Thursday, February 14, 2013

Dapur Mak Jemah Berasap Kew?

Korang cuti apa bikin?

Saya selain daripada pegi kenduri kawen kawan-kawan incik Badang. Memang takde dah aktiviti lain. Memang takde plan apa-apa. Well, tengah bulan you know HAHAHA. Alkesengkekkan gitew. Duduk diam-diam sudey! Korang best la jalan sini jalan sana semua kan.

Saya pecah rekod tak keluar duit seposeng pun ok cuti-cuti ni. Wahhhhhhh suke gilerrrrrrrrr. Makanya uols, kalau korang nak berjimat cermat, sila jangan keluar dari rumah okeh. Sebab kalau keluar je dari rumah mesti ada je benda nak belikan! seperti air sejuk ketika dahaga dan aiskerim mekdi kalau terlalu sebelah dia hihihi

Disebabkan sabtu dan ahad kakjem pegi kenduri. Maka takyah la susah payah nak masak ye.

Ini adelah hari isnin. Saya tanya badang nak sarapan apa. Lalu beliau pun cakap nak makan sambal udang petai. Sebab beliau cakap bila cuti duduk rumah cepat lapar. HAHAHA baheklah pokcik. Sebagai isteri misali, saya pun masak dulu nasi goreng untuk kaver perut lapar dengan teh o. Dan kemudian masak sambal udang petai macam 10 orang nak makan. Badang suka beli banyak. Pastu tak bagi saya masak sikit-sikit. Maka saya pun masak la banyak. Maka memang satu lauk ni sampai kemalam nak habiskan. (dan lauk lain yang tidak dinyatakan seperti telur dadar  :p) Takyah risau pasal nak habiskan. Memang laki bini makan banyak giteww :p


Pastu dah kul 3 semua dah bosan kan
Almaklumlah mana la kitorang pernah duduk rumah mcm ni tak keluar-keluar
biasanya ada je kannnn aktiviti

Memula plan nak jahit sarung bantal.
Baru gunting kain tetiba mesin buat hal.
Hadoiyaiiinyepunnnnnnnn

Tetiba teringat kat cakoi.
Terus gugel resepi
Terus tengok bahan ada ke tidak
Tetiba ada pulak
dan tetiba terus buat cakoi

hihihihi

 
 Anak-anak yang gembira dapat tolong buat cakoi
 

 Sementara tunggu nak goreng kitorang pun pegi naik bukit kat rumah kitorang. Best tau daki bukit ni. Dia tak tinggi sangat. Tapi hongeh jugak la ahkak kan. Nisa dengan anoi siap berlari. Tak penat langsung. Omak dia kejap2 mintak rehat hihihih. Sejam jugak kot. 

Bekalan air mama dia ye :p
 Nisa selamber daki bukit pakai seliper.
Pendaki tegar dah besar nanti ni :p

 Balik rumah dan menggoreng cakoi :p
 Ini bukan cekodok ye :p
Saya adelah tak reti nak buat panjang2 HAHAHA

Yang penting Badang dengan anak-anak siap rikues goreng kali kedua.
Rasanya ini 1st time saya buat jadi sedap
Berbanding donut hari tu la
Donut ritu tak sesedap cakoi ni :p
takpelah puji diri sendiri masak ek.
takpela ek ek ek ek ek
mokcik teruja uolssssssssss

Selasa

seperti biasa pagi memasak nasi goreng dan teh o sebagai sarapan.
oyye gambar2 ni semua memang dah ada kat IG --->
Saje tepek sini lagi
Kenangan uols.
Saya dah la selalu sesat cari jalan pegi dapor HAHA

Seperti biasa selepas sarapan perbincangan keluarga adelah apa nak makan tengahari ni. Memula badang sajes masak sop ketam. Tapi asik sop ketam je. Saya sajes masak ketam blekpeper kata ko. Dan mcm biasa aktiviti menggugel pun setat. Dan tengok bahan semua ada. Kecuali lada hitam yang takde kekekeke. Takpe, lada putih pun lada putih la uolssss. Chantekkkkkkkkkkkk sangat laaaaaaahhhhhhhhhh

