Follow Viruspadu

Wednesday, May 15, 2013

Kursus, Italianis dan Seamaster.

Setel jugak training saya dua hari yang lalu.
BEST!

Saya la gatal pergi isi borang masa meeting kat Bandung hari tu. Bosan punya pasal. Saya pergi bukak website INTAN, pastu terus isi borang nak training Effective Minutes Writing. Dulu masa saya keje kat Seremban. Banyak kali jugak saya isi borang online ni tau. Tapi tak pernah dapat. Sejak keje sini, keje saya sekarang ni la kat Jalan Duta ni, tiap kali isi je, dapat je pulak. Ada la kot kriteria yang dorang tengok kot. tapi BAGUS. Me loike hehehehe.

Sebenarnya saya kena pergi intan hari ahad petang tu. Sebab saya nak bilik. Tak kuasa la saya nak berulang dari seremban tu ke Jalan ilmu ni. Dengan jalan jem tak tentu pasal sekarang ni kan. Dengan saya memang tak reti jalan lagi hew hew hew. Ok key point nya adelah saya tak reti jalan HAHAHA. Tapi ahad weiiii. Ahad adelah hari bersama keluarga. Apa kes saya pegi hari ahad. Lalu saya pun mengkelip mata laju-laju kat en.Badang.

"papaaaaaaaaaaa... ma macam tak larat je nak pegi hari ahad. papa hantarkan esok pagi boleh tak? Pleaseeeeeeeeee... papa ni dah la ensem, baik sangat pulak tu... pewissssssssssss" ~sambil kelip mata laju-laju dan buat muka kyomi :p dan tangan mengkuis-kuis lengan baju en.Badang. GEDIK!

dan dah boleh jangka apa jawapan en.Badang muahahahaa... senang je jawapan dia "yolaahhhh" hehehe. Dan yang terpaling mengharukan. Badang siap amik cuti haaa sebab nak hantar bini dia pepagi tu je. Sebab tu me love Badang ketat ketat ketat ketat ketat sangat. #amboi

Memang best la kursus ni. Banyak sangat benda saya belajar.

Dasar pemalas nak salin nota. Ini kan amik nota alaf baru. Snap gambo je.

Itu pengajar saya. Madam Param.
Baik sangat.
Ajar pun best.

Siyes best la kelas ni. Saya rasa macam nak apply lagi kursus. Memang tak menyesal langsung. Biasanya kalau training asik tengok jam je tak sabar nak break minum teh HAHA. Tapi kali ni rasa time break tu kacau daun je ewahhhhhhhhhhh.

Mungkin sebab pendekatan yang madam ni pakai bagus kot. Masa sesi beramasramas mesra memperkenalkan diri sendiri tu dia ajak sembang. So kita pun rasa macam fren fren together gitew..

Dan Madam jugak seorang yang menepati masa. Kalau kata kelas habis kul 4. Memang tepat kul 4 habis. Lepas tu menggagau la ekau dalam bilik tu daripada kul 4 sampai ke malam.

Mati kejung HAHAHAHA.

Nasib baik kak ina adoooo. Dia ajak kakjeng pergi Garden. Penyelamat sungguh uolsssss. Kalau tak memang kejung disituuu. Ok teka teki hari ni. Siapa akak? Kak ina ke Kakjeng? HAHAHA. Yeayyyyyyyyyyyyyy boleh shopping. Walaupun duit dalam handbag tinggal duit singgit-singgit je. Tapi kalau bab shopping, kita kena ada kan jugak duit ittewwwwww. Kahhh... Dasar!

Dah sampai garden tu saya plan nak beli LV sebijik HAHAHA ini memang berangan melampau kan!

Makan petang. Ermmmm petang ke senja sebenarnya. Makan senja la kot ni hikhik. Creme Brulee. 1st time order sebab nama dia pelik. Saya bab nama-nama pelik ni memang mengundang minat nak order :p Memang sedap. Tapi sebab makan berdua je. Rasa macam senak jugak perut nak habiskan.

Oyye, ini adelah dekat italianis. Ejaan dia bukan macam tu. Tapi sukatik saya la nak eja macam mana hihihi.

#pesakitmental

Ala gambar lain saya tak snap, sebab saya adelah lapar dan tak sabar nak makan. Saya order spageti dengan sebijik bola daging di atasnya. Giler besar. Memang sedap. Alaaaaaaaaa kenapa saya tak snap gambar ek. Adoila. Geramnya.

Pastu. Yang pelik makan kat italianis ni adelah. Dia bagi kita makan roti cicah minyak HAHAHAHA. Biasa makan biskut kering cicah milo kan. Haaaaaaaaa... ko mampu makan roti cicah minyak kah kah kah. Sampai sekarang rasa tak boleh terima kalau fikir. Minyak zaiton kot, pastu campur kicap ke apa ntah. Dorang cakap cuka. Ontah. Kakjeng ni orang kampung. Tak reti giler nak makan macam tu. 

Tapi takpe. Pengalaman. hehehe.

Meh nak petik ayat hari tu. Untunglah duduk kat Malaysia. Macam-macam boleh makan. hehehe. 

Pastu operasi mengukur tanah jajahan pun bermula :p
Sempat membeli dot dot dot (kena cakap dot je sebab malu, ini hal perempuan haha) lalu mendapat free give sehelai pario. Best keluar dengan kak ina. Macam dah kenal lama. Boleh beli dot dot dot sama-sama. HAHA. Dan tido malam kakjeng feeling best sebab pakai pario hahaha. Saya kan memang over kalau ada benda baru. tak sabo nak pakai. 

Dan malam tu saya tido awal sekali sebab perut kenyang hati senang. Duit habis pun hati senang jugak #TDDMKA Dah la terlupa nak salin password wifi kat lobi. Nasib la tak boleh online kat laptop. Maka. Mari la tido selepas makan perut kenyang. Pastu perut buncit lalu meroyan kat belog. Well.

Oyye oyye oyye.

#tetiba.
Air ni sedap. Sebab dia rasa air kelapa. Saje nak share dengan semorang. Semalam dah share kat instagram, pastu share kat fesbuk. Pastu kat blog plak. Patutnya seamaster ni kena bayar iklan kat kakjeng HAHAHA. Tapi siyes air ni sedap. kahhhhhhhh.

So,
sape nak apply kursus ni. memang saya rekemen.
Pegilah. Sebab best.

Sape nak merasa makan roti cicah minyak, pegi italianis
sape nak merasa minum air masak perisa air kelapa beli seamaster


Kehlas tak kesimpulan kakjenggggggg.
Ok dah!
Pegi buat keje. Apa baca belog ni
:p
hewwwwwwwwwwwww



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Emmy said... [Reply to Comments]

Kak Jem.

Memang kursus2 under Madam Param best2. Dah la dia akan ingat sangat kat kita =D

Disarankan amik:

Basic Grammar

Grammar Essential

Pronounciation

Setahun amik 2 x 2hari = 4hari ... lagi 3hari senang nak kawtim ... well, for me la =p

Aizura said... [Reply to Comments]

me not loike air seamaster, sbb perasa kelapa itu.. rasa sangat peliksss..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^