Follow Viruspadu

Wednesday, March 20, 2013

Mini Family Gath

Ini kaklang punya plan
Atau lebih tepat adelah ini kelab sport opis kaklang punya plan
Saya dengan orang-orang dalam opis kaklang memang dah macam isi dengan kuku HAHAHA wah overnya dia. Kitorang kenal dari saya kecik lagi. Sebab masa saya kecik kaklang dah keje kat situ dah :)

So kebanyakkannya memang la saya kenal
Boleh la kalau nak bertepuk penampar HAHA
Cuma biasalah. Saya kan sejak lahir pemalu :p
So kenal pun saya diam juge. Pandang senyum-senyum juge
Tapi kalau orang baru masuk tu saya tak kenal ler.
So kalau kaklang balik nak gosip-gosip, saya boleh paham semua cerita lah. Well. Kalau bab gosip memang paham kan ahak ahaksss. Dasarrrrrrrrr sangat.

Kaklang ajak tengok wayang reramai.
Cerita Jack the Giant Killer la kalau tak silap saya tajuk cerita dia
Pastu katanya ada cabutan bertuah dapat ipad mini
Memang tak berapa bertuah la kan.
Takpelah, ipad mini saya boleh beli sendiri #berlagakdadakeatas :p

Wayang nya start jam 2
Berkumpul rumah kaklang kul 1230
Disebabkan saya dari seremban yang terpaling Jauhhhhhhhhhhhhhhhh sekali
Awal pagi la dah bangun, nak sarapan lagi kennnnnnn


Der... anak sape yang pancasitara sangat tu? keh keh
 Hambik ko sarapan siput sedut pagi-pagi. Kelas ko kakjeng

Lawak tengok anak-anak saya sekarang
Sebab dah pandai melawa secara over sangat HAHA
Saya la rasa kelakar sesangat. Tapi terpaksa puji cantik.
Anak sendiri mestilah emak nya nampak cantik je kan
Mekap nak mekap sendiri. Comot pun takpe. Asalkan sendiri.
Accessories nak pilih sendiri jugak. Kadang serabut saya tengok.
Tapi lantak la. Dah korang minat.

Pastu paling tak tahan. Dah pakai cecantik, pastu nak pakai seliper getah je. HAHA. Gagal!
Tapi takpe, sukatik korang la. Mungkin itu style.
 Semua nak duduk depan.
Adoiyai!


 Kitorang sampai rumah kaklang, dekat kul 1 jugak la. Takpe. Yang dekat-dekat ramai tak datang lagi. Biasalah tu, yang jauh biasanya sampai dulu.

Melepak sambil tengok runningman. Nampak? Saya baring kat kaklang, angah baring kat saya. Macam ni la kalau dah ramai-ramai. Baring bertimpa-timpa.
 

Ada ramai lagi tapi takde dalam gambar. Dorang kat atas. 

Jejaka ni papehal surat khabar jugak beliau cari dulu dan terus tak perasan apa yang terjadi di sekeliling. 
 

Bila semua dah sampai. Kitorang bahagi-bahagi la siapa nak masuk kereta mana. Macam biasa uteh mestilah dengan kakak kesayangan comel dia :p . Dan anoi nak ikut maklang dia. 

Cubaan mengangkat kepala uteh HAHA. Gilo sungguh. Oyye, gusi saya masih tak elok lagi tau. Bernanah kata ko. dah 3 kali nanah dia pecah. Nanah dia macam pecah pastu ada balik. Pastu pecah. Pastu ada balik. Gigi ni rasa nak tercabut je semua. Tapi bak kata atam! Makan tetap makan :p Tak menjejaskan selera makan. Kalau tak boleh kunyah kita telan HAHA. 

Wayang ni kat space U8 mall. Pestaim la saya dengar ada mall ni. Boleh tahan besar. Kat bawah sekali ada pesta buku :p

Anak-anak


Ada anak kecik dan menonton wayang?
Jangan la harap dapat tengok dengan tenang ye
Kejap nak wiwi
Kejap nangis la
Nak mengelinja melompat
Main kerusi krok krek krok krek 
Kenala bertahan bersabar

Tapi cerita jack ni best la
Walaupun kita dah boleh agak apa jadi
Tapi pandai la cerita tu diolah jadi best

Kalau korang nak tengok dan membawak anak
Saya rekemen la
Pegi la bawak

Apa ye yang tersirat anak korang boleh belajar dari cerita ni?

Mungkin
- mcm mana nak atasi ketakutan sendiri
- mcm mana nak jadi anak yang baik
- mcm mana nak selesaikan masalah


Ada few la, masa tengok tu kena fikir sendiri la relatekan dengan kehidupan sendiri

Kadang lepas saya tengok wayang dengan anak-anak, cerita apa pun la.
Kitorang dalam kereta sembang balik la pasal cerita tu
Biasanya akan relatekan dengan sendiri la

Macam
Tadi kakak tengok tak orang tu dia baikkan, mama dia minta tolong, dia cakap lembut je kan. Cakap dengan ibubapa kena baik-baik kan

Tadi orang tu tipu, pastu dia kena marah kan. Tipu tak baikkan. Berdosa tau.

Macam tu la. Ntah la nisa anoi paham ke idok. Takpelah. Biarlah mak ko syok sendiri HAHAHA. Lama-lama paham la tu.

Dalam lift pun jadi. Ini adelah family noh. Penuh kitorang dalam tu. Cermin atas kepala pun bolehhhhhhhhhh

Yang ni memang tak dapek den nak nolong. Kalau dah nampak tu terpaksa la melayan. Kang keluar lagi ayat "hak bermain adelah hak kami" kang HAHAHA
 
 

Makan time. Kosong je foodcourt dia. Memang kitorang sesaje dalam tu
 
 
 
 

kakcik dan anaknya babil

Kaklang dan kakcik

Lepas makan-makan balik la rumah kaklang
Lepak tengok runningman lagi

Ini mengeteh sebelum balik seremban.

 Megi goreng dia memang slurpppppppppp wa cakap sama lu. Memang sedap amek.


Terima kasih akak sebab belanje kitorang ngeteh :)

Terima kasih kaklang sebab belanje tengok wayang

Terima kasih semua atas pengalaman indah ini


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Crew Fathi said... [Reply to Comments]

wahhh... meriahnyaa... ^_^







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^