau air mineral dia xnak. Nak air manis je. Hamboi demand tak beragak HAHAHA
 

 Lalu gua

Topi tu harga dia RM20 .
 

Pastu kitorang singgah Gua kelawar
 

Makan atas air jugak uolsssssssssss

Saya sampai kat langkawi ni dah banyak kali jugak la. Tapi ini la pertama kali saya makan atas air ni. Pertama kali masuk gua kelawar, pertama kali bagi helang dan monyet makan. Macam best la pulak. 

Pastu dapat makan cendol tepi jalan. Peh sedap giler lah


 Dan ini juga kali pertama saya buat henna kat langkawi :)

 dan pertama kali buat keychain nama kat tepi jalan
 RM8 sajork.

Ni semua kat sepanjang jalan pantai chenang tu.
Sebelum ni saya datang Langkawi macam tak pernah jalan-jalan sini la.
Biasanya kan kita pegi naik kabel car, pastu beras terbakar dll tu kan.

Satu je benda yang saya teringin tapi tak dapat-dapat lagi adelah makan laksa tepi pantai. Teringat2 wei.

KakJem yang bagai di pampam pipi sekarang ni. Ceera tengok ni mesti dia jeles pastu komen "andak dah gemuk" :p

HAHAHAHA saje nak tayang pipi tembam.

Esok la ye saya diet. Tapi diet pipi je.

Saya suka dengan badan saya sekarang ni. Rasa mcm pelam-pelam je :p
Tapi saya tak suka perut buncit ni. Acane.
Kalau saya diet kuruskan badan. Abis semua kurus.
Tak beshhhhhhhhhhhh


Kat sini, maksud saya langkawi lah, nak shopping pinggan mangkuk dan seangkatan dengannya memang best kot. Tapi saya takde minat pulak ke arah tu. Mungkin jugak bukan time saya nak beli kan. So bila singgah kat HIG (Haji Ismail Group), memang saya keluar dengan muka kelat-kelat cekelat. Hihihi. Saya beli tak sampai 50 hengget pun. Buat syarat amik coklat je.

Tapi saya lebih minat yang ni kekekeke
 Ini perkara yang paling comel yang saya buat kat langkawi HAHA. 
Iaitu membeli sesuatu yang comel :)


Tetiba rasa nak bawak nisa dengan anoi jenjalan sini la.
Yuk papa :)




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

A.I said... [Reply to Comments]

kau kat sana elok je kulit putih melepak tak hitam. aku ni duk kt tepi laut kejap dlm 15mnt, dah hitam mcm ane dah kaki aku! muahahaha...

ArELeEz said... [Reply to Comments]

owh.. leez mmg p'kesah klu toilet xde paip. neves ngeri2 trus! hu3..

antalya said... [Reply to Comments]

pakcik bot tu ada bgtau tak gua yg korang masok naik bot tu namanya gua buaya dan mmg tempat sarang dorang pon dlm tu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^