Follow Viruspadu

Wednesday, April 03, 2013

Meet the Handsome Drivers :)

Bukankah mereka begitu handsome?
Atau lebih tepat macho! Fewiiitttttttttttt
Tapi kenapa Driver? Kenapa?
Ini bukan calang-calang punya driver OK. Ini F1 punya expert!
Sekali beliau tekan minyak, makan asap la ko kan.
Kalau makan nasi minyak takpe la jugak kan. :p  Ini asap HAHA Berdesup dah hilang dari pandangan.

Hai Lewis Hamilton, Hai Nico Rosberg. Tengah tengok Instagram kakjeng keww? 
LIKE la LIKE la :p
Tengah tengok fon pun emsem. 
Tunduk pun macho you!

Bila kakjem jumpa Lewis Hamilton dan Nico Rosberg?
Kat mana?
Apsal?
Macam mana boleh jumpa ni kakjem, saya jelly tau!

Tahu dah! korang mesti jeles kennnnnnnn. Orang dapat tengok dia sipi-sipi je dari jauhkan. Kakjem dapat tengok dia melintas depan kakjem tau. Kemain terkagum tak berkelip bijik mata gitewwww.

Meh saya cerita. Bagaimana, bila, dimana, apadia, dan semua jenis apa apa lah.

PETRONAS menganjurkan event PETRONAS Meet The Drivers. Event ni diadakan di PETRONAS Solaris Serdang. Ala stesen minyak yang baru buka tu. Depan UPM tu. Kalau korang lalu situ kan ada nampak PETRONAS besar siap ada starbuck drive tru tu. Canggih woooo. Saya difahamkan stesen minyak baru yang canggih ni adalah imej baru PETRONAS. Nah coordinates 3.005821378962116,101.7253703012671. Kot la korang tetiba nak pergi kan.

Event ni juga menjemput F1 Driver Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.

Keterujaan secara Maksimum :)

Banyak tau aktiviti kitorang pada hari bahagia itu :)

Antaranya: Fueling up Activity :)
Untunglah Top Spender My Mesra. 
Untunglah isi minyak kat PETRONAS
Untung sangat :)

Lewis Hamilton dan Nico Rosberg isikan minyak kereta uols. Mana nak dapat. I'm so jelly.

Best kan :)

Untung la jadi pelanggan Kad Mesra ni kan. Berpeluang menang kereta lagi. Berbelanje pun boleh menang. Korang tahu ke tidak setiap kali kita berbelanja guna Kad Mesra, point yang kita kumpul tu boleh tukar dengan nilai? Maknanya lepas tu boleh isi minyak pakai nilai dalam Kad tu je.

Saya baru tahu weiiiiiiiii. Dulu saya ada la buat kad tu. Pastu hilang entah kemana kan. Padahal selalu je isi minyak. Sekali isi dah RM50 - RM100. Berapa banyak dah point tu. Phewwwwwwwwwww. Korang cekidout kat http://www.mymesra.com.my/ . Banyak lagi kelebihan dia. Ruginya sayaaaaaaaa.

Abang L (nama manja I dengan dia HAHAHA ada hati), 
Kereta I ada parking kat belakang. Please kereta I sekali :p

Holloh holloh holloh isi minyak pun comel. Acane tu :p



Untungkan.

Top Spender ni dipilih area Lembah Klang sahaja ye. Yang berbelanja paling banyak dalam masa 3 bulan.

Ada jugak tanya-tanya apa yang pengguna suka sangat dengan PETRONAS dan Mesra ni.

Jawapan paling jujur saya pernah dengar adalah "DEKAT DENGAN RUMAH" selain daripada kita tahu yang bagusnya dan kelebihan lain di stesen minyak PETRONAS ni.

Yeah, itu kemudahan yang terbaik dari Petronas. Saya sendiri akan pilih perkara yang paling mudah untuk saya. PETRONAS dah ada lebih 1000 stesen. target buka 1200 stesen. Saya harap PETRONAS akan buka lebih banyak stesen. Jadi kita semua rakyat Malaysia takyah risau kereta takde minyak lagi.

Korang tahu tak stesen pertama PETRONAS kat mana?
Kat TTDI nun. Saya baru tahu. En Akbar M Thayoob, Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad yang banyak share maklumat dengan saya. Cara dia sampaikan, sembang-sembang je. Tapi bagus dan senang saya ingat.


Vignette Shoot



Itu Encik En Akbar M Thayoob. Sangat nice. Walaupun dia Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad tapi dia sangat la baiknya. Cuma saya je la yang malu-malu nak bersembang.

Pengguna My Mesra :)
Bertuahnya kamu. 


Next adelah Racing Activity :) Yeay Gocart

En Akbar M Thayoob bagi briefing sikit. Saya pun nak dengar jugak boleh tak En.Akbar :p


Ini racing pakai remote control. Nampak senang. Sememangnya takla berapa susah. Cuma perlukan latihan la. Kalau takat baru try terus nak race, kakjeng memang gagal la. Tapi Lewis Hamilton dengan Nico Rosberg memang cekap la bab-bab ni. Try sekali dua je terus hebat. Memang darah racing mengalir dalam diri :)



So sweet.
Lewis Hamilton menang race kali ni.
Saya pulak yang terlebih happy. Padahal jadi penonton je.
Biasalah excited lebih.

