Follow Viruspadu

Friday, March 29, 2013

Masakan Emak Terbaik

Minggu lepas, kawan seofis saya kawen.
Disebabkan kitorang satu unit. Kalau saya saje-saje tak pergi memang tak baik sangat la tu kan. Tapi tu la nye. Daripada seremban ke wangsa maju dengan jalan jem memang agak menduga kesabaran jugak la hihi.

Oleh yang demikian. Saya cuba yang terbaik yang saya boleh lakukan dalam kereta HAHAHA.

Menyenap gambar sendiri pelbagai posisi, nak buat kajian kata ko! Dari sisi mana boleh nampak lebih gojes dan kurus runcing dagu I. HAHA. Kesian kakjem. Muka cas-cas kembang terpaksa buat kajian mcm ni :p. Takkan nak cocok botox plak kan.

Duckface perlu sangat :p





Kegilaan terhadap vitagen yang menjadi-jadi.
Sejak saya sakit perut hari tu la
Katanya vitagen elok utk perut kan.
Habis tu sekarang dah tak sakit perut pun haku hentam jugak vitagen kennnnnnn hehehe dengan alasan "nanti kalau sakit perut  lagi cannneeeeeeeee" *sambil kelip-kelip mata laju-laju kat suami

Kul 12 kot kitorang gerak dari rumah, kul 230 baru sampai kenduri kawan saya. Selamat jugak sampai. Alhamdulilah. Tahniah Nani. Cantik awak. Tapi awak tak nampak saya pun kan hehehe. Takpe. Saya tahu awak bz. Selamat pengantin baru. Bahagia hendaknya hingga hujung nyawa. Ini gambar dlm fon je. Biasalah Badang bawak kamera godang dia. Tapi nak transfer gambar ke laptop tu memang bercinta la kan.

Saya tak lepak lama sebab budak pun dah boleh tahan meragam. Macam biasalah budak kan. Kalau bapak yang meragam tak tahu la kan ahkakkkkkkkkk nak buat apa kekekeke.

dah alang-alang sampai wangsa maju, kalau tak balik cheras rumah mak memang murka sangat wei.
Maka ke cheras la kita


Kebetulan kakcik balik, ceera balik, nini ada, sepet88 tak keluar deting, ida pun ada. yeayyyyyyyyy... bestnyaaaaaaaaa. Kaklang ngan akak lambat menyusul. Tak kisah. Janji ada. So kitorang masak beramai-ramai. Masak yang simple je. Tugas saya lagi la simple. Potong cili kering pastu blend je hikhikhik. Tahu je la sifat lemah lembut saya ni kan. Terhegeh2 gunting cili sampai semua amukan HAHAHA. Terima aje la kelebihan andak ni weiiiiiiiiiiiiii. Nak buat mcm mana mmg andak buat lambat :p Suami I tak kisah pun I buat lambat2 kikiki #lempang


Semua emak masak, anak-anak dia tukang potong-potong je. Bertuah punya anak!


Pastu makan rebut-rebut

Weiiiiiiiiiiiiiiiii memang terbaik kan.
Pastu makan bersila.
Pastu duduk sepah-sepah.
pastu masa nak tambah nasi kena buat alasan orang lain nak
Padahal sendiri yang nak
HAHAHA.

Malam pulak, akak buat sop kaki ayam
YaAmpun sedap nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Gambar memang banyak la
Tapi semua gambar seksi

Akak saya ada snap gambar saya yang tak bangun-bangun.
padahal orang lain semua dah bersilih ganti HAHA
Hadoila.

Saya rindu masakan emak saya
Saya rindu ayam masak merah mak mertua saya
Yumsssssssssssssssssssssssss




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

dya said... [Reply to Comments]

byk nye lauk-pauk ^^

Emy Omar said... [Reply to Comments]

VP memang cun la x kira dr posisi mana pun wei..masakan ibu sendiri memang yang terbaikkan..walla







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^