Follow Viruspadu

Monday, April 29, 2013

Abah

Sabtu lepas saya hadir event Samsung Galaxy S4. Yang tu nanti saya story. So plannya nak balik cheras rumah mak hari Ahad. Dah diskas dan dengan Abang saya yang tengah cat rumah saya tu. Dia belum habis cat lagi. Tapi sebab ada hal dia kena balik cheras. Nanti Rabu ni saya jemput la dia semula. Tapi ntah macam mana ntah, sabtu malam ahad tu terus balik cheras. Sampai sana dalam kul 10 lebih malam jugak la.

Malam tu lepak bilik sepet la. Memang saya dah diskas dengan adik beradik nak bawak abah pegi hospital hari ahad. Bimbang jugak kalau-kalau abah taknak pegi. So malam tu saya diskas dengan abah. Abah setuju nak pegi hospital esok (ahad). Legaaaaaaaaaa sangat. Sebab sepet selalu mengadu kat saya abah makin tak sihat. muntah-muntah. Risau la saya kan. Mula-mula saya ajak abah pegi malam tu jugak, tapi abah cakap abah nak rehat dulu. So ok la memang dah malam kan. Memang abah nampak letih.

Saya tido lewat jugak, almaklumlah dah jumpa sepet, kakcik... sembang sampai kul doblas lebih. Baru nak tido. Sepet memang tak tido langsung la kot. Beliau kan burung hantu HAHAHA.

Tengah lena diulit mimpi. Sepet gerak saya bangun. Ntah la pukul berapa. Bagitahu abah sakit nak pegi hospital. Melompat terus saya bangun. Memang tak tukar baju tido. Terus sauk tudung sepet je. Tapi bedak memang tak lupa pakai HAHAHA. Itu penting ye uolsssssss.

Kitorang pegi HUKM dulu. Sebab rekod abah semua kat situ. Memang dah plan. Kalau HUKM tak tahan abah masuk wad. Terus pegi swasta.

HUKM. Eh sekarang dah jadi Pusat Perubatan. Bukan Hospital lagi

Seperti yang dijangka. Memang tak tahan wad. Sembang ngan nurse kat kaunter depan je. Katanya doktor pakar takde la apa la. What ever lah. Kalau tunggu kena tunggu 4 jam la. Pesakit ramai lah. Balik dulu esok pagi datang balik la. Baiklah. Kami faham.

Diskas dengan Sepet. Terus kitorang pegi Pantai Hospital Ampang.




Keek sementara menunggu Badang amik kereta gitewwwwwww

Dekat Pantai Ampang.
Takde orang. Kitorang je ada. So memang layanan nya kitorang aje lewwwwww. Abah terus masuk dalam jumpa doktor. Kitorang pulak uruskan register abah.




Deposit kena letak RM3000 kalau takde insurans ye kawan-kawan. Sepet bayarkan dulu. So nanti kitorang share la adik beradik :) Terima kasih sepet sebab bayarkan duluuuuuuuuu.

Kitorang yang berwajah tidak mandi dan berbaju tido


 Lega tengok Abah dah tak sakit. Bukan la tak sakit tu adelah tak sakit. Tapi dah bg enjet ubat tahan sakit semua kan. Nampak abah dpt la rehat. Boleh la dia tido.

So lepas tu kitorang balik la. Sebab kul 7 pagi kena pegi balik bawakkan ubat2 abah. Dengan dah janji nak jumpa dengan doktor pakar.

Jam 715 kot sepet kejutkan saya bangun. Ya ampun mata saya macam ada gam di dalamnya. Tak boleh bukak langsung HAHA. Kesudahannya memang tak mandi la pegi hospital HAHA. tapi yang penting.... bedak kena pakai yeeeeeeeee.

Skirt sepet, shawl juga punya sepet. Baju je saya punya. Semua stok takyah iron punya.
 

Sama dua beradik tak mandi kah kah kah
 



Ini biasalah, aktiviti menunggu doktor.
Katanya doktor sampai kul 8
Tapi sampai kul 1030 gitu kot baru doktor sampai
Tapi takpelah tunggu dalam bilik je. Boleh tido-tido. Boleh beli air panas kat mesin hehe. Boleh tengok TV dan sebagainya.

Lega jugak dapat sembang ngan doktor pakar. So semuanya ok la hendaknya. Lepas tu terus kitorang balik. Sarapan kat mamak dulu.

Balik rumah. Dua-dua pengsan. zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Petang.
Baru pakai tudung dan skirt sendiri hehehe. Bawak anak-anak melawat atok :) Oyye ini tudung bawal aidijuma. Tapi saya pakai mcm saya pakai shawl :p













Hari ni saya harapkan sepetla yang tengokkan abah
Dan tunggu dia wechat update saya je
Kalau papehal saya akan berdesup-desup balik ke cheras

Sekian.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Batu Adventure said... [Reply to Comments]

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Eita Hass said... [Reply to Comments]

Sis.. Blh buat toturial mcm mane pakai tudung bawal tu jd shawl..

Eita Hass said... [Reply to Comments]

Sis..blh buat tutorial mcm mane nk pakai tudung bawal tu jd shawl..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^