Kenapa suke over?
Kenapa? Kenapa?
Mula-mula nak bagitahu saya badmud.
HAHAHA.
Tadi saya buat keek pasal badmud. Tapi kenapa saya senyum? Kadang-kadang memang pelik dengan diri sendiri yang suka buat memek muka yang tak bersamaan dengan perasaan hati. Sangat tak selaras. Sama macam abah saya. Walaupun sakit tapi masih senyum sebab taknak orang risaukan dia. Padahal sepet bagi tahu abah muntah-muntah. :(
Kenapa badmud?
Banyak la sebab dia. Kalau takat satu sebab, biasanya takkan memudatkan hati saya. Tapi kalau sebab yang banyak dan menimpa-nimpa. Agak mengganggu jiwa dan kerja jugak.
Suami saya tahu macam mana rupa sebenar kalau saya badmud. Cuma dia yang tahu. :)
Saya selalu fikir benda ni
Kenapa bila sesuatu berlaku kat kita, kita nak orang faham perasaan kita. Tapi kalau terjadi kat orang lain, kita tak pedulik langsung.
Bila kita ada masalah, contohnya. ahli keluarga sakit. terpaksa amik cuti yang banyak. kita nak orang faham keadaan kita. memang kita susah time tu. kita takde pilihan. Tapi bila staff kita nak amik cuti atas alasan yang sama. kita merungut sebab keje tak siap. Asik cutiiiiiiiiiiiiiiii je. Nampak tak point dia kat sini. ahakssssssss.
Itu contoh. Macam adakenemengena pulak contoh tu dengan saya. tapi sebenarnya takde. contoh je. Yang biasa jadi. Yang biasa saya nampak la. Banyak je sebenarnya.
Kalau kerja kita banyak, kita rasa orang lain macam takde keje pastu taknak tolong kita. Pastu bengang-bengang. Kita je rasa orang lain takde keje. Mana kita tahu keje dia ada ke tidak. Banyak keje ke tidak. Padahal dia pun rasa keje kita takde, keje dia je banyak. Semorang akan rasa keje sendiri yang paling banyakkkkkk dalam dunia ni kan. Walaupun doplohpatjam hadap fesbuk kan. I kan multitasking. Boleh buat 10 benda dalam 1 masa. Gitewwwwwwwwwww.
OK kakjeng membebel. Nampak tak? dah start membebel.
Saya boleh membebal macam ni je. Kalau nak suruh saya bercakap dalam kehidupan realiti. Saya lebih banyak diam dan mendengar je. Kalau bergaduh selisih pendapat pun macam tu. Kalau idea atau fahaman dah tak sama. Biasanya saya akan diam jugak. Tapi jangan la kalau bergaduh kat wasap ke apa. Kemain laju kakjeng taip. HAHAHA. Macam sekarang la kan.
Tapi apa-apa pun. Inilah kehidupan. :)
Sekian. Penutup kepada bebelan-bebelan tadi.
Rabu lepas hujan lebatttttttttttttttttt kan.
Petang tu lebat sangat.
Siap dengan guruh petir
Siap payung diterbangi angin dan berlari-lari anak mengejar payung.
Gituuuu
Memori daun pisang sangat.
Walaupun begitu kakjeng sempat keek sebagai bukti hujan lebat ittewwwwwww.
Iphone basah pun takpe, janji keek.
Gilooooo HAHAHA
Tapi sebenarnya bila saya ingat balik perjuangan saya mengharungi hujan, berbasah, gambel harung guruh petir semua. Syabas kat diri sendiri kerana segigih tu demi mencari sesuap nasi.
Apr 24, 2013 | Perhentian 1. Hujan lebat sangat. Cedera payung hello kitty kakjeng hahaha by viruspadu on Keek.com
Apr 24, 2013 | Perhentian 2. Walau lebat sanggup ku redah. Bos tolong la luluskan pertukaran saya. Tak kesian ke tgk saya gini by viruspadu on Keek.com
Saya keek 2 perhentian je. Tapi saya berhenti 4 kali kot gitu. Asal ada tempat nak berteduh saya berhenti lah. Hari ni saya harap hari tak hujan, sebab dua-dua payung saya tertinggal dalam kereta. Semalam pun hujan so payung basah takdan nak masukkan dalam beg. So lupa le hari ni. Dah la pagi tadi bangun lambat. Kalau petang ni hujan jugak. Sila la berbasah ye kakjeng. Kalau demam, esok cuti.
Ok la. Perut saya sakit ni.
Nak melayan perasaan jap.
Salam Jumaat :)

Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH
Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
0 komen[s]:
Post a Comment