Follow Viruspadu

Friday, April 19, 2013

Hantu

Hari ni saya bangun lambat.
Kul 6.30.
Kalau ikutkan hati dan perasaan dan kesihatan saya ni, memang nak terus sambung tidur la kan. Flu nak demam tak habis2 lagi ni wei. Tapi disebabkan asik cuti je sebulan ni. Baheklah. Saya bekerja la seperti biasa. Eceh. Feeling nak dapat APC lew tewwwwwwww. Padahal nan adooooooooo.






So lepas hantar bebudak pegi sekolah. Badang pun terus la desup-desup hantar saya pergi kerja pulak. Itu ok la lagi. Dari seremban lalu hway semua. Jalan cantik. Dalam hati ada taman. Rasa macam nak ajak pergi sarapan bersama-sama sambil bertentangan mata gitew. POYO :p

Pastu lepas je exit tol. Jem. Jem. Jem. Mencik!

Badang pun ikutlah kepakaran beliau mencilok dan mencari jalan yang tak jem sementara tu kakjem korang ni membebel-bebel dalam kereta. Ntah la sembang pasal apa pun tak tahu.

Tetiba

"kejap ye ma, papa sesat ni" ~isyarat suruh diam HAHAHA #nangis

lor macam mana boleh sesat pulak ni

"tadi papa tersilap satu lorong je, terus sesat"

Tu dia aihhhhhhhh. Sampai nak pegi ke kuantan. Muka badang dah tak boleh blah dah masa sesat tu. Seksi sangat marah-marah jalan jem tau HAHAHA. Saya tahu la dia tengah bengang giler masa tu.

So selama 2 - 3 jam kitorang menyesatkan diri. Pastu jumpa la jalan yang betul hikhikhik.

Pastu Badang bebel sesorang

"Semuanya tak kena la hari ni, dah la kita bangun lambat, sesat pulak... Papa rasa ini semua salah HANTU RAYA ni... Mesti dia yang kaburkan mata papa"

HAHAHA saya gelak tak boleh blah. Eksekiusme darling. Apa kena mengena dengan HANTU RAYA dalam perkara ini. HAHAHA.

Sabo je la.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

Badang ni mmg kelakar la..time marah pun boleh berlawak lagi kan...
if hasben saya la gamaknye...
saya la kot yg dipersalahkan, sbb kuat berceloteh dlm keta, mcm you la Jemah hahah :D semua benda nak citer kat dia..semua benda nak update..
tu yg sampai tersalah masuk lorong bagai..hahah :D

peej said... [Reply to Comments]

hantu raya dan jalan raya bunyi dah dekat tu. mungkin ada kena mengena. kah kah

Love Razila said... [Reply to Comments]

Hei...HANTU RAYA duduk di JALAN RAYA hendak lagi jap2 lagi PILIHAN RAYA, meriah u with the RAYA =)

So kesimpulannyer...x masuk opis gak lah eh? dah sesat 2-3jam.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^