Follow Viruspadu

Monday, February 04, 2013

Cari Rumah Pulak la Kita

Saya konon nak cari rumah.
Konon la.
Daripada ritu lagi kan.

Kriteria rumah adalah seperti
1. Rumahnya takyah besar, sebab pemalas kemas, kemas habuk. Kalau besar pun tak mampu lak kekeke. 3 bilik memadai. 1 tandas pun memadai.
2. Takyah laman sebab bukan rajin nak jaga
3. Takmo korner lot sebab banyak tingkap pencuri senang masuk. Banyak tingkap malas nak tempah langsir bebanyak.
4. Kena ada pakgad jaga
5. Takmo dua tingkat kalau rumah atas tanah

Rumah ciri-ciri poms malas kemas rumah. Biar semua berkumpul setempat je. Senang haku nak monitor HAHAHA

Kalau boleh nak area shah alam sebab dekat dengan adik beradik dan keluarga.

So di atas adelah kriteria yang dah diset dalam hati. Oyye bajet? Bajet adalah antara 0k - 400k. Mahal dari tu mak hencek makan pasir uolsssssssss. Itu pun kalau pasir tu empuk lepas rebus HAHA. Mencik tau. Tapi rasanya kalau nak rumah yang kecik ada tak yang 100k lebih ? Area Shah Alam? Ada ke? ke takde? Lagi murah lagi makcik sukeeeee. Bawah 100k lagi guwe gembira... Apaaa... uols nak hadiahkan kakjem rumah sebijik sempena hadiah persahabatan??? HAHAHAHA berangan! :p

Ada jugak member-member saya yang bagi kontek rumah yang nak dijual, tapi kebanyakannya adalah teres dua tingkat. Disebabkan saya bukan tergesa-gesa sangat nak beli rumah. Maka saya cari rumah santai-santai la ye.

Kalau dah beli nanti, belum fikir pun nak pindah ke tidak. Sayang la pulak dengan rumah sekarang. Selesa sangat dah. Semua senang. Semua ada. Termasuklah anai-anai HAHAHA. Pastu sekolah dekat, jasko dekat, nak jalan taman dekat, nak naik bukit dekat. Aishhh... Tempat kerja je jauh merepek. Tah pape.

Maka kitorang pun plan la satu hari jenjalan cari rumah. zasssssssssssssssss terus ke shah alam uols. Ini adalah minggu lepas punya ntahla. Tapi hari sabtu ke ahad gitew.

Saya memilih putih sebagai OOTD hari itu :). Lately suke bebenau pakai pakaian putih. Tak tahu la kenapa. Lepas ni nak cari seliper putih la. Spek mata pun nak kaler putih ok. Sayanggggggggggggg nak spek warna putih boleh tak? pleaseeeeeeeeeee... HAHAHA kakjemah dah start dah menggedik dia :p

 Kata je memula nak cari area Shah Alam, konon sangat kekasihku tertinggal di Shah Alam kan. Tapi last-last kelaut jugerk. Akhirnya ke Setia Alam kitew. Ni semua incik Bos punya penangan. Mokcik ikut je. Kawasan perumahan depan Setia Alam Mall itu kan. Perumahan baru. So cantik la. Design terkini katanya.

So call la no telefon yang ado sepah-sepah kat pagar rumah.

Call satu agent ni. Katanya semua dah full. Yang ada corner lot setingkat. Harga RM600k.

Jap jap nak pitam! HAHAHAHA.

Terus hilang mood saya nak cari rumah lain hokey! Terus tetiba mood down. Terus tetiba ternampak mall di depan ittewwwwwwwwwwww. Mall tu je dapat menenangkan hatiw innewwwwwwww. Ewah. Dasar perempuannnnnnn.

 Dancing Fish ke hape nama tempat makan ni. Dia punya sambal belacan memang tangisan la. Sedap melampau.

DNA Mama yang menebal dalam diri nisa dan anoi :p

Baju ni cantik. Tapi saya tidak membelinya.
 

 Sekarang selain daripada menyukai pakaian putih. Saya juga sangat suka benda yang comel-comel. Cari baju nak yang tatun tatun (cartoon) je. Yang homel-homel jew. Hamboi gedik hangat :p
 cachecache yang superdamncute lalu terpaksa beli hewhew

Jadi itu la dia. Misi mencari rumah tapi akhirnya ke mall jugak kita. Maybe lepas ni kita boleh tukar misi ke mall, maybe lepas tu baru dapat beli rumah. Kehlassssssssss kalau gitu.

Kalau korang ada "kaki" mana-mana rumah yang ada kriteria kakjem, roger-roger la ek.

Akhir kata.
Saya doakan:
Kakjem cantik dan manis dan baik dan pemurah orangnya
Semoga Zaimah dapat transfer ke Seremban atau Putrajaya secepat mungkin
Semoga rezeki Zaimah melimpah ruah, murah rezeki
(terima kasih kerana membaca dalam hati, doa tu hihihihihihih)




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

9 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

aminn.. ok. dh doakn dh. good luck! ;)

antalya said... [Reply to Comments]

area jln kebun baru klang byk umah semi-d murah nk naik. harga dlm 300k jer.design mmg mabeles cantik

Zuraini Shokri said... [Reply to Comments]

ada apartment kt sri ixora seksyen 27. 3 room 2 bathroom. ada 2 type.
klu nk tgk try search facebook sri ixora

Zuraini Shokri said... [Reply to Comments]

kat seksyen 27 ada apartment sri ixora. 3 room n 2 bathroom. ada 2 type. price skrg dlm 190k-200k coz projek MRT blakang tu je (putra height) so harga tgh naik. location bagus sbb sempadan puchong. try tgk kt fb sri ixora.

norliza_osman said... [Reply to Comments]

Salam, kalau akak rajin update blog hari2 mcm dolu2 lg best.. hehe

JDK92 said... [Reply to Comments]

Kak jem..mcmana nak contact kak jem?nak propose umah idaman...

Love Razila said... [Reply to Comments]

Try cari dalam iProperty...ada rumah lelong ada rumah baru ada rumah nk jual... =)

viruspadu said... [Reply to Comments]

JDK92,
emel saya kat viruspadu@yahoo.com

alongpaktam said... [Reply to Comments]

umah kt area shah alam mmg rege letop2 sumernye..
hope dpt umah yg diimpikan..amen







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^