Follow Viruspadu

Wednesday, May 15, 2013

Burger Bakar Abang Burn

Erm sedapnya.



HAHAHAHA lawak giler en.Badang
Berkenan dengan burger I lew tewwwwwwwwwwwww.

Ini adelah dekat Burger Bakar Abang Burn.
Korang pernah pergi?
Sedapkan!!!!!!!!!!!!!!

Saya selalu jugak dengar orang cakap pasal sedapnya burger bakar Abang Burn ni. Tapi tak pernah rasa lagi. Inilah first time saya makan. Phewwwwwwwww memang sedap. Lidah memang tak menipu kalau benda tu sedap kah kah kah. Tak caya tengok muka kakjeng.

So bila sedap. Kena la share dengan korang kan. Sharing is LOVING. Kalau tak sedap biasanya kakjeng diam-diam simpan dalam hati jewwww.

Tempting tak Meatball Abang Burn ni? Memang selera orang Malaysia la. Sebab dia pedas. Me loike it so much much too much. Murah pulak tu RM9.90seng sajewwww. Kalau murah mcm ni, rasa mcm berebut nak bayar bil. #tddmka

Cerita pasal bil tadi. Lupa pulak yang kalau korang beli meatball ni. Ada je resit dia. Boleh masuk contest menang iPAD... wuhoooooooooooo. Kelas ko Abang Burn.

Closeup lagi hihihihih. Ok kejam dekat diri sendiri :p Sebab dah lapar balik tengok gambar ni HAHAHA
 

Gigih en.Badang snap gambar saya tengah nak menyuap tu kan. Tergoda dengan I lewww tew kan. Eceh. Pangggggggggggggg...

Saya difahamkan meatball ni Abang Burn buat sendiri.
Patut la sedap dia lain macam hew hew hew
Memang takleh beli kat pasar raya jual  peket-peket ni.
Memang kalau nak makan jugerk, memang kena pegi kat Burger Bakar Abang Burn.

Burger dia BESARRRRRRRRRRRRRR.

Sama jugak dengan burger-burger daging dan kambing. Semua bikin sendiri. Kecuali ayam kot. Ayam tak buat sendiri. Saya agak je ni. Tak tahu pulak kalau ayam pun buat sendiri. Erm kena interview Abang Burn kalau gini hihihih.

 Untuk lebih kejam kepada diri sendiri ataupun dengan lebih tepat en.Badang snap gambar banyak sangat takkanla saya tak sharekan kah kah kah. Dan siyes kejam gambar-gambar ni sebab sumpah lapar lepas tengok. Giler ke nak pegi sana dari seremban ni kan. Burger Bakar Abang Burn dah la bukak kul 5 petang. Kena tunggu kul 5 kalau mcm ni... *bunyicengkerik

Mine :) Burger Bakar Abang Burn Ayam Special harga dia RM 10.50


Yang over melampau ni pulak en.Badang punya Kambing Bako Cheese harga dia RM11.50

Mih mih mih muat ke mulut tu kakjeng

Saya bukan makan berdua je dengan en.Badang. Hari tu sebenarnya petang saya ada event. So terus la ke Taman Dagang, Ampang. Ceeramoon dengan sepet dengan qery pun ado. Berjimba dengan adik beradik la terussss.
 

 Banyak kan burger atas meja kitorang. Dasar beradik kuat makan heheheehehehe.

Ini sepet punya. Amboi sedap melampau. Ini namanya Burn leleh ke apa. Nama unik giler. Harga dia kalau tak silap saya adelah RM9.50

Ini rupa kedai dia. Kalau korang nak pegi jap saya carik alamat dia.
Ha jumpa.
Ok nah:
Burger Bakar Abang Burn, Dagang Avenue Foodcourt, Jalan  b/3a, Taman Dagang, Ampang 
Kalau tak jumpa, boleh call saya. #eh!
 
Ramai wuwuwuwuwu
 Beratur panjang
Tapi jangan risau kot. Tak lama tunggu. Sebab pekerja dia ramai kan
Sup sap sup sap dah siap

Dorang beroperasi dari jam 5:00 petang sampai 12:30 malam

Siap kira ni... Berapa burger dia. Ada 15 jenis. Ini dia sebahagian daripada menu diorang.
#kegigihankakjem

Lagi apa ek saya nak share?
Haaa... kat sini order macam kat fastfood jugak.
Masa order kena beratur. Pastu bagitahu korang duduk meja no apa.
Lainlah kalau tapau. Kalau tapau jangan la mengada bagitahu no alamat rumah pulak HAHAHA. Over tauuuuu.

ok tu je kot

Eh Eh.


Amboi siap ada fesbuk
https://www.facebook.com/abangburn?fref=ts
Dah pergi LIKE
Dah pergi makan burger
Siapa mengidam I tak jamin tauuu.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

||aLeaSaRa|| said... [Reply to Comments]

wah terbaik punya review ni sis.sapa yg tak minat burger confirm terliur tgk entri ni.saya makan hari tu kat jajahan nilai,n9 ^^ ramai pakat kata nk boikot mcd,n support abg burn wallla ")

Sally Samsaiman said... [Reply to Comments]

SALLY YG DEKAT NI PUN IDOK PERGI LAGI...AISEH!

Papa-NtiQ said... [Reply to Comments]

Hi...cakap pasal burger bakar abang burn nih, saya baru jer gi makan kat branch dia di Johor Bahru. Best dan cepat!
Pics dah upload so kalu sudi jenguk la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik dalam ni semua pasal makan, makan dan makan jerrrr 100%! takde topik lain :)
Dan.....kalu sudi (jugak) follow la yer blog saya nih TQ







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^