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Ini bukanlah bermakna saya pandai masak ye uols
Terima kasih kepada semua yang share resepi kat gugel.
Saya nak share resepi pun malu ok
Sebab saya kopipes je
gugel belambak kot

Yang penting bila korang gugel resepi adelah...
Kalau bahan yang dorang tulis merepek sangat, takyah la ikut bulat2 ye
Ejas-ejas la sikit
Biasalah kadang dorang letak bahan ntah pape nak bagi nampak vogithevas sangat
Pastu banyak resepi banyak versi
Sila amik resepi yang paling simple dan pendek
Maka tak pening kepala sangat :p

Ini kambing bakar ye. Bakar 5 minit dah siap

 Terima kasih pemanggang ajaib HAHAHA. Badang la beli 2 minggu lepas kot. Tapi tak try2. Apakah tetiba rasa nak try plak kan.
Sudahnya banyak benda kena makan. Sampai ketat perut ahkak.

Dan juga keledek bakar dengan oven
 Kegemaran nisa

Oh saya suka giler dengan cuti kali ni
Rasanya macam betul-betul masa untuk keluarga
Masa untuk makan sampai pitam
Masa untuk mengerjakan rumah juga

"banyaknya kita makan hari ni papa"
"takpe, kita makan banyak-banyak, lepas tu kenyang, kita tido?"

HAHAHAHA good idea :p

lepas tu meroyan perut buncit kan :p

Episod makan-makan belum berakhir ok.
Tetiba saya teringin nak try buat roti manis HAHAHA tapi roti saya tak jadi.
mencik! mencik! Takpe nanti eden torai lagi ek
Biasalah bahan tak cukup tapi gatai nak try jugak



Sementara saya buat roti, badang pulak bizi masak mee bandung.

Boleh bayangkan berapa banyak saya makan pada hari selasa ittewwwwwwwwww?
Saya teringat makan hari selasa tu je pun dah boleh tetiba sengkak perut.
Phewwwwwwwwwwww

Sengal :p


Itu semalam ketika saya ponteng kerja dan tetiba nak pegi renew passport dan tetiba kat imegresen nombor dan habis. Cissssssssssssssssss

Singgah opis lama dan menjenguk cinta-cinta hati kat sana :)

Aduh...
Bila saya nak renew passport ni ek
Senin nak terbang dah
Menjengkelkan sungguh la

 Kerana hati terluka tak dapat renew passport saya pun try buat kek pandan hihihihi
eh bukan bukan
Bukan sebab hati terluka
Tapi sebab nak try mixer yang saya baru beli
hew hew hew

Makan malam semalam


Saya rasa masak dan baking baking adelah sangat best la sekarang
Apsal dulu saya rasa susah dan tak best ek?
Apsal ek?
Ce huraikan :p




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

10 komen[s]:

Acik IeyMah said... [Reply to Comments]

hohoho..sedapnya ketam!!

antalya said... [Reply to Comments]

wahhh cipta rekod ni. mcm2 menu u try eh.semuanya nampak sedap.tahniah.dah semakin maju suri en.badang nih.keep it up bebeh

nisa_perasan_cun said... [Reply to Comments]

cakoi tu menarik..comel2..haha..
byknye akk msk...haha

kamal mustafa + ain azahar said... [Reply to Comments]

kak jemah..nape x renew pasport online..??heee...

Cik Puan Rara said... [Reply to Comments]

wow,sume makanan buat sy terliurrr.

NanieZara said... [Reply to Comments]

cer share resepi sambal udang k.jeng yg nmpak mcm sedap ittew.....

Suliana said... [Reply to Comments]

rajin kak jem.. biasalah kak klu modd sudah mari, semua menjadi :-)

Love Razila said... [Reply to Comments]

wow...hebatnyer memasak...suke tgk.
minta resepi sambal petai...mcm nak buat gaklah...hehehe

@}--niEra-- said... [Reply to Comments]

Mmg meleleh air liiur bc entry ni..kejam kak jemah..

Irfa said... [Reply to Comments]

faktor umur barang kali'
so dah suka main masak2 kat dapo
hehe

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^