Handprint









Sampai situ je aktiviti dengan our Handsome Drivers tsk tsk.
Beliau ada banyak lagi aktiviti nak buat. Jadual padat. Harap dapat ketemu lagi :)

Dannnnnnnnn.
Kali ni saya dan ceera dan semua kitorang berpeluang main gocart
Oyye tak cerita kan siapa yang ada sekali bersama saya masa event tu.

ceeramoon, abang nara (beautifulnara), penmerah, nisa kay, budiey dot com, shazwanihamid.
Semua nama gah-gah di alam maya kan.
Kakjem je orang tak berapa nak kenal
Sampaikan penmerah tak cam muka kak viruspadu ni, dia kata muka viruspadu dah lain, pakai botox ke? HAHAHA kebotox pulak dia. Ini sebab dah berisi. :p

Pusingan pertama, ceera (atam), En.Akbar dan Abang Nara.

 
Abang Nara menang game pertama ni.

Saya dengan wani game kedua. Giler la, siap neves-neves. Siap gigil-gigil tangan. Padahal bukan kena lumba lari ke apa. Cemas iols

Wani main game pun ada style, kehlas ko dek :p 

Beria-ria kitorang. Tapi kalah! HAHAHA

Mungkin kalau saya pakai spek hitam, saya boleh menang #alasanorangkalah

Nisa kay dan abang Budiey


Penmerah dan willy

Ada 4 game. Sorang pemenang bagi setiap game. Pemenang dapat ni:
Bestnya kannnnnnnnnnnnnnnnnn

Nak jugak! Nak jugak!
Tapi kalah hehe
Acane tu


En.Akhbar tolong berikan sepatah dua kata :)

Antara info yang saya baru tahu dan saya nak share dengan korang semua adelah:

Tahukah anda stesen PETRONAS Solaris Serdang yang baru dan canggih ni ada solar panel atas bumbung. Canggih wooo. Bukan itu sahaja. Ada Green Water lagi, maknanya dorang tadah air hujan. So air hujan tu digunakan untuk cucian dan lain-lain. Kagum saya masa dengar. Eh ada lagi, ada LED lighting maka hanya gunakan kuasa elektik yang rendah. Pastu ada ciri-ciri AI yakni ada energy management system, contohnya aircond dia akan ikut cuaca semasa, kalau panas, aircond dia akan kuat dan sebaliknya.

Konsep PETRONAS sekarang adalah ONE STOP CENTER.
Maknakata, apa ko nak semua boleh buat kat satu tempat je.

Nak isi minyak (ofcos) - BOLEH
Nak beli makanan / sarapan / jajan / etc - BOLEH
Nak keluarkan duit - BOLEH
Nak bayar bil - BOLEH
Nak reload TNG - BOLEH
Nak cuci kereta - BOLEH
Nak isi angin tayar - BOLEH
Nak singgah tandas bersih - BOLEH
Nak solat - BOLEH

Pendek kata APA PUN TAK BOLEH HAHAHA
Tak la, SEMUA PUN BOLEH :)

PETRONAS jugak yang pertama memperkenalkan TANDAS BERSIH dan SURAU kan.
Secara peribadi, saya sendiri kalau nak singgah tandas memang cari PETRONAS. Kalau dah tersinggah tandas tu panjang la cerita dia kan. Konfem la tersinggah Mesra dulu. Ada je benda rasa nak beli :p

PETRONAS juga yang pertama memperkenalkan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA. Yang mana kelebihan dia memberikan pengguna penjimatan $$$$ dan meningkatkan prestasi engin.

and that is me :p

The MESRA Top Spenders :)


 Kita bawa pulang kenangan manis :)

 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi ahli MyMesra.

Ada banyak peraduan saya nak masuk ni :)


Tiap kali korang singgah Mesra ada nampak tak peraduan ni? Yang menang hadiah the new Mercedes-Benz A Class? Yaaaaaaaaaaaaaa ini la yang saya nak masuk ni uols.

Sebab macam senang sangat nak join kan. Beli je mana-mana combo tu. Terus boleh join. Hadiah  dia the new Mercedes-Benz A Class weiiiiiiiiiiiiiiii... rugi la kalau tak masuk. Kalau korang takde kad Mesra lagi, sila lah apply duluan ya! Mana la tahu, yang sekali korang beliiiii tuuuuuuuuuuuuu lahhhhhhhhhhh yang menang. Harap-harap joki seiiiiiiiiiiii :)

Kalau tak dapat menang the new Mercedes-Benz A Class pun... tengok hadiah lain... Phewwwwwwwwwww... Tempting bukan :p

Hamboi korang. Tengah tengok gambar the new Mercedes-Benz A Class keee? Itu saya pula laaa :p

Untuk maklumat lanjut klik
PETRONASBrands Facebook (www.facebook.com/PETRONASBrands) dan
PETRONAS Dagangan Berhad official website (www.mymesra.com.my)




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^