Follow Viruspadu

Wednesday, March 27, 2013

Twin Tower @Live 22 March 2013

Seperti biasa, dimulakan dengan wajah kakjem yang mekap lite-lite gitu. Dalam gambar nampak mcm tak mekap langsung kan. Apakah. Muka saya kalau mekap beria nampak macam opera pulak. Muka cas cas korea memang kena memang lite lite HAHA. feeling kpop weiiii. Maafkanlah :p Kalau tengok runningman, selalu terbayang saya adelah jihyo kekekekeke. Ohhhh romantiknya gary opppaaaaaaaaaaa. LOVE u GARYYY. Tetiba.



Ini adalah hari jumaat lepas.
Saya dapat tiket Twin Tower @Live 22 March 2013
WUWUWUWUWUWU. #silajeles
Kalau sabtu punya konsert lagi best kan
ada BSB semua. Oh as long as you love me beiiiiiiiiiiibehhhhhhhhh.
Tapi tu la nye. Saya tak boleh la pergi tengok konsert 2 hari berturut-turut.
So saya pilih jumaat je la. Orang dah beranakpinak macam ni la. Nak berjimba pun kena la beragak sikit gitu kan. Sabtu Ahad adalah masa untuk anak-anak dan family gitu.

So jumaat tu, kebetulan saya cuti. Tiket ada kat ceera. So saya menyinggah la Blu Med, The Garden dulu. Amik tiket. Ceera ada job kat sana. So sempat jumpa amik tiket je. Pastu terus ke ikea.

 Tujuan nak pergi ikea adelah sebab nakkan meatball dan semua di atas meja ittteeewwwwwwww dan juga mencari rak kasut. Bahaya pegi makan time lapar melampau. Habis semua benda saya nak makan. Yang betulnya semuanya teringin nak makan sikit-sikit. Tapi mana boleh amik sikit2 kan. Saya makan sikit dan tugas Badang menghabiskan semuanyaaa hehehe :p

Nak survey rak kasut kannnnnnnnn. Tapi takde la wei. rak buku je banyak. Rak buku besar sangat, rugi space kan. Rak kasut roman yang lain ada la kot. Saya pulak tak bekenan. Saya nak yang simple je kot. Aigoooo... 

Tetiba register member kad ikea :)

Ini rak buku jugeeeeeeeeeee

Takde mende pun saya beli kat sini
Selain daripada botol simpan air dalam peti je
Saya nak beli karpet, Badang pulak tak bekenan. choooiiiii.


Then terus ke KLCC, konsert weiiiiiiiiiiii
Best.

Sempat jumpa dengan @penmerah tapi tak sempat nak snap gambar dengan dia pakai kamera saya. Badang time tu la beliau hilang. Dia je saya terserempak. Blogger lain tak nampak pulak saya.

Konsert start kul 9 lebih.


Dan retis-retis yang membuat persembahan. Yang saya ingat U-Kiss je. Kpop. Yang lain saya tak kenal. Tapi best la. Menghiburkan.

Saya ada 4 tiket. Saya dengan badang pakai 2 je la. Lagi 2 saya bagi je sesapa kat luar tu. Nasib dorang la masa tu kan. Bertuah terserempak dengan kakjem kan :p Walaupun tak kenal hehe.

U-Kiss. Aummmmmmmmmm
 Tengok ukiss menari depan-depan mcm ni lagi aum daripada tgk kat TV ok
Terkasima gegirl tau. hehe


Saya lepak tak lama kat situ. Sebab mengenangkan anak di peRANTAUan HAHA. Pastu pulak nak pulang ke Seremban. Keletihan. Kesakitan GUSI. dan lain-lain.

Ikutkan hati saya memang nak stay sampai kul 2 pagi. Apakan daya.

Lepas saya balik. Hujan kan kalau tak silap saya.

Elok la hujan, sebab cuaca panas kat sana. Sejuk sikit hehehe.
Tapi tu la dia, panas-panas pun bukan terasa sangat sebab best woooooooo
Saya yang tak tahu lagu apa dorang nyanyi pun rasa terhibur.
Siapa pergi jumaat lepas?

Pulang :)

Terima kasih atas tiket ni. LOVE LOVE.


Mengeteh Mengemekdi sebelum balik. Panas tadi. Kasi sejuk dulu.

Saya rasa kalau saya pegi yang sabtu punya konfem saya tunggu sampai habis. BSB weiiiiiiiiii. Minat weiiiiiiiiiii....

Nanti saya share gambar-gambar sekitar konsert ritu ek. Dalam kamera godang Badang. Belum transfer lagi dalam pc.

OK TATA.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Tak feeling kpop pun, muke dah ala2 kpop pun kakjem... nape mulus sangat kulitnya...jeles laaa ;)

:: Cik Viva :: said... [Reply to Comments]

kawan sy pun offer tiket 22mac tu tp sy xnk bkn sbb x suka tp sbb jauh n xde kwn..die offer tiket tu sebab dia nak pegi yang 24mac tu nak tgok BSB..best giler dia ckap..BSB kan jadik kegilaan suatu mase dulu..ehhe

misz sheyla said... [Reply to Comments]

haih..nape la saye tak jumpa ngan akak time tu..nak g tapi tiket takde...terpaksa duduk tepi tingkap sambil tengok klcc... T_T

Madam Lala said... [Reply to Comments]

madam suka g ikea..
kalu tak pergi pun tgk website dia feeling2 nak beli..
heaven pulak tgk kek tu.. aduihai..!

lina said... [Reply to Comments]

bestnya kak jem dapat tgk BSB!!!

Unknown said... [Reply to Comments]

kulit mmg da ad effect mongji 2,he3..
rnning man ep137 monday couple men game peppero!SANGAT SWEET<3

Unknown said... [Reply to Comments]

kulit mmg da ad effect mongji 2,he3..
rnning man ep137 monday couple men game peppero!SANGAT SWEET<3







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^