Follow Viruspadu

Thursday, May 23, 2013

Botet dah bersalin :)

Eksaitednya saya hari ni
Rasa macam nak amik cuti tanpa gaji selama 2 bulan sebab nak jaga botet dalam pantang hihihihihi

Pagi tadi
Lepas saya siap-siap nak pergi kerjaan pada jam 5.30 pagi
Tetiba en.Badang segar pulak mata dia lepak tengok tv kan
Biasanya dia tunggu saya bersiap sambil berbaringan dalam bilik
Erm kesian en.badang, tiap2 pagi dia yang bangun dulu siapkan macam-macam, bukakkan air panas untuk saya mandi. Baru kejut saya bangun, pastu teman saya bersiap. So sweet :)

Pastu incik badang cakap
"tadi papa dengar mcm suara anak kucing, tapi papa cari x jumpa"
"suara afif kot" ~ afif jugak anak kucing yang nisa sukatik letak nama
"tak, lain ma"
"ermmmmm"

Saya pun gigih la mencari dalam kegelapan
Biar betul laki den ni
Imaginasi ke apa ke kan

Sekali ternampak macam kelibat anak tikus hitam. Dalam gelap kan. Lama saya pause kat situ. Saya pandang je. Dalam hati saya berkata, sebab bersepah barang cat rumah, sampai tikus pun ada. HAHAHA. Tetiba benda tu bergerak, mengiau. Terkejut kakJeng.

"papa, papa... ini dia paaaa"

Terus Badang amik kotak, letak dalam kotak dulu, sebab nak hantar saya pegi terminal dulu kan. Saya kan nak pegi keje.

Pastu badang bukak pagar. Saya berjalan ke pagar. Nampak lagi sekor. Apa lagi menjerit la lagi panggil badang. Nak amik sendiri takut la pulak.

Jumpa dua ekor je. Rasanya patutnya ada lagi. Tapi tak tahu kat mana. Bersepah-sepah anak dia.

Dalam perjalanan ke terminal one

"mesti papa x sabar nak balik rumah tengok anak kucing kan, jgn bawak laju tau"
dan muka badang pun tersengih-sengih
"mana nak cari susu dia ek ma, kena beli puting susu dia ke ha? mcm mana kita outstation ni, sape nak jagakan kucing ha"

Tengok tu, ATUK yang risau cucunya HAHAHAHA

Tadi Badang wasap saya gambar baby botet. Holloh cutenyaaaaaa.
Ini yang buat saya tak sabar nak balik rumah hari ni :)

Tunggu NENEK ye HAHAHAHA



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

Alololo...comey tau kak jeng ni nak practis jadi nenek. Muahaha...nenek pink =)

Mimie Najib said... [Reply to Comments]

ekspressnya kak dh jd atuk nenek..hehe..

kucing2 ni bila besar mesti bulu dia gebus2 kan..tgk dari kecik pun dah tahu.. =)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^